01 September 2008

Tanhiah kepada semua

Salam...

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa sukarelawan pelajar bagi Pertandingan Debat Kemerdekaan 2008.

Jauh di sudut hati saya sangat tersentuh dengan komitmen padu adik2 sekalian; tak pernah sekalipun saya terdengar atau mendengar keluhan atau rungutan adik adik sekalian semasa mereka membuat kerja. Urm hinggakan mendapat pujian dari kebanyakan universiti tau...Kata mereka ini adalah antara penganjuran terbaik yang mereka terima sepanjang pertandingan debat!

Meskipun ini adalah penganjuran pertama UMT namun kita berjaya buktikan yang kita juga mampu memberikan yang terbaik malah sekaligus membuktikan bahawa mahasiswa kita adalah mahasiswa kelas pertama :)

Sebagai seorang yang terlibat secara langsung bagi acara ini, saya ingin menasihati adik-adik sekalian; usah berputus asa walau bagaimana penat dan susah perjalanan hidup di UMT ni. Jangan takut untuk terlibat aktif dalam DEMI. Masa tidak menunggu kita bahkan kalianlah yang perlu mengejar masa. Jangan lepaskan sebarang peluang untuk bergiat aktif kerana itu lah merit yang terbaik sebagai bekalan memohon kerja kelak.

Kecemerlangan akademik sememangnya satu kemestian yang tidak boleh dipertikai; namun penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum juga tak kurang pentingnya.

Mengambil diri saya sendiri sebagai contoh; saya tidak mempunyai kejayaan akademik yang gemilang mahupun anugerah yang berderet, cuma apa yang saya ada hanyalah kemahiran komunikasi serta pemikiran yang kritikal hasil pengalaman dari Kelab DEMI yang memberikan saya sedikit sahaja kelebihan berbanding mahasiswa lain. Dan saya kira kejayaan saya yang tidak seberapa pada hari ini mungkin tidak menjadi kenyataan andainya tiada KeizinanNya selain usaha memperbaiki diri melalui Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual!

Selamat datang kepada Ahli baru dan jangan berputus asa!

Menerobos sempadan diri,

Maizah

4 ulasan:

Uzair berkata...

Taniah juga buat semua. Saya amat mengagumi semua jawatan kuasa yang terlibat. Kita telah buktikan dengan bersatu padu kita mampu lakukan apa sahaja dengan terbaik. Terima kasih juga dengan MPP, JKK dan MT Kelab DEMI yang selama ini saya sendiri tidak mampu untuk melakukan tugas besar ini bersama kalian semua sebelum ini.

Malam itu panjang, jangan pendekkan dengan tidur. Siang itu terang jangan gelapkan dengan hati penuh noda. Teruskan berusaha, semakin banyak yang kita lakukan, semakin banyak yang kita belajar.

Cik Jijah berkata...

betul abg uzair...
tahniah sgt2 kt semua org..
akhirnya Debat merdeka berjaya kita laksanakan...
tahniah untuk adik2ku yg sungguh bersemangat...
terima kasih MPP, JKPP dan semua pihak yang menjayakannya..
korang memang best..
harap semua dapat sesuatu dari penganjuran kali ni..
all the best..

djdj berkata...

salam
thanx pd semua yg tlibat dalam ptandingan dbt kmerdekaan ipt 2008.
jkkpp,mpp n semua ahli kelab demi.apepun,mmg kite da buat yg terbaik

Anonymous berkata...

djdj nie sapa???? dj dave ker?? yup mmg lo tahun ni hebat2 kan.... tak di nafikan..terutamanya yg sampai membawa team hingga keperingkat akhir kan..tahniah le!!! semoga semangat yg d tunjukkan akan terus di kekealkan hingga ke masa akan dtg k!!! harap2 lah....