22 Jun 2008

ALTERNATIF: Bijak atau Bodoh?

Dunia sekarang ini semua orang mengejar mencari kebenaran. Banyak kaedah yang dipraktikkan sehinggakan menjerat diri dan sekaligus boleh dianggap bodoh. Mungkin anda semua tetanya-tanya apakah halatuju penulisan ini. Apakah isu yang hendak disampaikan? Penulis sedar tatkala menulis untuk tatapan para pendebat sekalian, tidak boleh tidak mesti memenuhi tuntutan diatas. Bermula dengan pembukaan konsep, diikuti dengan kayu ukur sebagai pegangan dan barulah masuk ke bab seterusnya dan seterusnya. Penulis cuba mengelakkan cara yang bersifat klise. Almaklumlah semua orang kini tak suka klise kan....

Berbalik kepada persoalan sebentar tadi, pergolakan politik semasa dan pelbagai lagi krisis dalaman termasuklah krisis kenaikan harga, perebutan hak kedaulatan, dan macam-macam lagi lah banyak menghimpit kotak pemikiran kita untuk mencari kebenaran. Fenomena sekarang banyak memperlihatkan warga kita cenderung mencari cerita-cerita dari pelbagai media. Kalau dahulu warga kita cukup sekadar menonton televisyen, sekarang dengan ledakan media yang terlalu banyak sumbernya, maklumat boleh diterima dengan pantas dan bertimbun-timbun.

Apa yang menghairankan sekarang, ramai pihak yang dahulunya menikus kini sudah bertaring. Dahulu sunyi sepi dan popular dengan ungkapan "no comment", sekarang sudah mula menyinga dengan pelbagai kritikan. Macam dia sahaja yang betul dalam dunia ni. Tak tahu lah dari mana dia dapat tahu cerita-cerita belakang tabir. Semuanya didedahkan kepada media elektronik dengan beraninya. Bagi penulis, mereka ini tidak ubah seperti kucing hilang gigi, tikus mula melompat tinggi.

Pemikiran generasi sekarang lebih cenderung untuk lari dari klise. Cuba keluar dari bersifat kelaziman. Cuba mencari alternatif-alternatif. Kalau kita kata A bagus, mereka cuba berkata A-. Tapi masalah timbul apabila mereka hanya tahu mengkritik, tanpa ada sebarang cadangan mahupun penambahbaikan. Mereka masih lagi takut untuk memberi cadangan takut dikritik pula. Tak mengapalah manusia jenis menikus ini masih lagi belum betul-betul "gentleman".

Penulis amat risau apabila gejala mencari pelbagai sumber alternatif ini semakin menular. Memang bagus untuk memperluaskan minda, tapi yang tak bagusnya fakta-fakta yang dicedok belum tentu kesahihannya. Ditambah buruk dengan fakta yang bersifat spekulasi semata. Cenderung menjadi propaganda yang bertujuan mempengaruhi. Jika kita analisis semula apa yang diperkatakan oleh fakta yang bersifat spekulasi ini, dari awal hingga akhir adalah bentuk keraguan yang cuba ditonjolkan tanpa sebarang fakta empirikal mahupun autoritatif.

Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog terutamanya, proses sama turut berlaku. Individu yang gemar melompat dari satu blog ke satu blog yang lain akan mudah terpengaruh dengan kepalsuan ini. Mereka cuba menggunakan jalan mudah dengan sekadar membaca beberapa blog tentang sesuatu isu, kemudian akan diceritakan kepada sekeliling untuk dianggap BIJAK serta BERPENGETAHUAN TINGGI. Mereka beranggapan, dengan menjelaskan sesuatu perkara tanpa klise daripada media massa, mereka akan diangkat sebagai BIJAK.

Tidak hairanlah sekarang warga kita cenderung membeli akhbar-akhbar alternatif selain daripada akhbar harian kita yang dianggap sudah lapuk. Mereka kata minda pengarangnya dicemari agenda kerajaan semata. Semuanya kepalsuan kata mereka. Kalau kepalsuan, dari mana mereka tahu? Adalah mereka pakar ekonomi? Pakar sukan? Apatah lagi pakar hubungan antarabangsa? Lulusan apa mereka sehinggakan mampu mengatakan apa yang ada semuanya salah? Jika salah, apakah kebenarannya? Tidak pernah walau sekalipun mereka akan kata kebenaran bagi kaca mata mereka. Mereka tidak sedar ada telinga di belakang sedang mentertawakan gelagat sumbang mereka. Kononnya dialah professor dalam semua bidang.

Harapan penulis, moga-moga siswa siswi berintelektual semua mampu menilai sendiri apa yang dilaporkan oleh mana-mana media. Tidak salah untuk mencari alternatif, tapi pastikan kesahihan sumbernya. Jangan kita mengejar untuk menunjukkan kepandaian kita. Sedarlah apa yang kita ada hanya secubit ilmu. Masih jauh untuk kita berkelana.

Salam muhibah,
Uzair Rusli

5 ulasan:

Anonymous berkata...

btul gak... n biasenye yg alternatif nie la yg byk trpesong.. peace (^.^)v

HuDa berkata...

tak suka tul cik noni-noni nie.

Cik Jijah berkata...

opss....macam sentap jer...
hehe...anyway selepas semalaman berfikir panjang...
segalanya benar...
sepertimana debat, sebarang hujah x mungkin kuat atau diterima tanpa disokong bukti yang sahih...
yang dikeluarkan oleh pihak yg benar2 arif...
harap jd pedoman buat semua mahasiswa intelektual...

Maizah berkata...

Baguslah...
sekurang-kurangnya biarlah penilaian kita sebagai modal insan kelas pertama ni terhadap sesuatu ada bezanya dengan masyarakat lain...
Tidak salah untuk mencari sumber alternatif untuk meluaskan pengetahuan tentang keadaan semasa serta menimbangkan sesuatu isu dengan lebih adil dan saksama.
Namun yang pasti,yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Ilmu itu ada di mana-mana.Tidak kiralah siapa dan dari mana sumbernya, ambillah apa-apa sahaja pengetahuan yang baik.

Hakunamata berkata...

sekarang memang ramai nak tunjuk diri pandai dengan bercerita tentang perkara-perkara sebalik tabir. Tak perlulah bermain politik kedai kopi, apa yang kita cari ada hakikat kebanaran. Yang benar tetap benar! Tengok sahaja bagaimana seorang pemimpin yang cuba putar belit soal minyak di RTM, bila berdebat sendiri dengan menteri terus kaku. Kat belakang bukan main lagi die ligat buat tamahan. Pelbagai keraguan yang cuba dibangkitkan untuk mengaburi mata rakyat. Setiap isu semuanya hendak dipolitikkan. Tahu melepaskan pucuk sendiri sahaja, penuh dengan agenda politik peribadi. Pemimpin sewajarnya berani berdepan, bukan menikus. Saya sokong pendapat Saudara Uzair. Tahniah atas penulisan yang cuba membuka minda kita semua. Tidak berniat memberat mana-mana pihak kerana yang benar tetap benar!