YOUTUBE,
Sebuah laman yang tidak perlu lagi diperkenalkan, kerana ia cukup dikenali diseluruh dunia. Sesiapa sahaja boleh memuat naik video masing-masing kedalam memori yang ada didalam laman ini. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli, anda boleh mengakses semua jenis video dalam pelbagai kategori termasuklah yang berunsur pornologi.
Namun, percaya atau tidak terdapat sesetengah video didalam Youtube telah disunting atau diedit oleh pihak Youtube sebelum boleh tonton oleh pengguna. Ini mungkin ekoran gesaan beberapa pihak diseluruh dunia supaya pihak youtube melakukan kawalan ketat terhadap video-video yang dimuat naik didalam youtube memandangkan kebanyakan daripada pengguna youtube juga terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.
Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah video yang telah hilang nilai seninya akibat suntingan yang melampau. Sebagai contoh filem berunsur seks dan triler yang menerima suntingan melampau sehinggakan sesetengah jalan ceritanya tergantung atau tidak diketahui. Ini amat menyukarkan bagi sesetengah pihak yang cuba menggunakan youtube sebagai media rujukan bagi sebarang projek berkaitan akademik sebagai contoh pelajar tahun akhir kursus berkaitan produksi filem.
Selain itu, pihak youtube sepatutnya meningkatkan mutu perkhidmatannya supaya setiap video yang terkandung didalam simpanan memorinya dapat ditonton dengan mudah dan mesra pengguna. Sepanjang penulis menggunakan youtube, memang sukar untuk penulis menonton video secara online dan terpaksa untuk memuat turun terlebih dahulu. Begitu juga dengan kualiti video yang dimuat naik kedalam youtube. Memandangkan penerimaan yang luar biasa daripada pengunjung diseluruh dunia, pihak youtube seharusnya cuba untuk mengehadkan kualiti video yang boleh dimuat naik. Sebagai contoh, video dengan fail .3gp dan .mpeg4 tidak dibenarkan. Ini kerana kedua-dua format fail video itu amat kecil dan adalah amat tidak berbaloi sekiranya ia dimuatnaik dan hanya membazir ruang sahaja. Lebih baik benarkan hanya video-video yang berkualiti tinggi sahaja. Barulah Youtube akan menjadi medan untuk rujukan dan perkembangan kreativiti berunsur nilai-nilai kesenian.
Namun demikian, kawalan yang dilakukan oleh pihak youtube terhadap video-video yang dimuat naik sebenarnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Sebagai contoh video-video yang berunsur ganas dan pornografi amat wajar dikawal namun perlulah pada adegan-adegan tertentu sahaja supaya nilai-nilai seni yang terkandung didalam video tersebut tidak terusik. Selain itu, pihak youtube juga perlulah lebih cenderung mengawal penyebaran dakyah, fitnah dan hasutan-hasutan yang berbaur perkauman dan keagamaan yang boleh menjejaskan keamanan dunia sejagat.
Sekiranya youtube telah telah menjadi sebuah laman memori fail video yang dipercayai, adalah amat tidak mustahil sekiranya youtube akan menjadi medan untuk guru-guru sekolah atau pensyarah-pensyarah Institut pengajian tinggi diseluruh dunia menggunakannya sebagai medan mengajar secara rakaman seperti nota, kerja kursus dan pengumuman penting. Saya rasakan, dengan sistem rakaman seperti yang saya nyatakan, ia akan lebih memudahkan pelajar-pelajar memahami apa yang diajar kerana mereka dapat melihat guru atau pensyarah mereka menerangkan ilmu-ilmu akademik melalui saluran youtube. Selain itu, ia juga akan memudahkan tugas guru atau pensyarah yang terlalu sibuk atau tidak sempat mengajar didalam kelas, dimana mereka boleh melakukan rakaman dan memuatnaiknya didalam youtube. Pelajar-pelajar akan mendapat sebarang bentuk pengajaran hanya dengan satu klik sahaja.
Lihat! bagaimana penangan youtube dalam dunia hari ini. Setiap benda didunia ini mempunyai baik buruknya. Terserahlah kepada anda untuk memilih yang buruk ataupun yang baik.
Penulis : ALI XY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan