07 Ogos 2009

Program Pemantapan Debat Kelab DEMI 2009

Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk memperkenalkan teknikal perdebatan IPT kepada para pelajar tahun 1 ahli Kelab DEMI. Alhamdulillah, sepanjang 4 jam program ini berlangsung, setiap masa dimanfaatkan sepenuhnya. Program ini bermula pada 8.30 pagi dan berakkhir pada 12.45 tengahari. Seramai 22 orang pelajar baru yang menghadiri program ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas komitmen dan kesungguhan yang anda tunjukkan untuk menghadiri program ini.

Pada awal pagi, program dimulakan dengan sedikit penerangan ringkas mengenai Kelab DEMI yang telah disampaikan oleh saudara Helmy Mokhtar. Beliau telah memperkenalkan penasihat dan peneraju utama Kelab DEMI serta objektif penubuhan kelab dan kelebihan menjadi ahli Kelab DEMI.

Program ini diteruskan pula dengan sesi penerangan mengenai teknikal perdebatan mengikut posisi dan kedudukan dalam pasukan. Bagi posisi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang telah disampaikan oleh saudara Nasrul Hadi yang merupakan salah seorang pendebat terbaik UMT. Kemudian disusuli pula dengan posisi Timbalan yang telah disampaikan oleh saudara James Jam Jolly manakala bagi kedudukan Menteri Pertahanan dan Pembangkang 1 serta penggulungan, telah disampaikan oleh saudari Kamaliah yang merupakan Alumni DEMI. Terima kasih diucapkan kepada kalian yang memberikan tunjuk ajar kepada ahli2 baru.

Pada waku tengahari, persembahan debat oleh senior telah diadakan. Dengan usul Sambutan Hari Kemerdekaan Hanya Ikut-Ikutan, para pendebat telah memberikan persembahan yang baik sebagai pendedahan awal kepada junior2. Diharapkan dengan pendedahan ini, anda dapat gambaran mengenai debat IPT dan juga menambahkan lagi minat anda terhadap debat. Sekali lagi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Diharapkan selepas ini anda semua akan dapat memberikan saingan yang sengit kepada senior untuk melayakkan diri anda mewakili UMT dalam pertandingan debat. InsyaALLAH.

-Debat Penjana Minda Intelektual-

p/s: untuk gambar aktiviti, klik DISINI

Tiada ulasan: