06 Oktober 2008

CADANGAN MENGADAKAN MAJLIS ANUGERAH DEBAT UMT

Assalammualaikum w.b.t,

Sudah agak lama saya tidak menulis posting yang berkaitan cadangan peribadi demi kebaikan kelab dan entiti yang ada didalamnya. Kali ini saya ingin membuat satu cadangan yang mungkin akan mendapat beberapa kritikan daripada sesetengah pihak, namun penulis rasakan adalah perlu untuk menyatakan cadangan ini supaya Kelab kesayangan kita ini akan menjadi sebuah kelab yang disayangi dan mungkin disegani oleh warga Universiti.

Saya mencadangkan Kelab kita untuk mengadakan satu anugerah yang khas untuk ahli kelab. Saya yakin dengan adanya anugerah seperti ini, ia akan mampu menyuntik semangat untuk terus memperbaiki kualiti diri baik dari segi debat ataupun akademik. Sebagai contoh, kita mempunyai ahli kelab yang mendapat anugerah tinggi dalam bidang akademik seperti anugerah diraja, anugerah canselor dan macam-macam lagi. Namun kelab kita tidak mengambil tindakan dengan turut sama meraikan mereka dengan memberi satu cenderahati ingatan yang ikhlas daripada pihak Kelab diatas kejayaan mereka. Begitu juga dengan pendebat-pendebat yang tidak putus asa walau apa jua kritikan dan rintangan yang mereka lalui saat kegetiran diarena perdebatan, mereka sanggup untuk bersengkang mata semata-mata untuk memperbaiki kualiti persembahan mereka. Begitu juga dengan pembantu-pembantu pendebat yang bersama-sama untuk melakukan persiapan sebelum sesebuah pertandingan debat diadakan.

Saya mencadangkan pihak pengurusan yang akan datang supaya peka dengan cadangan ini. Jadikan majlis anugerah ini sebagai sebuah event tahunan yang ditunggu-tunggu. Dengan ini, Saya mencadangkan anugerah seperti berikut

Contoh;

1) Anugerah Pendebat Emas Universiti 2009
2) Anugerah Pencapaian akademik konvokesyen Terbaik
3) Anugerah Ahli kelab Berjasa
4) Anugerah Alumni berjasa paling diingati
5) Anugerah Pendebat bukan Ahli Kelab Terbaik

Saya mencadangkan disebabkan kita akan menempuhi AGM dalam waktu terdekat, Adalah perlu 2 anugerah didahulukan. Untuk Anugerah Pencapaian Akademik Konvokesyen Terbaik,kita hanya perlu memilih alumni debat yang sudah berkonvo dan mendapat anugerah paling tinggi. Manakala untuk Pendebat Emas Universiti 2008, kita serahkan kepada alumni untuk melakukan proses pemilihan atau melihat semua rekod pertandingan debat dan mata boleh dikira berdasarkan markah perdebatan atau bilangan merangkul gelaran pendebat terbaik dalam pusingan liga. Anugerah diberikan semasa AGM berlangsung. Buat masa ini, cenderahati berbentuk piala kecil yang termampu berdasarkan status kewangan kelab.

Saya harap cadangan saya ini diterima oleh pihak MT kelab.

Terima kasih.

Yang Benar;


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar pilihan raya kampus dalam seminggu dua ni. UIAM dah menjadi MPP pertama yang melakukan pembubaran sebelum raya baru-baru ni. Mungkin dalam masa terdekat pembubaran MPP UMT plak kot. Pembubaran MPP bermakna pembubaran semua organisasi kelab. Justeru MT kelab harus bersedia dengan perancangan AGM dalam tempoh sebulan ni. Selamat mengundi!!! Berapa ramai agaknya calon dari kelab kita yek?

Tanpa Nama berkata...

Kepada bakal calon dari kelab ini, jgn takut utk bertanding... kami bersama anda..

Tanpa Nama berkata...

well that's good.. may i suggest there should be an award for the best team line-up as well.. bcuz remember, there's no "i" in "team", so a great debater is useless without her/his team-mates...

Tanpa Nama berkata...

betul gak tu.. kalau dapat dibuat majlis ni, pasukan terbaik pun perlu mendapat anugerah...

Tanpa Nama berkata...

bg pandangan peribadi, boleh kot buat mcm ni knapa sy ckp mcm tu spy pdebat2 yg dpat anugerah ni mesti berbangga dgn apa yg telah dilakukan kan..usaha yg mreka buat n pengorbanan sblum dinobatkan tuk menerima anugerah ni..so kalau boleh teruskan aje lah..

Tanpa Nama berkata...

yelah tu rezz... hehe... nanti utk 2009 atau 2010, kolah tu kunun dapat anugerah pendebat emas Universiti...hehe

Tanpa Nama berkata...

saya setuju sangat dengan cadangan ali. satu cadangan yang amat baik untuk dilaksanakan. kita perlu hargai keluarga kita walau siapapun dia dalan kelab, sumbangannya, walaupun kecil ianya tetap bermakna dan patut dihargai. kita boleh mulakan pada AGM akan datang ni. MT tolong take note.

Tanpa Nama berkata...

yg penting hadiah nya mestilah menarik kan..kan..