10 November 2008

Diari Debat UMT




1. Family Day.
Family day atau Hari keluarga Kelab Debat Mahasiswa Intelektual telah diadakan di LA HotSpring dimana ia telah disertai oleh seramai 16 orang Peserta. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan yang pastinya ia sangat menyeronokkan!

2. Menyaksikan Debat Komuniti Merdeka di Taman Tamadun Islam.
Seramai 30 orang ahli kelab DEMI telah menghadiri majlis Debat Komuniti Merdeka peringkat akhir yang telah diadakan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Pertandingan ini menyaksikan pertemuan diantara pasukan Debat Negeri Sembilan(Kerajaan) dan pasukan debat negeri Pulau Pinang(pembangkang). Usul berbunyi "Subsidi masih diperlukan". Gelaran juara dimiliki oleh pasukan debat negeri Pulau Pinang.

3. Latihan Persediaan Debat Diraja 2008.
Lebih daripada 20 orang ahli kelab DEMI tekun menghadiri latihan debat sempena menghadapi pertandingan Debat Diraja yang dijadualkan akan diadakan pada 27 November- 3 Disember 2008 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Untuk Debat Diraja ini, mereka yang tidak terpilih untuk diserapkan didalam pasukan Debat sebagai Pendebat Universiti turut akan bersama-sama ke UIAM dengan menaiki Bas Besar UMT. Debat Diraja sebenarnya merupakan medan Pertemuan Pendebat Muda dan Pendebat Senior. Didalam Debat ini, selalunya merupakan medan permulaan kepada pendebat Muda untuk menjadi pendebat yang bakal mewakili Universiti berulang kali dimasa hadapan, manakala untuk Pendebat Senior, Debat Diraja dianggap sebagai gelanggang Kemunculan semula (comeback) atau gelanggang pembaikan mutu dan kualiti persembahan. Walauapapun pelbagai tafsiran yang diberikan terhadap Debat Diraja, namun ia merupakan Pertandingan yang dinanti-nanti oleh semua Pendebat-pendebat Intervasiti seluruh Negara!

4. Menghadiri Bengkel Debat UDM.
Seramai 7 orang Ahli kelab DEMI telah dijemput untuk menghadiri bengkel Debat UDM pada sesi malam. Aktiviti yang dijalankan adalah "Mock" diantara Pendebat Muda UDM dan Pendebat Senior UDM. Aktiviti ini sebenarnya memberikan manfaat kepada Pendebat UMT yang hadir dimana disamping mengeratkan semangat silaturahim dan semangat "kejiranan", ia juga dapat memberi gambaran awal suasana debat yang bakal dihadapi kelak.

5. Menghadapi Peperiksaan Semester.
Peperiksaan Semester Julai 2008/2009 Universiti Malaysia Terengganu telah bermula sejak 1 November 2008 dan dijangka akan tamat pada 20 November 2008. Semoga Kecemerlangan akademik Ahli-ahli Kelab DEMI dapat dikekalkan. Semoga Berjaya!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

3. Latihan Persediaan Debat Diraja 2008.
Lebih daripada 20 orang ahli kelab DEMI tekun menghadiri latihan debat sempena menghadapi pertandingan Debat Diraja yang dijadualkan akan diadakan pada 27 November- 3 Oktober 2008..

tarikh salah...
mana boleh 27 november- 3oktober...
xkan patah balik kot

Tanpa Nama berkata...

Ok...

WrongType Detected