01 April 2008

Penyuaraan Pendapat.

Assalamualaikum, wbt,

Pada hari ini, yang menulis amat berminat untuk menengahkan beberapa isu yang ringan untuk kita bincangkan. Dewasa ini, di alam penuh fantasi dan sarat dengan dunia maya, aktiviti "blogging" telah hangat di perkatakan. Sehinggakan Naib Canselor USM dan USM sendiri telah mendapat pampasan 7 juta ringgit akibat kenyataan palsu atau kenyataan yang berbentuk menghasut/memburuk-burukkan pihak lain. Lagi isu-isu yang berkaita kampus, politik kampus dan sebagainya telah menular di kalangan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang menggelar diri mereka "idealis". Isu Dato’ Dzulkifli Abd Razak, Naib Canselor USM, Alumni UPM dan Tun Sri Lanang yang mendedahkan penghinaan Dato’ Zohadie terhadap PM dan Menteri, berita-berita penyelewangan Dato’ Zulkiflli, Naib Canselor UTM.
Bagi yang kurang mengikuti arus "bloggers" mungkin tidak mengerti. Namun, isu "blogging" ini telah lama diperkatakan dan mendapat perhatian "bloggers united Malaysia". Apapun, usah risau dan usah gusar. Hari ini penulis hanya ingin menyentuh mengenai sikap segelintir "bloggers" yang menjadikan blog-blog mereka sebagai "public sanctuary." Bagi yang kurang mengerti, ini adalah istilah yang saya gelarkan bagi mereka yang menggunakan blog sebagai medium untuk melunaskan hutang emosi dan dendam demi kepentingan sendiri. Saya kira kita semua masih kabur, apa yang kita boleh tulis atau tidak boleh tulis di dalam blog. Di sini saya selitkan sedikit informasi mengenai undang-undang di Malaysia mengenai blogging ini.

Di Malaysia, konsep kebebasan bersuara diiktiraf sebagai salah satu hak kebebasan asasi manusia dan ia diamalkan secara berhemah.

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini, iaitu semua warga negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran. Walaupun begitu, ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.

Bahkan ia tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4).

Perkara 10(2)(a) membenarkan Parlimen mengenakan:

Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan
yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan
dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi
keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau
untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau
perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Jadi, hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu
adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan, seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah, ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan dan ungkapan yang tidak melanggar hak keistimewaan Parlimen dan Dewan Negeri.




Saya mengerti jika tatkala ini, para pembaca mungkin tertanya-tanya ke mana hala tuju penulisan ini, atau mungkin ada yang sudah bingung. Penulis pada hari ini sebenarnya amat tertarik untuk mengadaptasikan akta di atas kepada "bloggers" dan kelab DEMI sendiri. Saya kira, sedia maklum, tpendebat-pendebat IPT sekarang ini rancak menarikan pena maya masing-masing untuk mengulas isu-isu terkini. Masalahnya sekarang, didapati, terdapat pihak yang saya kira telah menggunakan tiket peribadi dan kebebasan bersuara untuk melunaskan hutang emosi dan pemberontakan "senyap" ke atas mana-mana individu atau kumpulan.
Saya kira, sebagai ahli kelab ini, "blogging" bukanlah medium yang efisien dalam menyuarakan pendapat, mengemukakan cadangan, membuat kritikan, mahupun mengirimkan rasa tidak puas hati. Di dalam kelab DEMi, kita ada pemimpin dan yang dipimpin. Kita juga ada medium untuk setiap ahli menyuarakan pendapat dan pandangan, dan setiap ahli perlu untuk menerima pandanagan atau suara ahli lain dengan terbuka dan positif. Namun, sayang sekali kerana sepanjang pemerhatian penulis, penyakit "menentang yang tidak patut ditentang" semakin menular di kalangan ahli kelab DEMI. Semakin ramai, ahli yang lantang bersuara dengan emosi bukan akal fikiran. Itu belum dikira dengan budi bahasa dan budi bicara ahli-ahli kelab. Acap kali kedengaran, intonasi dan nada suara yang sedikit kurang sopan kedengaran apabila bertutur sesama sendiri, paling terkilan apabila ahli kelab tidak berupaya menghormati Penasihat sendiri, Pn. Rozita Jayus. Selalu didengari, apabila di tegur dan di tanya oleh penasihat, ahli-ahli kelab tidak dapat menyembunyikan emosi dan sekaligus hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Saya kira, sikap ini tidak seharusnya diteruskan.
Etika mesyuarat juga telah dicemari dengan emosi, apabila, teknik bidasan dan sinikal itu terus-menerus disebatikan di dalam diri ahli sehinggakan tidak dapat membuat pertimbangan yang waras. Kita seharusnya lebih peka tentang isu ini dan jangan terlalu menggunakan emosi untuk pertahanan diri. Saya kira, kita perlu untuk menilai setiap inci diri kita, jika mesyuarat kelab kita tidak mampu hadir dan beri komitmen, usahlah cuba-cuba membuat garis panduan dan undang-undang mengenai apa yang betul dan salah. Kiranya, anda belum layak. Sekiranya kita dengan senang-lenang menolak bebanan yang sepatutnya digalas di atas bahu kita, usahla dipertikaikan apa yang orang lain putuskan. Harus diingat kepada semua ahli kelab, komitmen pada debat bukan setakat mengikuti latihan, atau siapa yang lebih rajin mengumpul fakta kes, atau siapa yang lebih bergaya apabila berdebat, siapa yang lebih senior, siapa yang lebih mendapat pendebat terbaik, siapa yang lebih berjaya dalam menyebarkan propaganda, siapa yang lebih hebat meluaskan pengaruh, dan siapa yang lantang bersuara, tetapi, komitmen kelab yang betul adalah bagaimana kita menghasilkan sesuatu yang terbaik dari apa yang kita ada dan miliki.
Jika kita, tidak berupaya untuk menggunakan secara optimum potensi diri, apa yang kita ada dan miliki, nescaya, bukan komitmen yang kita berikan sebaliknya hanyalah pertandinagn untuk membuktikan siapa yang lebih bagus di antara kita. Saya menyeru saya sendiri, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, tolonglah, perbaiki hubungan sesama ahli kita. Wujudkan kembali suasana ceria dan tanpa prasangka itu. Semua orang layak bersuara, tetapi, suara siapa yang akan didengari, itu terletak pada tangan anda semua. Bangkitlah ahli-ahli kelab Debat Mahasiswa Intelektual, masih belum terlambat.

Sekian, mohon untuk terus mencadang.

11 ulasan:

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI berkata...

jangan lupa yer, mai la melawat blog aku n bagilah komen terhadap apa-apa pun

"www.izzuddinrosli.blogspot.com"

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI berkata...

KAMA!, KAMA!, KAMA!..LIVE FOR JUSTICW AND KAMA..HAHAHA!!!!..

apa guna menjadi seteru sesama sendiri andai diri masih tidak sejahat abu jahal lagi..

UzaiR berkata...

Banyak pihak yang dahulunya duduk bawah selimut tak berani berkata-kata menggunakan medium blog untuk menyerang individu lain. Tidak kurang pula menjadikan blog sebagai Santuari mencurah rasa dan segala dendam kesumat. Segala masalah di ceritakan dan ada yang sampai membuka pekong didada. Ada pula yg lantang bersuara menghentam pemimpin negara walhal diri tu baru pandai bertatih dalam dunia politik. Yang hairanya, mereka ini seolah-olah tiada pendirian. Di awal blog dengan lantang mengutuk kepimpinan, tetapi bila nak kerja mohon dengan kerajaan pula. Pelik! Pelik! Pelik! Jap lagi sambung, rais datang ajak makan

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI berkata...

hahaha..itulah resam manusia skang. makin tinggi makin menjadi-jadi. mungkin di depan takut bersuara tetapi kita perlu menerima ada banyak ragam manusia. ada yang bijak berbicara tetapi tidak pandai berbahasa melalui kalamnya. ada pulak pandai dengan penanya, tetapi tidak pandai berbicara. itu lumrah manusia. setiap kelebihan ada kekurangan. idea dan pandangan kesemuanya disalurkan, cuma mediumnya berbeza. apa-apa pun ini pandangan rakyat. kalau yang menyokong tetapi apabila nampak akan kesalahan seseorang yang perlu diberitakan, apakah seseorang itu perlu berdiam diri atau mengambil inisiatif kendiri dengan menunjukkan kesalahan yang telh dilakukan??..haha, aku kira perlu untuk kita menegur setiap kesalahan. kalau tidak nanti kita jadi Pak Turut!..blogging manifestasi rakyat merdeka kan....=) ps-kalau kerajaan sekarang yang memerintah adalah pembangkang, samalah juga keadaannya kalau kerajaan ini dikritik. cumanya kita tak dapat menerima kritikan apabila fikiran disulami dengan sentimen dan perasaan.haha!..CEMERLANG GEMILANG TERBILANG!!

Anonymous berkata...

betapa ceteknya pemikiran seorg pendebat jika berfikiran sperti di atas..sebuah kerajaan yg dibentuk mesti menyediakan segala bentuk kemudahan kepada rakyatnya..tidak kiralah pembangkang ataupun pro kerajaan..masing2 mempunyai hak keatas apa yg disediakan oleh parti pemerintah..kerana..kedua2 jenis manusia ini adalah pembayar cukai..cukai tersebut diguna pakai leh kerajaan utk membantu rakyatnya ataupun memenuhkan poket sendiri..kita lihat salah satu contoh kedangkalan anjing kerajaan.kenyataan beliau "Di awal blog dengan lantang mengutuk kepimpinan, tetapi bila nak kerja mohon dengan kerajaan pula"..

jika manusia dangkal ini berfikiran sebegini..PRU tak perlu lah di Wujudkan..kerana yg perlu memerintah hanyalah kerajaan..adakah si dangkal di atas akan bekerja dengan kerajaan jika berlaku perubahan kepimpinan?..jika otaknya masih dangkal..semestinya beliau mnejawab tidak..kerana pengampu sebegini banyak berkeliaran di celah2 manusia hipokrit..

maaf jika terlanjur dan terkasar bahasa..blog yg sanagt menarik utk di lawati..terpanggil memberikan sedikit pendapat jika terdapat pencacai kerajaan yg bersuara tanpa akal..MOhon utk terus bersuara..

Anonymous berkata...

http://mohdalirustam.blogspot.com/

blog seorg pemimpin yg kita kagumi..ramai yg komen memberi pujian..

Uzair berkata...

Ni lah suara orang pengecut ibarat baling batu sorok tangan. Kalau berani tulis lah nama. Kenapa anonymous? Kononnya suara anak malaysia yang berwawasan dan panjang akal, rupanya si pengecut yang hanya berani bersuara di mana-mana blog. Hanya tau menempel di blog orang lain kemudian suarakan pendapat.

"jika manusia dangkal ini berfikiran sebegini..PRU tak perlu lah di Wujudkan..kerana yg perlu memerintah hanyalah kerajaan" semestinya yang memerintah adalah kerajaan, tak belajar kenegaraan ker? takkan parti pembangkang nak buat dasar negara pulak. Perkara semudah itu pun tak boleh fikir.

"adakah si dangkal di atas akan bekerja dengan kerajaan jika berlaku perubahan kepimpinan?" walau ada perubahan kepimpinan, kita tetap bersama pemimpin selagi mana ia tidak melanggari syarak. Taat kepada pemimpin adalah tuntutan. Saya hanya menyuarakan persoalan kepada orang yang selalu menghentam kerajaan, kemudian mengemis minta kerja dengan kerajaan plak. Kalo tak dapat apa yang dihajati, sumpah seranah ditabur kepada pemimpin. Tidak kesah lah ingin membangkang pun, memang negara tidak menolak demokrasi, tetapi jgn sampai nak mengeluarkan kata-kata kesat. Atau memang saudara sendiri yang suka meludah ke langit kemudian dijilat kembali ludahan itu. Sungguh pelik perangai manusia seperti ini.

"terpanggil memberikan sedikit pendapat jika terdapat PENCACAI KERAJAAN yg bersuara tanpa akal" inilah contoh orang yang hanya bersuara mengikut emosi. Suka-suka hati melabel orang PENCACAI. Mungkin satu kepuasaan bagi mereka yang meletakkan nafsu lebih dari tingkat iman.

izzuddin_orator berkata...

For SAUDARA/RI ANONYMOUS…
Haaa, panas, panas…apo nak dikato jang inilah kehidupan manusia.
Saya terasa yang saudara anonymous pasti panas telinga apabila saudara uzair bersuara. Haha, memang betul apa yang uzair cakap tue. Tidak kira siapa pun pimpinan negara kita, taat dan patuh adalah perlu selagi apa yang pimpinan negara tidak melakukan kezaliman terhadap rakyatnya. Apa yang saya pelajari, konsep taat kepada kepimpinan memang banyak pendaptnya dan ini boleh dilihat melalui perbezaan ulama’ seluruh dunia terhadap konsep taat kepada kepimpinan. Itu ulama’ apatah lagi kita manusia yang masih kekurangan ilmu…
Sememangnya siapa yang memenangi PRU merekalah yang membentuk kerajaan. Kalau PRU yang lalu dimenangi oleh parti pembangkang, yang jadi kerajaan sudah semestinya dari parti pembangkang dalam dewan rakyat dan yang kalah menjadi pembangkang dalam dewan.. inilah masyarakat gagal fahami terhadap konsep kenegaraan kita. Bercakap taklid semata-mata tanpa nilaian dalil untuk diikuti. Haha..mengapa??...kerana kita telah dibiasakan 50 tahun dan nak masuk tahun ke 51 kemerdekaan kita ni, kerajaan adalah BN dan pembangkang adalah PAS, DAP dll… jadi tidak kira siapa yang akan menang pun kerajaan tetap kerajaan dan pembangkang tetap pembangkang..haha..jadi itu yang menjadi masalahnya. Apabila sentimen yang mempengaruhi minda, maka jadilah perselisihan yang tidak diperlukan. Umpamanya soal bekerja dengan kerajaan sehingga sanggup digelar sebagai PENCACAI… haha, payah,payah…soalnya saudara uzair tentang manusia hipokrit. Kerja dengan kerajaan sana sini. Tapi cukup bulan amik gaji yang kerajaan beri..selepas itu hentam lagi.duit gaji amik lagi...ya, tak dinafikan kita bebas bersuara. Tapi bukankah ini gambaran manusia yang seolah-olah mengutuk dan menghemtam ibubapanya. Analoogi cukup mudah, ibubapa(kerajaan) yang membantu memberi kehidupan, wang dan segala perbelanjaan kepada anaknya(rakyat), tetapi anaknya mencaci ibubapanya. Menghemtam dan mengutuk kerana kepuasan dirinya tidak dipenuhi oleh ibubapanya..fikirlah…
Penggunaan perkataan ‘PENCACAI KERAJAAN’ yang digunakan oleh saudara/ri anonymous gunakan adalah suatu yang tidak harus dipakai. Ye, mungkin anda marah. Ini baru dalam bentuk tulisan. Cuba anda bayangkan anda keluarkan perkataan ‘PENCACAI KERAJAAN’ ketika berbual atau sebagainya. Apa persepsi orang pada anda…???.. Tetapi bak kata uzair, jangan emosi semata-mata sehingga sanggup mengeluarkan tulisan “PENCACAI KERAJAAN”..anda faham tak anda seolah-olah menggambarkan semua pekerja yang ada kat malaysia ni ataupun kat dunia ni yang bekerja untuk kerajaan adalah ‘PENCACAI”.!!!???...polis, askar, bomba yang bertarung nyawa demi keselamatan kita bersama yang memberi sokongan kepada sesiapa pun yang memerintah negara kita anda gelar ‘PENCACAI”!!???...guru-guru yang memberikan sokongan terhadap setiap dasar pendidikan daripda kerajaan yang membawa kebaikan itu pun ‘PENCACAI’..hatta, mungkin lecture anda Pun PENCACAI kerana bekerja untuk kerajaan dan dalam masa yang sama mengajar anda….sanggup anda menggelar lecture anda sendiri atau mungkin anda bekas student berkata kepada x-lecture anda sebagai ‘PENCACAI’.. fikirlah dimana rasional anda menggunakan perkataan ‘PENCACAI kerajaan” tue…kerajaan mengiktiraf khidmat rakyatnya untuk kelestarian negara..PM sentiasa memberikan penghargaan kepada semua..anda yang tiada apa-apa(mungkin…)..menggelarkan orang yang berkhidmat bagi membantu kerjaan sebagai ‘PENCACAI’….fikir guna minda yang rasional…anda manusia tapi jangan sesedap rasa dalam berbahasa..
Mungkin sudara/ri anonymous ni penyokong pembangkang kot..????..haha, mayb tak puas hati disebabkan pembangkang gagal menakluki negara ini???.tapi yang pasti anda pun ‘PENCACAI’ selama-lamanya kerana anda juga hidup dibawah naungan kerajaan kita.haha!

izzuddin_orator berkata...

haha, sory komen yang panjang..

tak sangka plak "ter"panjang...haha..sory kama, sory...

komen punya komen panjang plak..haha..sory buat sume..

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI berkata...

ish, ader tersilap taip nak tulis tentang ada tulisan izzuddin_orator pada ayat "soalnya saudara uzair tentang hipokrit"

AYAT SEBENAR....

ini lah ayat sebenar- "saudara uzair hanya membangkitkan soal manusia hipokrit"...MAAF ABANG UZAIR.hehe

izzuddin berkata...

kepada warga debat demi, blog kelab orator udm telah berpindah ke blog yang baru iaitu di alamat:

"www.oratorudm.wordpress.com"

blog yang lama sudah tidak dipakai. sory yer..selamat datang ke blog baru kelab orator udm!!