31 Mei 2008

Duit Kemenangan-Milik Siapa?

Minta maaf jika saya "ter"jarang menulis artikel untuk blog kesayangan Famili DEMI ini. Sebenarnya saya dalam proses menulis sebuah artikel panjang yang khas untuk blog peribadi dan tidak sesuai untuk dipaparkan didalam blog ini.

Baiklah, Sebenarnya saya cuma sedikit "terjentik" untuk menyentuh mengenai duit kemenangan tidak kiralah dalam pertandingan pidato ataupun debat. Saya cuma berasa hairan, kenapa tidak ada sedikit "briefing" mengenai hal-hal sebegini dibuat sebelum pasukan atau individu yang bertanding bertolak ketempat Pertandingan? adakah kerana dari awal-awal lagi kita sudah set
didalam minda kita bahawasanya kita tidak akan memenangi sesebuah pertandingan? Saya rasa kita perlu buang "mind set" lapuk itu. Sekarang pendebat mahupun pemidato kita sudah berada dalam kelompok "developing" dan mungkin akan masuk ke dalam kelompok "developed". Jangan anggap perkara ini remeh-temeh apatah lagi kini pasukan UMT sudah mempunyai Seorang jurulatih dan pembantu jurulatih yang berkaliber.



Duit kemenangan dalam sesuatu pertandingan bagi saya adalah hak milik kelab. Bukan hak milik seseorang individu ataupun pasukan debat yang bertanding. Kita lihat bagaimana proses memberi tunjuk ajar sehinggalah melahirkan seorang pendebat ataupun pemidato yang unggul, semuanya dibuat dan diuruskan oleh Kelab.

Mungkin ada yang sedar tentang status kewangan kelab. Sebelum ini ada yang mencadangkan untuk membuat perniagaan bagi menambah wang kelab. Namun apakan daya, jika modal untuk berniagapun tidak mencukupi. Jadi bagi penulis, cara terbaik untuk mengumpul wang modal adalah melalui duit hasil kemenangan dalam sesebuah pertandingan. Semua Famili DEMI perlulah bekerja keras untuk mencapai kemenangan. Bayangkan, dalam satu semester sahaja, ada lebih daripada 2 atau 3 pertandingan debat. Itu tidak dicampur lagi dengan pertandingan Pidato.

Mungkin, kini adalah titik permulaan kita untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Kita jadikan setiap pertandingan sebagai suatu bisnes untuk menambah wang rizab Kelab.

Kita mesti ingat, Jangan tanya apa yang kelab boleh beri kepada kita tetapi tanya kepada diri sendiri apa yang boleh kita beri kepada kelab.

TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK MENJADI JUARA!! YAKIN JE!!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duit kemenangan terserah lah kepada pemenangnya. Andai pemenang merasakan kemenangannya adalah kemenangan bersama, duit itu akan menjadi milik kelab. Andai kata kemenangan itu dirasakan hak mutlak dirinya sahaja, selayaknya duit itu diperam dalam akaun sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan seseorang itu masih terikat dengan kelab dan mewakili Universiti atas "bantuan" kelab, maka duit itu selayaknya milik kelab.

Lagipun menurut senior, polisi kelab memperuntukkan setiap wang kemenangan adalah milik kelab dan jika ingin pembahagian wang kepada individu2 tertentu bergantung kepada keputusan Majlis tertinggi kelab.

Jika tak puas hati, bertanding sendiri tanpa melalui kelab. Saya cabar anda membawa nama U tanpa bantuan Kelab debat dalam mana2 pertandingan debat.

Jangan MAKAN SENDIRI...

Tanpa Nama berkata...

Apa lah korang ni buat spekulasi awal sgt. Team yang menang tu tak decide lagi pasal duit kemenangan. Korang nak kecoh2 plak. Lagipun cuti sekarang ni, mesyuarat belum sempat buat lagi. Tunggu lah keputusan mesyuarat dulu. Plz lah jgn buat spekulasi lagi.

Tanpa Nama berkata...

semoga si penulis belajar. blog ini blog ilmiah yang pengunjung tidak terhad kepada ahli kelab semata-mata. Usahlah membuat onar dgn penulisan spekulasi dan berbaur propaganda. kelak nama Universiti yang tercalar dek kontroversi sperti ini.

Ada sesetengah isu yang bersifat "classified dan confidential" tidak perlu di bawa ke muka blog. Amat merbahaya. Mohon kelak penulisan blog ada adap dan tertib.

Tanpa Nama berkata...

salam and good morning to all my family members..

no1. among us four left english debaters, i think i am the only one who would open this blog.

no2. duit kemenangan pun blh jadi isu hangat mcm isu harga petrol naik.

no3. we are not mindless selfish idiots who don't think. we know our place in the club.

no4. since when did we say anything bout the money? duit tu pun belum di sentuh tau ka!

no5. reminder, we are all here as family... and based on few small talks among the english debaters.. "yes the money is going to be taste by each and everyone here in the club".

no6. anything else will be decided on the meeting organized by the MT kelab demi.

no7. we went for the competition not for the prize money. we went there for knowledge, experince, friends, fame and glory by the institution itself. proud to compete for UMT. prize money is only a bonus we never expected.

no8. Yes, we might not know how to handle the prize money, but Abg Syahmi N Abg Azrul have told us about what they all do with their prize money before in their days.

no9. please stop doing things that may hurt other people feelings. love the club, love the family and please keep the harmony situation.

no10. "Stop Blaming Others, And Blame It All On Yourself, Things Are Not Well Because We Didn't Do It Well"

no11. "Stop Giving A Non Constructive Comments"

no12. "Love the Club, Love the Family, And Ambil Yang Keruh Dan Buang Yang Jernih"

Tanpa Nama berkata...

hehe. Ada gak yang terasa. Saya bukannya nak tuduh sesiapa. Saja je membangkitkn isu. Boleh diketengahkan supaya ianya menjadi agend kelab. Siapa yang ter"lebih-lebih" terasa, sori. Tapi artikel ini tiada yang mengutuk sesiapapun. Ianya lebih mencakupi kepentingan kelab semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

ini adalah cara penulisan saya. Kalau tidak suka dengan cara penulisan saya, jgn lantik saya jadi penulis blog ni.

Tanpa Nama berkata...

“kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang”

renung-renungkan dan selamat beramal

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya aku sudah jemu untuk menjawab setiap "kemarahan" pembaca bagi setiap artikel yang aku tulis. Untuk pengetahuan sekalian, aku sungguh runsing mengenai "adab dan etika" penulisan blog sepertimana yang berkali-kali Kamma utarakan. Aku ingin sangat mengetahui tentang buku undang-undang mana yang dibaca olehnya yang menyentuh mengenai adab dan etika. Aku ingin tahu adakah apabila artikel yang ditulis dengan bertujuan memperbaiki pentadbiran sesebuah kelab dianggap salah. Kalau salah tolong nyatakan seksyen mana? akta mana? Adakah aku menulis artikel berunsur perkauman? kalau ya, aku sanggup berhadapan di mahkamah. Aku sedar yang aku masih tertakluk dibawah AUKU. Lagi satu, jangan suka menegur penulisan orang walhal penulisan sendiri juga berunsur "sindiran".

Untuk Mameemonster, Aku ingin bertanya satu soalan. Adakah awak fikir artikel ini ditulis untuk debator BI yang menang di PISZA? Kalau ya, tolong tunjukkan saya ayat mana yang membabitkan debator BI. Jangan sesuka hati menuduh orang membuta tuli. Aku menulis artikel ini pun kerana menyedari kepentingan "wang kemenangan" dalam memantapkan kelab. Tidak guna kalau marah-marah. Aku tak suka mengenai komen "among us four left english debaters, i think i am the only one who would open this blog.".So what? ingat aku kecut perut ke? Siapa korang?

Aku hairanlah, hanya kerana artikel sebegini dianggap begitu serius. Kenapa tidak memandang kearah positif? Lagipun, cuba korang baca betul-betul. Tiada sesiapa yang patut terasa. Artikel ini lebih bersifat kepada kepentingan kelab semata-mata. tiada yang lebih. mungkin kerana ia satu kebetulan kerana artikel di published selepas kemenangan Team BI.

Kita sering meuar-uarkan mengenai famili DEMI.Kononnya semangat kekeluargaan. saya kira mameemonster ada nombor hp aku. Kenapa tidak call untuk meminta penjelasan? Paling tidakpun sms je. Kenapa hentam aku kat dalam blog? Lagipun aku kira mameemonster lupa akan "dialog"nya semasa didalam bilik. Sibuk mengira-ngira wang kemenangan. Tetapi dalam komen lain pula yang dicakapnya. Kalau tak percaya boleh tanya sesiapa yang ada didalam bilik pada hari itu. Itupun kalau mereka masih ingatlah...

Sudahlah... Jangan nak cepat melatah. kita satu famili. Kalau nak komenpun tolonglah jaga adab sopan sepertimana yang habis-habisan dipertegakkan oleh Kamma. Kalau tidak puas hati, telefon lah penulis blog ni. Saya kira semua orang ada menyimpan nombor masing-masing. Think positive..

Tanpa Nama berkata...

1. first of all this is not a comments, this is self defending

2. second of all, thinking about this issue, i sure it come out from from the winning of pizza. eventhough theres no proof of you coming up with this issue bcoz of pizza, i do feel its on pizza. well im sorry if it is not. maybe it is just me.

3. third of all, ini bukan kemarahan... ini juga satu bentuk teguran. orang terasa, dan orang minta baik2 supaya kita lebih prihatin kepada perasaan orang lain. itu adalah lebih baik.

4. no 4, saya kira jika sesuatu itu berlaku di tempat awam, ada baiknya penjelasan juga di lakukan di tempat awam. bukan kah bgitu lebih baik, ini pun blog bukan. sedangkan isu ini dah jadi tontotan umum, maka umum harus mengetahui perkembangannya.

5. berkenaan

"Lagipun aku kira mameemonster lupa akan "dialog"nya semasa didalam bilik. Sibuk mengira-ngira wang kemenangan. Tetapi dalam komen lain pula yang dicakapnya"

inilah yang kita kira sebagai self encouragement, sebelum bertanding kita punya matlamat utk di capai, dan setelah bertanding kita bergembira ttp dalam masa sama kita impikan sesuatu yang lebih baik.

adakah kata2 yang di luahkan pada masa itu benar? atau itu hanya sekadar utk menyedapkan hati diri sendiri. salahkah tindakan ini? apa yang saya tahu, semua org gembira pada masa itu dan kegembiraan haruslah dikongsi.

6. "among us four left english debaters, i think i am the only one who would open this blog.".So what? ingat aku kecut perut ke? Siapa korang?

(saya bukan bermaksudkan apa apa, di sini saya maksudkan bahawa jika yang 3 lain pun membaca, tentu mereka ini juga akan rasa apa yang saya rasa, bukan marah tetapi kecewa)

7. saya hanya memberi komen dan cuba mempertahankan diri.

8. "be rational not emotional" - bak kata abg syahmi

Tanpa Nama berkata...

Honestly, when Pashia first told me that the English team won 1st runner up while the BM team lost in the quaterfinals, my first impression was the money issue. Why? Well like Wan said, as debaters, we're all family. Like a family, we all support each other and be proud of our achievements. At the same time, it is not of our main concern as to how the money would be handled or distributed. As a right, I leave it to the winners, to the ones who worked hard to achieve their success to handle the money. Why should everyone else be speculative and point fingers how the money should be manage? Aren't we debating because we seek for knowledge and build up our confidence? If any of us would think to debate is to win, then the person would be selfish to think about the money. If you people think that you have helped the English team in a financial support, then prove it, don't just say it. I don't want any of the debaters to back stab one another, and I certainly don't want any of us to point fingers as well.

Tanpa Nama berkata...

aiyyookk!!
my 1st impression bile saye bace pasal bende alah nie...rase ntah ape2 ntah...baru kawan2 kite tu menang 1st runner up...tu pon bukan ape pon,debat mizan jerrr...duit hadiah yg x seberape banyaknye tuh dh jadi isu...aiyyookkk!!
come on la adek2 ooii!!kalo debaters U lain bace,buat malu jerr..diorang yg dh menang beribu2 RM tu xde la pulak kecoh2...

- bErFikirLaH deNgaN teNang -

bersedialah untuk alam sekitar 2008 :)

Tanpa Nama berkata...

hehehe anony... isu ni dah setel.. bukan nak jadikan isu bg kemenangan di MIZAN tapi ini hanya artikel cadangan untuk kepentingan kelab... Isu ini setel atas semangat kekeluargaan Famili DEMI dan the power of SMS... :-)

Tanpa Nama berkata...

no comment..

Tanpa Nama berkata...

no comment diterima... hehehe