PENGINAPAN PESERTA
CASA
LAGO APARTMENT RESORT,MELAKA
PEGAWAI PENGIRING:
1) MOHD AFFANDY BIN MOHD ZAHARI
2) KAMALIAH BINTI
KASMARUDDIN
3) MOHD HELMI
PENDEBAT:
1) HAIRUL IZWAN BIN HASSAN
2) NUR HIDAYAH BINTI MOKHTAR
3) NUR LIYANA BINTI MOHD SHUHAIRI
4) SITI NUR ZIANA BINTI
MD.SALEH
RESEARCHER:
1) NUR SHUHADA BT ZULQUARNAIN
2) MOHD AIZAT
PENGENALAN:
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian
Tinggi, telah di adakan pada tahun 1986 buat pertama kalinya. Bermula dari
tahun 1991,pertandingan Debat Alam Sekitar ini telah menjadi acara tahunan
setelah kerajaan Malaysia mengistiharkan 21 Oktober sebagai Minggu Alam Sekitar
Malaysia(MASM) untuk setiap tahun.
Pertandingan ini merupakan satu program
tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Majlis Debat
Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).
Pada tahun ini,MADUM,Dewan bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, telah memberi mandat kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM) selaku tuan rumah bagi pertandingan Debat Alam Sekitar Kali ke-21 ini.
Melalui pertandingan Debat Alam Sekitar
ini, diharap para pendebat juga seluruh warga yang terlibat dapat meningkatkan
pengetahuan berkenaan isu-isu mahupun dasar-dasaryang berkenaan alam sekitar
sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa disamping,menggalakkan
mahasiswa mhupun mahasiswi untuk lebih berfikiran terbuka kritis celik dan
berpengetahuan apabila menyentuh aspek
alam sekitar,pemeliharaan dan pemuliharaan sumber asli.
Laporan
aktiviti harian:
Hari
pertama 23/9/2011
7.00pg:
Pasukan tiba di tempat penginapan, di
Casa Lago Resort Apartment. Pasukan mendaftar masuk ke tempat penginapan dan
mengurus diri.
4.00ptg:
Pasukan bertolak ke Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) untuk menghadiri taklimat mengenai pertandingan hari esok. Taklimat
adalah berkenaan syarat dan peraturan semasa pertandingan berlangsung, selesai
taklimat pasukan kembali pulang ke tempat penginapan.
10.00mlm:
Pasukan membuat persediaan untuk
menghadapi perlawanan pada esok hari. Pasukan mengadakan mok,dengan usul :
“Teknokrat Alam Sekitar Ibarat Tikus Membaiki Labu”.selain itu pasukan juga
membuat persediaan dalam menambah lagi bahan-bahan fakta kes.
Hari
ke-dua 24/9/2011
7.00pg:
Pasukan bertolak daripada tempat
penginapan Casa Lago ke dewan kuliah UTeM. Pasukan bersarapan dan
diberi taklimat berkenaan pertandingan yang bakal berlangsung pada hari ini.
9.00pg:
Pusingan pertama bermula, menemukan
antara UMT melawan UIAM
Usul: “Bencana Alam mengeratkan hubungan
antarabangsa”
Posisi: UMT = Kerajaan UIAM =
Pembangkang
Keputusan: Usul ditolak
Margin : 5.33 Juri: 3-0
Pendebat terbaik: Aiman
Ariff bin Abdul Azij
12.00 tgh hari
Pusingan kedua, UMT bertemu dengan
UNiMAP
Usul: “perjuangan Aktivis Alam Sekitar
tidak sia-sia”
Posisi:
UMT = pembangkang UNiMAP
= kerajaan
Keputusan: Usul di tolak:
Margin : 3.35 Juri:2-1
Pendebat terbaik: Mas
Idayu
4.00 ptg
Perlawanan terakhir untuk peringkat
saringan.UMT bertemu dengan UNiRAZAK
Usul : “loji jana kuasa nuklear di malaysia:satu keperluan”
Posisi: UMT = pembangkang UNiRAZAK = kerajaan
Keputusan: Usul diterima
Margin : 6 Juri: 2-1
Pendebat terbaik: Nur Hidayah
Bt Mokhtar
.............................................................................................................................
6.00 ptg:
Pasukan meyiapkan diri, dan bertolak
pulang ke Casa Lago Resort Apartment.
Hari
ke-tiga 25/9/2011
7.00pg:
Pasukan UMT bertolak ke UTeM,untuk meneruskan
perlawanan pusingan seterusnya.Perlawanan pertama menemukan pasukan UMT dengan
pasukan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Usul: “Teknokrat Alam Sekitar ibarat
Tikus membaiki labu”
Posisi: UMT= kerajaan UTM= pembangkang
Keputusan: usul ditolak
Margin : 4.3 Juri : 2-1
Pendebat terbaik: Ahmad
Mustaqim bin Yusoff
........................................................................................................................................
12.00tghhari:
Perlawanan kedua diantara UMT dan UniZA
berlangsung.
Usul: “Teknologi hijau tonggak
pembangunan lestari”
Posisi: UMT=kerajaan UniZA=pembangkang
Keputusan :usul diterima
Margin : 8.3 Juri: 3-0
Pendebat terbaik: Nur
Liyana bt Shuhairi.
..........................................................................................
4.00ptg:
Perlawanan pusingan seterusnya
berlangsung,dengan menemukan pasukan UMT bertemu UniTEN.
Usul: “Minggu tanpa plastikbukan jawapan kepada isu pencemaran alam.”
Posisi: UMT = kerajaan UniTEN = pembangkang
Keputusan: usul diterima
Margin: 6.18 Juri: 3-0
Pendebat terbaik :Nur Liyana
bt Shuhairi
........................................................................................................................
6.00ptg:
Pasukan pulang ke tempat penginapan di
Casa Lago resort apartment.
Hari
ke empat 26/9/2011
8.00 pg:
Bertolak ke dewan besar UTeM untuk
meyaksikan perlawanan peringkat suku akhir di antara, UTP melawan USIM, UMS melawan
UMP, UM melawan UiTM, dan UIAM melawan
USM. Pertandingan berlangsung dengan usul “kemiskinan punca pencemaran alam”.
Pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir adalah, USIM,UMS,UM dan UIAM.
11.00pg:
Pasukan melihat perlawanan peringkat
separuh akhir, yang berlangsung selepas perlawanan peringkat suku akhir yang
berlangsung di dewan besar UTeM. Pasukan yang bertemu pada peringkat sparuh
akhir adalah, USIM bertemu UIAM dan UM bertemu UMS. Usul adalah “Kuasa besar
tidak serius menangani pemanasan global”. Pasukan yang berjaya di peringkat separuh akhir adalah pasukan
USIM dan UM.
2.00ptg:
Pasukan bertolak pulang ke tempat
penginapan di CasaLago.
Hari
ke lima 27/9/2011
8.00pg:
Bertolak ke dewan besar UTeM untuk
menyaksikan Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar 2011, di antara Universiti
Malaya (UM) dan Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM).
8.30pg:
Acara perasmian Debat Alam sekitar 2011
oleh Ybhg.Dr.Abdul Rahim bin Haji Nik,
Timbalan Ketua Setiausaha Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar.
10.00pg:
Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011
berlangsung,diantara USIM sebagai kerajaan dan pasukan UM sebagai pembangkang.
Usul adalah “ kelestarian alam sekitar membina ketamadunan bangsa”. Keputusan
pertandingan di akhiri dengan pasukan USIM merangkul johan dan pasukan UM
mendapat naib johan. Pendebat terbaik keseluruhan peringkat saringan di rangkul oleh Aiman
Ariff Bin Abdul Azij. Pendebat terbaik untuk
pertandingan akhir adalah saudara Mohd Ikhwan Bin Mohd Rosseli.
Keputusan keseluruhan selepas enam pusingan perlawanan, UMT berada di
tempat ke-9 daripada 24 buah universiti yang bertanding.Jumlah juri adalah 10
dan margin keseluruhan adalah 7.5. Manakala Nur Liyana bt Shuhairi menduduki
tangga ke-10 pendebat keseluruhan pusingan. Nur Hidayah dan Hairul Izwan
masing-masing berada di tangga ke-18 dan ke-19 pendebat secara keseluruhan.
Pandangan para hakim berkenaan pasukan
debat UMT, secara keseluruhannya bagi setiap perlawanan,bagi hakim bahasa,
pandangan mereka adalah berkenaan penggunaan imbuhan perkataan yang kurang
mahupun tidak tepat semasa perdebatan berlangsung. Selain itu, penggunaan kata
hubung yang sesuai juga haruslah dititik
beratkan sesama menghubungkan baris-baris ayat dalam menyampaikan
hujah,disamping penggunaan peribahasa yang lebih menarik.
Hakim dari Jabatan Alam sekitar pula,
berpendapat, pasukan perlu menambah dan memperbanyak pencarian fakta- fakta
sedia ada , serya memperkukuh dan
memeahami fakta yang digunakan tidak kira isu berkenaan dalam mahupun luar
negara.
Hakim MADUM pula menasihatkan pasukan
agar menambahbaik dari aspek penstrukturan kes dan aspek keyakinan dalam
mempertahan mahpun menyampaikan hujah.
Pasukan UMT bertolak pulang ke
Universiti Malaysia Terengganu pada jam 4.00 ptg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan