07 Jun 2008

PETROL NAIK!!

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Heboh satu Malaya kenaikan harga minyak. Isu ini sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak berikutan keputusan kerajaan yang tidak popular. Maka ada sesetengah pihak cuma merintih sokongan untuk mendapat populariti. "Hari ini dia jadi Perdana Menteri, esok harga minyak akan diturunkan". Sebenarnya ungkapan ini perlu diteruskan lagi oleh pengkhianat bangsa itu, "Hari ini Perdana Menteri, esok harga minyak diturunkan, lusa negara berhutang dengan IMF". Saya tidak berniat untuk meraih sokongan mana-mana pihak, tujuan menghantar komen ini atas kesedaran rasa tanggung jawab untuk menjelaskan apa yang saya tahu dalam isu minyak ini. Memang sedikit terbeban dibahu saya untuk menanggung CBX4101, tapi atas rasa cinta akan negara, saya perlu berubah gaya hidup. Kenaikan harga minyak dunia mendesak kerajaan menaikkan harga minyak. Subsidi selama ini tidak ditarik 100% pun. Tidak sampai 5 hari Malaysia menaikkan harga minyak, pasaran dunia melambung RM3.50 bagi seliter. Bebanan kerajaan perlu ditanggung bersama. Rantaian kenaikan harga makanan berpunca daripada minyak memang benar. Tapi kerajaan telah mengumumkan pelan kawalan harga makanan seawal dahulu sebelum kenaikan harga minyak. Spekulasi di dunia blog mengatakan Petronas "untung" lebih 100juta USD setahun akibat kenaikan harga 1USD seliter. Frasa untung itu telah sengaja ditukar daripada frasa asalnya adalah pendapatan. Keuntungan perlu dibezakan dengan pendapatan. Keuntungan diperoleh selepas kita tolak kos pengeluaran dan segala bentuk royalti. 100juta USD itu pendapatan. Kenaikan harga berpunca dari kenaikan kos pengeluarkan yang berkadar langsung. Jika tidak faham, sila rujuk laporan Gabenor Bank negara soal kenaikan minyak. Kenaikan minyak ini perlu ditangani bersama demi memastikan kelangsungan ekonomi negara. Kita tidak mahu sampai keraan berhutang dengan negara luar, tambahan pula dengan IMF yang memang kita sedar akibatnya. Jika berhutang dengan IMF, tidak ada sebarang subsidi yang boleh diberikan. Segala bentuk perbelanjaan perlu mengikut garis panduan IMF. Rakyat akan lebih menderita. Harapan saya agar kita semua berubah sikap. Jangan hidup mengharap subsidi. Usaha sendiri dengan berdikari. Mahasiswa intelektual tidak suka akan spekulasi. Bukan kenaikan minyak perlu diperbincagkan, soalnya isu sikap kita semua sebagai warga Malaysia. Rakyat perlu bersatu bersama-sama pemerintah. ketepikan dahulu agenda politik masing-masing. Mahasiswa tingkatkan usaha anda, sampai bila kita mahu jadikan kita sekadar bangsa yang merujuk orang lain. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang dirujuk!

Tanpa Nama berkata...

saya sependapat dengan polychaetes..untuk pengetahuan semua, harga minyak dunia kini melambung hampir 3 kali ganda dalam masa lebih kurang 15 tahun.
Pada tahun 1990-an, harga minyak cuma dalam linkungan USD 55 per barrel, tapi kini telah mencecah pada paras tertinggi iaitu USD 139.05 pada penghujung bulan mei 2008. Lebih malang lagi, harga minyak dijangka terus meningkat sehingga boleh mencecah USD 200 per barrel. Para ahli ekonomi pada asalnya menyatakan bahawa harga minyak tidak akan melebihi USD 150 per barrel kerana menjangkakan permintaan terhadap minyak akan turun. walau bagaimanapun, jangkaan tersebut meleset dan tiada sesiapa yang bertindak untuk menghalang kenaikan tersebut. punca kenaikan harga minyak disebabkan oleh permintaan yg tinggi oleh negara china da india yang kini sedang pesat membangun lalu menyebabkan kekurangan. di samping itu, terdapat juga faktor2 lain yang mempengaruhi dan semua orang mengetahui bahawa pengeluaran minyak adalah terhad dan dunia akan kehabisan emas hitam ini. ditambah pula dengan negara-negara pengeluar yang tidak mahu meningkatkan pengeluaran mereka. Oleh sebab kenaikan harga yang melampau dan ditambah pula dengan krisis makanan dunia, malaysia memang tak mampu untuk menanggung segala kos dan hal ini akan meningkatkan lagi defisit begara. Oleh itu, wajar sekiranya kerajaan meningkatkan harga minyak di samping melindungi hak2 mereka yang berpendapatan rendah. hidup bersabsidi ini akan memakan rakyat sendiri pada akhirnya..saya pasti orang-orang politik, ahli ilmuan dan mungkin para pembaca mengetahui kesan-kesan yang mungkin dihadapi oleh rakyat dan negara jika kita hanya bergantung kepada sabsidi semata-mata. memang menyedihkan sekiranya ada ahli politik menjadikannya tajuk untuk meraih perhatian rakyat menentang kerajaan persekutuan..walau pun saya akui, keadaan politik kini tidak ikhlas dan telus samaada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan..akibatnya, rakyat juga yang merana..

Tanpa Nama berkata...

Semua orang perlu tahu kaedah penjimatan minyak... Bagi Mahasiswa Universiti anda disarankan untuk menggunakan basikal atau sekurang-kurangnya motorsikal berkuasa rendah supaya penjimatan dapat dilakukan... Tapi tiada paksaan... ikut kemampuan kendiri..

Tanpa Nama berkata...

Malaysia sebuah negara mengeluarkan minyak...bertambah @ tidak pndapatan negara apabila harga minyak dunia meningkat?? :) ...jgn bandingkan harga minyak kita dengan negara di rantau ini dengan mengatakan kita masih mempunyai harga yang paling rendah kerana negara lain bukan pengeluar minyak sepertimana kita..bandingkan hanya dengan negara pengeluar minyak..baru la adil..hmm..sekadar renungan untuk kita bersama..bukan di mana2 pihak, namun sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini, perlu untuk mengambil tahu hal ehwal semasa negara...renung2kan dan fikir2kan... :-)
walaubagaimanapun, harga minyak tetap naik..rebat pun sudah mula diberi, sama2 la kita jadi pengguna yang bijak, rancang perjalanan,perbelanjaan...
Selamat berjimat cermat..

p/s: bagus gak minyak naik, reti2 sket kita (rakyat Malaysia terutamanya diri ini) nk berjimat..hehe

Tanpa Nama berkata...

First of all, jijah,jijah...kita ni pengeluar minyak nombor berapa dunia? Selepas kuwait ker? Kamu pergi kelas naik jet peribadi ker? ops terlupa, mungkin tak muat, jijah naik lori kontena kot. Sejak bila minyak malaysia digunakan untuk pengangkutan yg menggunakan petrol? Kenderaan ringan kita tidak menggunakan minyak tempatan kerana tidak berbaloi. Minyak Malaysia dieksport kerana 2 sebab. Yang pertama nilai minyak kita tinggi di pasaran kerana mengandungi kandungan sulfur yang rendah. Dan yang kedua Petronas ini adalah aset negara yang memberi SEBAHAGIAN PENDAPATAN (bukan UNTUNG yek. Maka, tak perlulah untuk mempertikaikan pendapatan petronas.
Permintaan saudari jijah untuk perbandingan harga dengan negara pengeluar minyak dunia adalah tidak rasional. Pengeluaran minyak Malaysia yang hanya 0.3% tidak melayakkan kita menyertai OPEC. OPEC hanya dianggotai oleh sebelas buah negara termasuk 7 negara arab. Permintaan untuk perbandingan harga ini tidak adil ibarat membandingkan peniaga gerai tepi jalan depan hostel tok jembal dengan pengeluaran syarikat makanan Nestle. Tambahan pula minyak bukanlah pendapatan utama negara, pendapatan utama negara adalah dari hasil industri pembuatan. Mungkin berlaku kekeliruan dikalangan warga kita ni dengan istilah pengeluar minyak dengan pengeluar petroleum. Jika minyak kelapa sawit, memang kitalah jaguh dunia, tapi kalau minyak petroleum kita ni terlalu kecil di mata dunia.

Tanpa Nama berkata...

salam.....hmm alhamdullilah akhirnya ader jugak adik junior nak tahu pasal kenaikan harga minyak yang menjadiisu hangat negara...kalo boleh perbincangan yang berilmiah ini sangat bagus jika disokong dengan fakta yang kukuh dah sahih cthnyer wikipedia atau world bank resourse (saperkomplain naper world bank untuk dapat maklumat aku plangkong) sebab ianya adalah pengeluar statistik dunia..maudud tak boleh pakai sebab cenderung memngikut kata hati...keraguan yang ditimbulkan tanpa fakta ibarat perbincangan dikedai kopi kerana tak der mende nak buat...hehehe..buat saudara uzair atau cacing..saya sokong sepenuhnya...insyallah akan saya lampirkan semua fakta dari statistik negara...kalo boleh contohilah gaya hujah dan penggunaan fakta yang tepat tidak dikaburi oleh retorik...dan keraguan agak ke"village-an"....tidak ada maksud tersirat ek sumer tersurat.....

Tanpa Nama berkata...

dulu mgkin la naek kontena..
skrg jalan kaki je la..
jimat duit..hehe....

polychaetes jgn la emo sgt..
hehe...sje nk provok sket..
tgk..lg bnyk fakta yg keluar..
hehe..thanx.....

thanx utk papa vogue jugak...
hehe...nnti sy try ke'city'an plak..hehe..

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan harga minyak kini bergantun kepada permintaan dan penawaran dunia. 2 hari lepas pemerintah Arab Saudi berjanji untuk menggandakan pengeluaran minyaknya untuk membendung kenaikan harga. Awal pagi tadi George W. Bush melahirkan rasa kekesalannya berikutan cadangan beliau untuk membuka kawasan rezab di tolak oleh dewan senat. Macam-macam ceita tentang emas hitam ini. Menurut Oil market-outlook.com, permintaan dunia tehadap minyak pada tahun 2003 adalah 78.4 per tong. Jumlah ini terus menokok kepada pada tahun 2007 dan 2008 dengan masing-masing pada kadar 83.5 dan 84.8 per tong. Walau bagaimanapun, jumlah yang dikelurkan oleh negara OPEC masih kekal sama seperti tahun 2003 iaitu 26.6-26.8 per tong. Mungkin ini dapat memberikan gambaran yang mudah dengan kenaikan harga minyak ini.

Tanpa Nama berkata...

Baiklah.isu ini sebenarnya ada juga kena-mengenanya dengan isu mencari sumber alternatif tu.

Untuk menilai sesuatu situasi maka ilmu yang cukup amat perlu supaya apa saja yang kita utarakan tidak ditertawakan orang.
Saya tidak banyak ilmu. Namun saya kira saya mendapatnya melalui pemerhatian dan sedikit pembacaan (kantoi tak banyak membaca)

Isu harga minyak sebenarnya memang merupakan isu yang sepatutnya dari dulu dibincangkan. Apabila bercerita tentang sumber yang tak boleh diperbaharui maka kita perlulah sentiasa peka tentang penggunaannya.

Sepatutnya dari dulu lagi rakyat bersuara tanya kerajaan apakah perancangan penggunaan minyak dan sebagainya.Tapi biasa lah dah terhantuk baru nak terngadah.

Kerajaan mana pun yang memerintah rakyat tidak dapat tidak perlu sedar dan bersedia tentang kenaikan harga minyak.Usah lagi bersikap mengharapkan subsidi kerana bangsa subsidi ini takkan berjaya malah Islam sendiri membenci orang yang bersifat meminta-minta.

Ada seorang pernah berkata, ianya bukan Isu harga minyak yang naik, tapi isunya ADAKAH KITA BERSEDIA MENGHADAPI KENAIKAN HARGA MINYAK?

Bangkit dan majukan diri sendiri. Buat apa nak dikecohkan tetang harga minyak itu sahaja.Sudah tiba masanya kita sama-sama fikir apa lagi sumber tenaga yang boleh kita bangunkan untuk menggantikan minyak petroluem?

Untuk kerajaan: Banyakkan pam NGV. Bertindaklah segera dan jadilah pemimpin yang bijak. Didiklah rakyat kerana itu lah sebenarnya tugas pemimpin.

Sekadar renungan untuk semua!

Tanpa Nama berkata...

Ini fakta yang diambil dari pembacaan awal pagi tadi dari Reuters. Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam menyatakan bahawa negaranya tidak boleh dipersalahkan berhubung peningkatan harga minyak.Bagaimanapun, baginda menuding jari kepada spekulator, cukai bahan api tinggi di negara-negara pengguna dan peningkatan penggunaan di negara-negara membangun.

Baginda turut menjelaskan bahawa Arab Saudi yang merupakan negara pengeksport minyak terbesar di dunia sudah meningkatkan pengeluaran kepada 9.7 juta tong sehari.

Makin hari makin menarik isu minyak ini. Tuding menuding sudah bermula. Kita yang kerdil di muka bumi ini hanya mampu menyaksikan pelbagai gelagat manusia.

Tanpa Nama berkata...

benar seperti yang dikatakan oleh k.mai..sekarang ini bukan lg kenaikan harga minyak perlu dipersoalkan namun adakah kita bersedia menghadapi kenaikan harga minyak kerana emas hitam ini dijangkakn akan terus meningkat harganya USD 139.05 pada penghujung bulan mei 2008 dan harga minyak dijangka terus meningkat sehingga boleh mencecah USD 200 per barrel jika permintaan akan terus meningkat..

persoalannya, adakah negara kita telah bersedia untuk menggunakan tenala alternatif lain seperti biofuel mahupun nuklear..Semalam
ketua menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam menyelar Universiti tempatan yang gagal untuk mengkomersilkan hasil kajian walaupun telah memenangi pelbagai anugerah yang bertaraf antarabangsa..

saya kira ada juga yang benar di dlm kenyataan beliau kerana cukup sayang andainya kajian2 yg bernilai tidak kita manfaatkan.. awal tahun ini sendiri, sekumpulan penyelidik dari UTP telah berjaya menghasilkan biodiesel daripada biji getah dan merangkul pingat emas di Pameran Innova Eureka di Brussels, Belgium.. hasil kajian "Penghasilan Biodiesel Daripada Biji Getah: Dalam Bentuk Transesterifikasi" tersebut, setiap sekilogram biji getah mampu menghasilkan 300-400gm biodiesel dan kos penghasilannya hanya RM2.90 dan untuk membina sebuah loji penapisann biodiesel memerlukan kira2 RM3-4 juta..betapa sayangnya saya kira jika kajian ini tidak dikomersilkan..siapa sgka biji getah yang hanya menjadi mainan kanak2 suatu ketika dulu mmpu mnjana sumber tenaga..

terbaru, kerajaan hari ini menerusi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyiapkan satu kertas kerja untuk memasukkan tenaga nuklear sebagai satu sumber tenaga di dalam Dasar Kepelbagaian Bahan Api Negara..langkah ini dicapai setelah beberapa negara lain juga turut memulakan lgkah2 pggunaan tenaga nuklear seperti INdonesia, Vietnam dan Thailand.
penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik dipercayai lebih efektifkerana kosnya hanya USD1.72 per kilo watt berbanding USD9.63 bagi petroleum dan USD6.75 bagi gas.

ternyata krisis minyak hari ini membawa kepada pelbagai ciptaan alternatif bagi mengurangkan permintaan terhadap minyak..Jepun pula kreatif dengan penciptaan kereta yang menggunakn air..

apa pula sumbangan kita untuk mengurangkan permintan minyak agaknya?? :)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah jijah kerana telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam berhujah. Teruskan mencari fakta-fakta untuk kita kongsi bersama

Tanpa Nama berkata...

salam..seperti yang saya janjikan ....ini bebrapa laman yang boleh dirujuk oleh semua tentang fakta pendapatan dan pengeluaran minyak negara...kena analisis sikit ek...

http://www.statistics.gov.my/english/frameset_keystats.php?fid=m

http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/WDI08_section4_intro.pdf

http://www.opec.org/home/PowerPoint/Reserves/OPEC%20share.htm


ni ha ada tiga laman yang utama sila rujuk untuk dapatkan fakta yer....so kaji la..kalo malas itu bukan salah saya..hahahaa...

Tanpa Nama berkata...

jijah im proud of you...sangat matang cara berhujah dan mengemukakan fakta..tq....:-)

Tanpa Nama berkata...

betul-betul. Gaya penghujahan jijah wajar dicontohi pendebat-pendebat lain. Semua orang boleh berdebat, cuma yang membezakan tahap kematangan dalam berdebat. Join debat maya pls...

Tanpa Nama berkata...

Negara ini tidak boleh hidup atas sentimen dan emosi menerusi ucapan berapi-api dan demonstrasi.Turun dengan fakta dan angka yang boleh yakin rakyat siapa yang betul.Orang kampong di Sik,Hulu Terengganu,Gua Musang,Kuala Pilah,Mersing dan nun jauh di Long Pasia tidak faham terma ekonomi yang tinggi-tinggi dan berbelit.Soalnya bagaimana ramai yang sudah angin satu badan dengan kenaikan minyak naik harga dapat diberi kefahaman isu ini dalam prespektif yang betul.Peritnya sekarang bukan terasa di Malaysia saja merasa menjadi bahan keluhan satu dunia.

Tanpa Nama berkata...

polychaetes said...
Heboh satu Malaya kenaikan harga minyak. Isu ini sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak berikutan keputusan kerajaan yang tidak popular. Maka ada sesetengah pihak cuma merintih sokongan untuk mendapat populariti. "Hari ini dia jadi Perdana Menteri, esok harga minyak akan diturunkan". Sebenarnya ungkapan ini perlu diteruskan lagi oleh pengkhianat bangsa itu, "Hari ini Perdana Menteri, esok harga minyak diturunkan, lusa negara berhutang dengan IMF"

siape pengkhianat bangsa,
ape hutang3,

debat 15 Julai 2008