14 April 2008

FINAL EXAM KEMBALI !!!

Tahniah buat kalian semua yang telah bertungkus-lumus menyiapkan segala bentuk bala asignment. Adat pelajar, buat last minute adalah senjata utama. Awal semester ramai sibuk pasang azam nak dapat Kepujian Dekan, tapi malangnya ramai yang hanyut dengan angan-angan di pertengahan semester. Bagi saya, faktor penentu kejayaan di Universiti adalah sejauh mana seseorang itu boleh konsisten dari awal hingga akhir semester. Ramai yang hanyut di pertengahan semester dek kerana nak cepat kaya, sibuk menilai perasaan orang dengan berkunjung dari satu blog ke satu blog, ada juga yang sibuk berkhayal dalam kelas memikirkan hal-hal negara, tidak kurang juga yang sibuk dengan hal ehwal kelab dan macam-macam lagi lah. Masa pertengahan semester ni jugalah banyak promosi syarikat telekomunikasi. Mungkin sahabat semua tak sedar perkara akan terus berulang setiap semester. Masa yang paling nazak bagi mereka yang hanyut ni adalah di akhir semester. Waktu akhir semester ni lah nak siapkan semua tugasan. Lagi mencabar kalau buat kerja berkumpulan. Macam-macam perangai ada. Semua ni lah yang mematangkan kita semua. Pernah terdengar suara hati adik-adik saya yang down bila selalu dianggap budget bagus dan poyo dalam kelas. Menurut beliau, beliau cuba beri yang terbaik. Tapi masalahnya banyak suara-suara belakang yang sibuk menghentam dia. Namun bagi saya, jika kita terlalu risaukan persepsi mereka yang menghantam ini, kita tak akan pergi jauh. Yang menghentam tu bukannya professor pun, PhD jauh sekali. Yang menghentam ni bagi saya adalah golongan yang penakut dan dengki dengan kejayaan orang lain. Setiap kali kejayaan kita, dia lah orang pertama yang akan tahu. Kenapa yek? Buat adik-adik semua, jangan mudah melatah jika kita dikritik. Anggaplah itu suatu dugaan. Tak semua yang dikritik itu betul. Yakin kan diri, terus fokus dengan apa yang kalian semua lakukan. Pedulikan apa yang akan orang perkatakan. Kejayaan pasti milik kita.

Sebagai persediaan untuk Final Exam ni, saya mengesyorkan kita saling berkongsi ilmu yang ada. Kalau ada tips jangan makan sorang. Tak salah berkongsi, apa salahnya kita kecapi kejayaan bersama-sama rakan yang lain. Ingat akan harapan keluarga. Letak gambar keluarga dekat meja study, nescaya akan datang satu kekuatan motivasi yang luar biasa. Teruskan usaha, banyakkan berdoa kepada Yang Maha Esa. Moga-moga kita semua akan peroleh kejayaan bersama-sama, AMIN...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

emm... betul tue.. apapun kita perlu sentiasa ingat tujuan kita di sini; saya ucapkan semoga cemerlang dalam akademik, dan segala bentuk kecemerlangan yang disasarkan untuk mencapai sasaran yang dttpkan. hidup ini memang diatur untuk menerima ujian, dugaan, gembira, sedih, bahagia, berjaya dan sebagainya.. tempuhilah dengan sabar apapun jua yang berlaku dalam hidup kita. pasti ada hikmah disebaliknya. zaman belajar di universiti adalah waktu yang paling manis dan waktu yang paling kritikal untuk kita membentuk peribadi, jati diri, dan akademik untuk persediaan di alam pekerjaan nanti. jika kita gunakan sepenuhnya masa yang kita ada di universiti ini dengan baik, pastinya kita akan dapat lihat hasilnya apabila masuk ke alam pekerjaan nanti.... semoga berjaya buat anak-anak yang tersayang

zaman universiti memang sangat kritikal. Malangnya hanya 3 tahun sahaja buat kita semua. Sedih lah nak tinggalkan korang semua.

Tanpa Nama berkata...

haha, selamat menempuh final ok!..

3 tahun sabar jela...adat pertemuan ada perpisahan mungkin disebalik perpisahan ada kerahmatan yang menentukan pertemuan...amin..
cabarn dan dugaan memang best..lalui sekali lagi tapi bukan di alam universiti lagi..di alam lain nanti.haha

aku masih ada one year lagi tapi pun dah rasa kesedihan coz ada teman-teman yang rapat dan pernah rapat kan meninggalkan..biarlah jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati...

Tanpa Nama berkata...

kepada warga debat demi, blog kelab orator udm telah berpindah ke blog yang baru iaitu di alamat:

"www.oratorudm.wordpress.com"

blog yang lama sudah tidak dipakai. sory yer..selamat datang ke blog baru kelab orator udm!!

Tanpa Nama berkata...

no komen....