22 Julai 2009

Kupasan Ringkas Debat Alam Sekitar UMT 2009

(Ini adalah artikel terakhir tulisan Aliashim Albani didalam blog ini. Terima kasih kerana membaca dan memberi komen untuk setiap hasil tulisan saya. :P)

Assalammualakum w.b.t.

Kupasan Debat Alam Sekitar UMT 2009 ini bukanlah kupasan kepada teknikal atau konseptual pembawaan pendebat-pendebat yang bertanding tetapi lebih kepada perjalanan majlis pertandingan akhir debat alam sekitar UMT 2009 (DEBAT ASUMT).

Pada awalnya, program ini dirancang dilaksanakan pada 1,8 dan 9 ogos 2009. Namun, melihat kepada keadaan kewangan dan kesuntukan masa, saya selaku Pengarah Program bersama-sama dengan Majlis Tertinggi yang lain membuat keputusan untuk mengubah format Pertandingan ini kepada satu format yang mewujudkan "Win-win situation" diantara Kelab ENTECH dan Kelab DEMI. Akhirnya Konsep "Ringkas tetapi Bermakna" berjaya saya rangka berpandukan kepada keadaan kewangan yang dimiliki. Program ini dilaksanakan dalam tempoh hanya 1 hari sahaja.

Program ini amat unik dan saya kira belum lagi pernah dilaksanakan oleh mana-mana Kelab di UMT. Ini kerana ia menggabungkan 3 organisasi iaitu Jabatan Sains Kejuruteraan FST, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) dan Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI). Selain itu, Program Ceramah juga memainkan peranan yang penting didalam program ini dimana, Sesi soal Jawab amat berjaya kerana interaksi diantara penceramah dan audiens mewujudkan satu suasana ala-ala "debat berkelompok".

Untuk masa hadapan, Satu perancangan yang teliti perlu dibuat terutamanya dari segi kewangan. Kelab DEMI juga boleh mengambil contoh format program ini sebagai salah satu program pemilihan pendebat mewakili UMT. Sebagai contoh, untuk debat kepenggunaan, Kelab DEMI boleh memohon kerjasama dengan Kelab Keusahawanan. Begitu juga dengan debat-debat yang lain.

Percayalah, walaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul semasa mengendalikan program ini, namun sebagai Perintis, ia adalah perkara biasa. Namun, saya amat berharap Debat ASUMT juga perlu diambil berat oleh Kelab DEMI dan terus dianjurkan ditahun hadapan seperti mana penganjuran Debat PNC.

Yang Benar
Aliashim Albani
Pengarah Program Debat ASUMT 2009 (Edisi 1)
a.k.a Exco Publisiti Kelab DEMI.



(Pasukan Debat yang bertanding)


(Penceramah 1 - Mr Sunny- Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan UMT) : Pakar Pengurusan, undang-undang alam sekitar dan hidrologi


(Penceramah 2 - Dr. Zamry- Ketua Jabatan Sains Kejuruteraan) : Pakar Renewable Energy dan Kejuruteraan Bendalir


(Sambutan Pelajar UMT yang sangat menggalakkan)
(Ini adalah artikel terakhir tulisan Aliashim Albani didalam blog ini. Terima kasih kerana membaca dan memberi komen untuk setiap hasil tulisan saya. :P)

Tiada ulasan: