16 April 2008

Bangkit Setelah Lama Duduk Termangu!!

Assalamualaikum,
bagi yang tidak mengetahui, inilah gunanya blog kelab DEMI. PAda bulan Mei ini [14-19hb], satu pertandingan debat Piala Sultan Zainal Abidin akan dilangsungkan di UiTM Chendering. Bagi adik-adik, jangan merungut dan menyoal kenapa pertandingan debat dibuat masa cuti dan dimaklumkan di saat akhir. Ini adalah perkara biasa yang bukan tidak pernah cuba untuk di elakkan, namun proses untuk membuat satu pertandingan debat adalah rumit dan melibatkan IPT di seluruh negara. Apa kata, adik-adik berhentilah dari merungut dan menyoal perkara yang tidak akan ada orang jawab, sebaliknya, bermula lah pasang impian dan angan-angan untuk menaikkan kembali nama Universiti Malaysia Terengganu.

Buat pengetahuan semua, Universiti Malaysia pernah menjadi Johan bagi kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pencapaian paling membanggakan tentunya sumbangan pendebat dwibahasa kita, saudari Khairul Bariah [a.k.a Berry]. Saudari Khairul Bariah telah mendapat pendebat terbaik bahasa Inggeris keseluruhan. Pendek kata, dapat tempat pertama dalam senarai markah pendebat. Tahniah Berry! Jadi, adik-adik, ini adalah platform untuk kita menonjolkan siapa sebenarnya kita. Saya percaya, jika kita benar-benar berusaha, kita boleh tunjukkan kepada seisi warga debat Malaysia, sesungguhnya kita juga boleh berjaya.

Akhir kata, ada tiga pertandingan debat yang akan menyusul sepanjang cuti panjang kali ini. Pertandingan debat Piala Sultan Mizan pada 14-19hb Mei. Disusuli dengan pertandingan debat Perpaduan 20-24hb Mei. Dan akhir sekali, pertandingan debat Alam Sekitar. Betapa besarnya harapan kita untuk sampai ke final, jadikan harapan kenyataan adik-adik. Semoga berjaya.

5 ulasan:

amni berkata...

"Akhir kata, ada tiga pertandingan debat yang akan menyusul sepanjang cuti panjang kali ini. Pertandingan debat Piala Sultan Mizan pada 14-19hb Mei."

Piala Sultan Zainal Abidin la sayang... selamat Berjuang semua!!! Akak di INDIA time tu.. Vannekem.. heheh

izzuddin_orator berkata...

haa....mayb udm tak antar coz antara yang telah diputuskan oleh pihak udm, mereka hanya akan menghantar mewakili UDM untuk debat pertandingan dibawah kelolaan MADUM..so mungkin tak jumpa...

apa pun kita doakan semoga terbuka hati pihak pengurusan hendak menghantar wakil ke piala sultan mizan zainal abidin..bolehlah jumpa korang disana.

kita hentikan penguasaan tuan rumah PISZA yang syok sendiri!!..HAHA

izzuddin_orator berkata...

kepada warga debat demi, blog kelab orator udm telah berpindah ke blog yang baru iaitu di alamat:

"www.oratorudm.wordpress.com"

blog yang lama sudah tidak dipakai. sory yer..selamat datang ke blog baru kelab orator udm!!

ALI XY berkata...

gud luck semua.....

sem depan sekurang-kurangnya satu juara...hehehehe.... azam melampau..


;P

djdj berkata...

selamat bjaye semua utk team psza n perpaduan...
cayo2
pcyelah allah suka akan umatnye yg b'usaha
amin..