08 Januari 2011

Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti 2011

Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti 2011 akan diadakan pada 16 Januari sehingga 19 Januari 2011 bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pertandingan tersebut merupakan anjuran kali pertama berkonsepkan debat Presiden Amerika Syarikat dan bertemakan Mengilhamkan Transformasi Demi Keamanan. Berikut merupakan usul Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti 2011;

Pusingan Pertama:
PBB hendaklah mengenakan sekatan terhadap Wikileaks

Pusingan Kedua:
Operasi ketenteraan di Timur Tengah perlu diteruskan

Pusingan Ketiga:
Dinar Emas adalah remedi ekonomi global terbaik

Pusingan Keempat:
Selatan Thailand perlu diberikan kuasa autonomi

Pusingan Kelima:
Referendum Pemisahan Sudan 2011 wajar diboikot, demi keamanan serantau

Pusingan Keenam:
Krisis Timur Tengah salah Negara Arab

Pusingan Suku Akhir:
Inovasi terhadap Keselamatan Teknologi Maklumat Malaysia diperlukan

Pusingan Separuh Akhir:
Demi keamanan, ISA masih diperlukan

Pusingan Akhir:
Revolution in Military Affairs (RMA) perlu menjadi keutamaan dalam bajet

Pihak tuan rumah, UPNM menyediakan demo Debat Keamanan di laman Facebook Debat Keamanan. 

Sumber : Debat Keamanan Facebook & Crew DEMI