17 April 2008

Terengganu dan Perancangan baru.

Hari ini kerajaan Terenganu telah membelanjakan RM6.4 juta untuk memberikan setiap satu DUN di kawasan negeri Terengganu peruntukan RM200,000 untuk membantu menggantikan atap zink penduduk miskin yang bocor dan rosak. Katanya, bantuan berbentuk 50 kepingan atap asbestos akan diberikan kepada setiap satu rumah penduduk miskin bagi menggantikan bumbung nipah dan zink yang lama.

Saya kira ini satu petanda baik, tetapi ketelusan juga harus dititik beratkan di dalam perkara ini. Seandainya kriteria bagi "penduduk miskin" tidak dicirikan dengan baik dan tidak dimaklumkan kepada rakyat, saya kira pertiakaian akan berlaku. Namun, satu perbelanjaan yang berguna bagi kerajaan negeri Terengganu kepada rakyat. Cuma diri ini tertanya-tanya, tidak adakah peruntukan untuk menambahbaik jalan dihadapan asrama, atau kedai-kedai nasi bungkus yang dibuka siang hari untuk pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu? Sedia maklum, keadaa kedai dan jalan sewaktu hujan berterusan ditambah pula dengan bulan puasa. Sesak, lecak dan berasak-asak. Pendapat peribadi, tidak melibatkan mana-mana entiti.

Sebenarnya penulis lebih tertarik dengan keputusan kerajaan negeri mewartakan enam kawasan di Pulau Redang sebagai santuari penyu dalam usaha untuk memelihara spesies itu yang diancam kepupusan. Katanya, kawasan-kawasan itu yang meliputi 1 batu nautika dari tempat masing-masing, adalah di antara Tanjung Tokong Guntung dan Tanjung Tokong Siang.
Sebagai pelajar Biologi Marin, tidak hairan kenapa penulis tertarik dengan isu ini. Saya kira ini memang perlu bagi memastikan spesies hidupan yang unik ini terus berada di muka bumi Malaysia. Jika rakyat Malaysia mempunyai blog sebagai santuari emosi, nasib-nasib penyu ini juga harus dibela. Semoga populasi spesies ini dapat dipulihkan dengan kewjudan santuari-santuari ini. Jangan jadi seperti kes penyu belimbing di Rantau Abang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan?

Dek kerana sikap rakyat yang masih naif dalam kepentingan penyu dan apa sebenarnya sumbangan penyu-penyu ini, spesies penyu belimbing telah pun hilang di kawasan Rantau Abang. Apabila ini sudah berlaku, kementerian dan jabatan beralih pula pada penggunaan bioteknologi untuk menghasilkan klon penyu belimbing. Sampai begitu sekali tahap kepupusan spesis yang berharga ini.

Diharapkan agar warga Universiti Malaysia Terengganu tidak terus seperti katak dibawah tempurung. Tidak mengerti kepentingan organisma akuatik ini dan tidak mengetahui situasi alam sekitar masa kini. Tingkatkan pembacaan, debat Alam Sekitar hampir tiba!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...bagus cadangan itu.Kena jadi wakil rakyat untuk dun mengabang telipot ye...dis my new blog>>>www.aizatanwar.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kepada warga debat demi, blog kelab orator udm telah berpindah ke blog yang baru iaitu di alamat:

"www.oratorudm.wordpress.com"

blog yang lama sudah tidak dipakai. sory yer..selamat datang ke blog baru kelab orator udm!!

Tanpa Nama berkata...

mtk tlg lagi sekali kapada moderator blog kelab demi...

blog kelab orator udm telah berpindah ke blog yang baru di wordpress.com..alamatnya:

"http://oratorudm.wordpress.com"

mtk tlg yer...