12 Mac 2011


Pada 11 Mac 2011 telah berlangsung peringkat awal Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-8 Universiti Malaysia Terengganu yang dibahagikan kepada kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada hari ini 12 Mac 2011, peringkat akhir kategori Bahasa Inggeris akan berlangsung pada pukul 5 petang di Medan Kuliah 7. Pada malamnya pula, peringkat separuh akhir bagi kategori Bahasa Melayu akan berlangsung di MK12 dan MK13 pada pukul 9 malam yang akan menemukan MSC 1 vs FICOS 3 dan ENTECH 2 vs MARINA. Pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu akan diadakan pada malam penutup iaitu:

Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 8.00 - 10.30 malam
Tempat : Auditorium Mahyuddin FPE

Diharapkan pengunjung laman rasmi ini dapat memeriahkan majlis tersebut.
Terima kasih.

Oleh:
J/K Publisiti dan Multimedia
Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-8

Tiada ulasan: