18 Mac 2013

Laporan pertandingan Debat Keamanan 2013

Laporan Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden 2013

Pada 28 februari 2013 hingga 3 Mac 2013 yang lalu, satu pertandingan debat keamanan ala presiden telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysiaa (UPNM). Format pertandingan debat ini sedikit berbeza dengan format debat ala parlimen dan debat ala parlimen british (BP)  apabila hanya seorang pendebat sahaja dibenarkan berhujah manakala seorang wakil yang bertindak sebagai penyoal. Perlawanan ini telah berlangsung dalam lima pusingan dan kemenangan ditentukan berdasarkan pungutan kemenangan dan margin yang terkumpul. 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghantar dua buah pasukan yang diiringi oleh Encik James yang merupakan jurulatih pasukan debat UMT. .Berikut adalah senarai pendebat UMT:

Pasukan UMT A:
1)  Muhammad hafiszal bin Mohamad
2) Siti Nurul Umira binti Mohd Sabari

Pasukan UMT B:
1) Nurliyana binti Mohd Shuhairi
2) Nur Syuhadah binti Zulqurnain

Keputusan:
(UMT B)

Sidang 1: Dewan Ini percaya SOSMA mampu mengekalkan keamanan negara
UMT B lwn UKM B
Usul: Ditolak

Sidang 2: Dewan Ini Akan Menubuhkan NATO untuk ASEAN
UMT B lwn UITM
Usul: Ditolak

Sidang 3: Dewan Ini Menyokong Campurtangan Perancis di Mali
UTHM lwn UMT B
Usul: Ditolak

Sidang 4: Jika saya Dewan Senat AS, dewan ini mengharamkan 'Hero Perang' menjadi pemimin negara
UMT B lwn UPSI
Usul: Diterima

Sidang 5: Jika saya Menteri Kewangan Malaysia, saya menyokong agar dewan ini tidak akan memperdebatkan bajet pertahanan di Parlimen 
UITM lwn UMT B
Usul: Diterima

(UMT A)

Sidang 1: UMT A lwn USM B
Keputusan: UMT A menang.

Sidang 2: UMT B lwn UKM B
Keputusan: UKM B menang.

Sidang 3: UMT A lwn UPNM
Keputusan: UPNM menang.

Sidang 4: UMT A lwn MMU
Keputusan: UMT A menang.

Sidang 5: UMT A lwn UM B
Keputusan: UM menang 

Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan tidak berjaya untuk melayakkan diri  ke peringkat suku akhir. UMT B berada di ranking 26 manakala UMT A berada di ranking 31 daripada 40 buah pasukan. UITM yang diwakili oleh saudara Sadiq telah berjaya memenangi pertandingan ini, manakala UMP yang diwakili oleh saudara Qushairi menyandang tempat kedua bagi pertandingan ini. 

Cadangan penambahbaikan oleh hakim secara kolektif:
1) Banyakkan pembacaan agar hujah boleh dikembangkan dan dibongkar dengan lebih baik.
2) Aspek penstrukturan kes dan aspek keyakinan perlu diperbaiki dalam menyampaikan hujah mahupun mempertahankan kes.

Pasukan UMT bertolak pulang ke Universiti Malaysia Terengganu pada 4 Mac 2013, jam 9 pagi. Sekian, terima kasih.


Pendebat UMT

05 Mac 2013

Usul Debat Perdana Integriti 2013



Berikut adalah usul debat integriti 2013:

1. Kemiskinan punca utama rasuah.
2. Media kita semakin bebas.
3. Dewan ini percaya AES mendidik pengguna jalan raya.
4. Aktiviti kesukarelawanan tingkatkan integriti graduan.
5. 1Malaysia - Jauh panggang dari api.
6. Dewan ini akan menghadkan bilangan anak dalam keluarga untuk menjamin kesejahteraan keluarga.
7. Dewan ini percaya hukuman yang lebih berat akan mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja.
8. Dewan ini akan mengurangkan cukai kepada syarikat yang menyumbang kepada tanggungjawab social korporat.
9. Dewan ini akan mewajibkan perokok tegar menjalani sesi kaunseling.
10. Tekad Integriti memantapkan Institusi Kekeluargaan.
11. Dewan ini percaya Pegawai Integriti Bertauliah(CeiO) perlu diwajibkan dalam Sektor Perumahan.
12. Dewan ini akan menghapuskan hukuman mati di Malaysia.
13. Kita perlukan ISA semula.
14. Pakatan Rakyat perlu diberi peluang di media arus perdana.
15. Sistem pilihan raya di Malaysia perlu dikaji semula.
16. Kadar rasuah di Malaysia bukan penentu imej negara.
17. Politik Berintegriti : Mimpi Siang Hari.
18. Dewan ini percaya kekerasan perlu untuk mencapai keamanan dunia.
19. Demonstrasi Simbol Demokrasi.
20. Pembudayaan Integriti Bermula Dari Pemimpin.
21. Integriti Pemangkin Utama Transformasi Politik.
22. Transformasi Perundangan di Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa?
23. Kedai Rakyat 1 Malaysia membantu rakyat
24. Negara maju: Angan-angan Mat Jenin
25. Dewan ini mencadangkan penghapusan penuh subsidi minyak secara berkala.
26. Dewan ini mencadangkan sektor bekalan air Malaysia dinasionalisasikan.
27. Dewan ini akan menetapkan harga siling hartanah di Malaysia.
28. Tender terbuka punca masalah kualiti bagi produk dan perkhidmatan.
29. Kualiti perkhidmatan awam masih lemah.
30. Gejala salah laku penjawat awam menjejaskan integriti negara.
31. Piagam Pelanggan sekadar hiasan.
32. Sistem pengurusan elektronik merangsang kualiti perkhidmatan awam.
33. Jumlah kakitangan awam wajar dikecilkan.
34. Dewan ini percaya udang-undang tegas menjamin integriti kakitangan awam.
35. Dewan ini akan menaikkan gaji sebagai insentif kepada penjawat awam untuk lebih produktif.
36. Dewan ini percaya system pendidikan kita kurang berkesan melahirkan modal insan berjaya.
37. Birokrasi pemangkin integriti.
38. Dewan ini akan mewajibkan rakyat Malaysia menjalani perkhidmatan tentera.
39. Dewan ini percaya kita tidak perlu memanggil pulang tenaga kerja profesional Malaysia yang bekerja di luar negara.
40. Dewan ini akan menghentikan pengambilan pembantu rumah dari luar negara.

Pesta Buku UMT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 25 Februari 2013 yang lalu, Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah diberi peluang untuk mengadakan persembahan debat sempena Pesta Buku yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu. Perdebatan yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk budaya cintakan ilmu dalam kalangan mahasiswa/i UMT, menyuburkan seni pengucapan awam dan mengangkat intelektual mahasiswa/i dalam isu penggunaan baucer buku.

Usul yang telah diperdebatkan berbunyi, 'Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M): Integriti mahasiswa dipertikai".
Perwakilan kerajaan telah diwakili oleh Mohd Shahrul Hafiz B. Abd Ghani, Siti Nurziana Bt Saleh dan Nur Syuhadah Bt Zulqurnain. Manakala pembangkang diwakili oleh Nur Fatin Nadhirah Bt Mohd Nasir, Nur Umira Bt Sabri dan Nur Liyana Bt Mohd Shuhairi.

Kerajaan menyokong usul dengan berhujah mengenai penyalahgunaan baucer buku oleh mahasiswa apabila mereka menjual baucer tersebut, melakukan penukaran hak milik dan membeli bahan bukan ilmiah. Pembangkang pula membangkang usul dengan hujah balas iaitu waktu pemberian baucer yang tidak sesuai dan wujudnya mekanisma untuk mengawal perlakuan tidak berintegriti mahasiswa tersebut. Dewan sedikit gamat apabila pendebat ketiga melakukan kerja- kerja bidasan.

Usai perdebatan, pihak penganjur telah memberikan cenderahati berbentuk sijil, jam dan novel beserta autograf daripada penulis novel tersebut kepada para peserta.

Semoga aktiviti yang mengangkat intelektual mahasiswa sebegini akan diperbanyakkan di Universiti Malaysia Terengganu. Sekian, terima kasih.