09 Januari 2010

Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 UMT


Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) akan menganjurkan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 2010 yang bakal berlangsung pada 5 hingga 6 Februari 2010.


Kaunter Pendaftaran akan dibuka mengikut ketetapan berikut:


Tarikh   : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa    : 9 malam hingga 11.30 malam
Tempat : Kafe Baru


Makluman, bahawa penyertaan adalah diwajibkan kepada semua Kelab Akademik, dan terbuka kepada Kelab Eksekutif dan Kelab Sosial. Setiap kelab perlu menghantar sekurang-kurangnya 1 pasukan untuk setiap kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris.


Bengkel Pemantapan Debat akan diadakan untuk semua peserta dan dijadualkan pada 29 Januari 2010.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi
Syazwan : 012-4924624 dan Jawahir : 013-4258977.


atau


meninggalkan sebarang pertanyaan dan cadangan di ruangan komen.



Terima Kasih.


Oleh :
AJK Publisiti dan Multimedia,
Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 2010.
Universiti Malaysia Terengganu.

5 ulasan:

Unknown berkata...

I suggest utk tahun depan, kita buat bengkel utk debat BM dan English pada dua hari asing.. that way, boleh la ramai orang belajar cara debat dlm dua-dua bahasa..

Tanpa Nama berkata...

Emm.. bagus gak cadangan tu... especially kalau ada junior yang nak jadi debater utk kedua-dua bahasa... bole belajar kan..

Apa2 info, post je kat blog ni tau.. hehe

cayo2

ENTECH bole!!! oppss~

UzaiR Rusli berkata...

saya cadangkan hari ketiga buat untuk debat bahasa tamil dan hari keempat bahasa mandarin. Dulu kan kita ada team debat macam tu.

Cik Jijah berkata...

kelab kebudayaan?????

ALI berkata...

hehe... alangkah gempaknya kalau next edition, PNC ada kategori Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil..huhu