22 April 2008

PERIHAL ORANG STRESS

Kali ni kita bercerita tentang stress pula. Sebenarnya ketegangan atau stress ini mengikut definisinya ialah pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada. Perasaan macam ini selalunya dirasai oleh pelajar terutama di universiti terutama musim peperiksaan macam sekarang ni. Pada tahap umur yang sering kali dikaitkan dengan jiwa yang suka memberontak, ada sahaja yang ingin diluahkan. Semuanya pada fikiran mereka adalah salah. Itu belum lagi ditambah dengan sifat diri yang selalu cari kesalahan orang. Ditambah buruk lagi dengan sifat yang memang tak suka tengok kejayaan orang lain. Untung kiranya pada hari ni sudah ada tempat untuk meluahkan segalanya di blog. Manusia yang selalu menggunakan blog sebagai wadah untuk melepaskan perasaan tidak ubah seperti seorang yang gemar bercakap dengan pokok. Memang ini merupakan satu terapi yang bagus untuk mengatasi segala tekanan. Tetapi wajarkah menjadikan blog sebagai wadah untuk membalas dendam, menyebar propaganda, menabur fitnah, dan makin hari makin ligat mereka ini menulis apa sahaja. Kalau ada yang dihajati tidak mampu dipenuhi, sanggup kiranya sampai melabel seseorang wanita itu kononnya pelacur dan jalang. Kemudian bila dah dapat senyap pula, ibarat menjilat ludah sendiri.Lagi berani sanggup mengutuk pihak pengurusan universiti sendiri sebagai anjing suruhan. Apa yang dia stress sangat dengan Universiti? Adakah beliau tidak dapat masuk kepimpinan pelajar? Dah masuk tahun akhir berani pula melabel universiti kesayangan kami sebegitu rupa. Ibarat kacang lupakan kulit betul. Andai kata pihak Canselori mendapat khabar ini, nescaya individu ini tidak akan dibenarkan masuk DSM tatkala hari penuh keramat konvokesyen pelajar. Kata mereka ini adalah kebebasan media. Hahahaha satu gelakan sinis buat mereka ini yang masih tidak faham tentang kebebasan media. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya individu seperti ini dapat juga mengatasi stress yang ada. Walau bagaimanapun, ada juga perihal orang yang sanggup pukul teman sebilik kerana terlalu stress meskipun dah ada medium blog yang selalu dijadikan santuari perasaannya. Kesimpulannya, biarlah mereka puas nak perkatakan tentang cacat cela orang. Kita wajar tonjolkan akhlak yang terpuji sebagai sarjana yang berintelektual dari UMT. Kita semua masih ada yang Maha Esa untuk mengadu, kerana Dia lah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Lagipun kita tak hidup dek puji, takkan mati dek keji.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahasiswa perlu lebih matang daya fikiran. Dunia blog seharusnya digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat. Kalau tidak, tidak bezanya mahasiswa itu masuk universiti tetapi fikiran masih lagi jumud dan banyak dipengaruhi emosi. Biar akal yang kawal emosi, jangan biarkan emosi yang mengawal akal. Saya menentang sepenuhnya penyalahgunaan blog di kalangan mahasiswa yang dangkal fikirannya.

Tanpa Nama berkata...

huhuhu... sape le orangnye tu eak? Aku ada gak posting pasal sufiah yusuf pelacur. tapi klu bab pengurusan Universiti, tak berani sentuh. Melainkan klu Auku da dipinda atau dimansuhkan... mungkin aku sentuh kot... hahaha. tapi kalau cakap luah-luah nie, posting ini tak ubah seperti posting luah-luah gak. Tidak melambangkan pendapat DEMI keseluruhannya. Daripada kita mengkritik blogger lain, better kita mengkritik sesuatu yang lebih berfaedah seperti filem, lagu dan sebagainya. Mengkritik blogger lain seolah-olah kita mengkritik diri sendiri kerana kita juga adalah blogger. Tidak perlu ada kritikan didalam blog ini kerana blog ini adalah blog rasmi kelab. Minta maaf jika komen saya melampau-lampau...hehehe peace...:P

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Ali dapat merasakan sedikit tempias dek kerana post ini. PERIHAL ORANG STRESS sebenarnya tidak merujuk secara khusus mahupun mengkritik mana-mana pihak. Contoh yang diambil hanya sekadar memberi gambaran betapa teruknya dunia blog sekarang dicemari pemikiran dangkal sesetengah pihak. Niat asal post ini sekadar untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada seisi keluarga demi agak lebih berhati-hati dalam penulisan blog. Memang tidak dinafikan wabak penulisan blog kini sudah semakin sebati dengan masyarakat, justeru langkah untuk saling nasihat menasihati itu perlu dan sangat dituntut.Walaupun blog semakin sebati dengan kita, namun sudah menjadi resmi manusia yang tidak akan pernah puas. Penulisan mereka ini semakin menggila saban hari. Sebagai mahasiswa, kita perlu tonjolkan intelektual dalam penulisan blog. Bukan dengan kata-kata caci mahupun emosi. Penulis mohon maaf andai ada pihak yang terkesan dek penulisan post ini.

Tanpa Nama berkata...

hehehe.. takpe.... faham...

Tanpa Nama berkata...

buat blog kalau nak luahkan perasaan sendiri tak perlulah sampai nak caci maki orang. Fikir hak seorang sahaj untuk bersuara. Orang orang yang di caci dan maki tu macam mana? Macam mana dengan maruah orang tu? Macam mana dengan hak dia pertahankan diri? Blog macam ni patut dibuang ke tong sampah sahaja. Setakat nak luah isi hati, baik tulis diari. Ni mesti tak lain dan tak bukan nak meraih simpati dari orang lain lah kononnya.

Tanpa Nama berkata...

buat blog setakat nk caci maki orang lain memang tak patut. "manusia" tu dah caci maki orang lain,tapi tak berani pulak bagi orang lain post comment kat blog dia.kalo macam tu, lebih baik beli satu buku kosong untuk dijadikan diary. haha.

So, setiap kali stress boleh gak menangis kat diary sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ini lagi satu unknown ni.. ckp pasal diary ni, aku terasa gak sbb nama blog aku ada pkataan diary. huhu... lagipun tak salah kita ada blog yang kita edit untuk jadi diari harian. kita hidup dalam dunia serba canggih la wei.. kalau setakat buku, saya juz buat buku conteng time jwb math kejuruteraan je atau nama glamornya math kejut... aku selalu terkejut bila sebut math kejut...wawawewewewowow

Tanpa Nama berkata...

oppss..xyah la terasa.
kalo xsuka togk perkataan "diary", so tukar jadi buku harian or so whatever.. wuahaha.

Tanpa Nama berkata...

Tidak kesah lah apa jua istilah yang digunakan, diari mahupun buku harian. Tapi yang penting jgn salah guna kecanggihan media kini utk mencari musuh dan melepaskan sisa dendam dalam jiwa. Kelak akan merana jiwa.

Tanpa Nama berkata...

jiwa dan perasaan cinta. eak..tersasul...hehehe

Tanpa Nama berkata...

salam..mtk tlg kepada moderator kelab demi...

kelab orator udm telah berpidah ke satu blog yang baru iaitu di wordpress.com..alamtnya..

"http://oratorudm.wordpress.com"

mtk tlg yer..