04 Jun 2008

ALAHAI "RESULT"

Sedar tak sedar dah berapa tahun kita di bumi bertuah ni Terengganu Darul Iman. Banyak suka-dukanya terutama yang dah menjelang usia senja di UMT. Yang paling menarik macam-macam keluhan dari siswa-siswi kita terutama dengan "Result" exam masing-masing. Penulis bukannya nak sibuk-sibuk pasal result orang lain, cuma sekadar nak mengingat khususnya adik-adik yang makin ligat berdebat supaya tidak ketinggalan di dalam kelas. Pengalaman penulis sendiri, debat memang banyak membantu dalam prestasi akademik. Pernah juga terdengar daripada rakan seperjuangan yang mengatakan beliau sendiri memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang selepas aktif berdebat. Oh ya, tak terlambat kiranya jika penulis ingin mengucapkan tahniah buat semua pendebat yang berada di tahun akhir yang rata-ratanya memperoleh kepujian dekan.

Harap-haraplah kejayaan yang diwar-warkan ini boleh dijadikan sumber inspirasi kejayaan buat adik-adik Keluarga DEMI. Bukanlah niat untuk bermegah-megah dan membanding-banding result dengan yang lain. Sehingga ke saat ini penulis sedikit terkilan kerana adik-adik semua seolah-olah tidak mementingkan pencapaian akademik. Mungkin ada seorang-dua yang cemerlang, tapi kebanyakkannya result sekadar cukup-cukup makan. Mana semangat kalian ketika selalu berdebat? Tidak bolehkah semangat itu turut sama diterjemahkan dalam pelajaran? Mana pergi azam kalian ketika mula-mula memasuki alam kampus? Apa yang buat adik-adik kesayangan saya ni hanyut?

Maaf jika penulis sedikit emosi dalam penulisan ini. Sedarlah adik-adik ku, tidak cukup jika kita sekadar kencang berkata-kata, tapi ilmu di dada kurang. Jangan suatu hari nanti kita dilabel mahasiswa tin kosong. Bunyinya sahaja yang berdegar-degar, tapi isinya belum tentu lagi. Bagi penulis inilah yang perlu dibimbangkan. Kemana hala tuju sebenar kita? Untuk menjuarai debat atau kecemerlangan akademik? Jangan pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Harap kita semua dapat mengambil perhatian serius dalam isu seperti ini.

Adakah kita mampu memastikan kita mempunyai generasi yang akan meneruskan kecemerlangan kelab sebelum ini seperti mereka. Tahniah buat Abang Rais (Pelajar Terbaik Ekonomi/ Anugerah Naib Canselor), Abang Gary dan Kak Laila Mazni ( Angerah Naib Canselor) dan tidak ketinggalan penyelidik muda dan mantan presiden kita Abang Syahmi Mokhtar (Pingat Emas National Research and Innovation Competition).




Penulis ingin mencadangkan kepada presiden, Saudari Erni Haslina dan penasihat kelab, Puan Rozita Jayus agar kita sama-sama dapat memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan pencapaian akademik Keluarga kita ini. Mungkin dalam masa terdekat ini kita keluarkan senarai dekan keluarga kita dalam blog ini. Mungkin untuk memberi rangsangan yang lebih cepat kepada kita semua, kita keluarkan result penuh peperiksaan setiap anggota keluarga kita. Tidak kiralah dekan ataupun tidak. Memang ada pro dan kontra nya bagi cara ini. Tapi saya yakin jika kita sama-sama berusaha mencari penyelesaian isu ini, InsyaAllah kita akan memperoleh kejayaan.

Justeru kepada semua ahli keluarga DEMi yang turut membaca artikel ini, anda dialu-alukan untuk memberikan cadangan yang bernas. Tinggalkan semua prasangka buruk kalian. Mari kita sama-sama majukan diri dan juga bangsa kita. Cukuplah jika selama ini kita berbincang soal hati dan perasaan masing semata. Sudah tiba masanya kita pandang lebih jauh kedepan.

"Jangan sesekali fikir bahawa anda sudah bagus dan pandai,
kerana itulah saat anda mulai leka dan lalai"


Salam kasih sayang,
UzaiR RusLi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belajarla rajin rajin semua.
Usaha tangga kejayaan
Tiada alasan untuk kita gagal, kecuali malas!!
;P

Tanpa Nama berkata...

saya setuju ngan abg Uzair. Kita sudah berjaya praktikkan frasa debat, namun frasa Mahasiswa Intelektual, kita kurang berjaya. Kalau boleh dalam aktiviti kelab untuk masa depan, kita adakan kursus motivasi. alaa... macam masa kita sekolah menengah dulu tue.. tapi khas untuk famili kita sahaja... tapi terpulanglah kalau kita ada kelapangan untuk melaksanakannya memandangkan sem depan aktiviti kelab kita cukup padat. Tahniah kepada sesiapa yg mendapat DEKAN...

Tanpa Nama berkata...

jgn setuju2 jek....kene apply!!!!!!!!!