Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti 2011 akan diadakan pada 16 Januari sehingga 19 Januari 2011 bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pertandingan tersebut merupakan anjuran kali pertama berkonsepkan debat Presiden Amerika Syarikat dan bertemakan Mengilhamkan Transformasi Demi Keamanan. Berikut merupakan usul Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti 2011;
Pusingan Pertama:
PBB hendaklah mengenakan sekatan terhadap Wikileaks
Pusingan Kedua:
Operasi ketenteraan di Timur Tengah perlu diteruskan
Pusingan Ketiga:
Dinar Emas adalah remedi ekonomi global terbaik
Pusingan Keempat:
Selatan Thailand perlu diberikan kuasa autonomi
Pusingan Kelima:
Referendum Pemisahan Sudan 2011 wajar diboikot, demi keamanan serantau
Pusingan Keenam:
Krisis Timur Tengah salah Negara Arab
Pusingan Suku Akhir:
Inovasi terhadap Keselamatan Teknologi Maklumat Malaysia diperlukan
Pusingan Separuh Akhir:
Demi keamanan, ISA masih diperlukan
Pusingan Akhir:
Revolution in Military Affairs (RMA) perlu menjadi keutamaan dalam bajet
Pihak tuan rumah, UPNM menyediakan demo Debat Keamanan di laman Facebook Debat Keamanan.
Sumber : Debat Keamanan Facebook & Crew DEMI
1 ulasan:
16 ek..
nk g tgk!!
Catat Ulasan