02 September 2008

All the best!!

assalamualaikum...
pertamanya, selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam sekalian. gunakanlah peluang yang ada sebaiknya untuk menambah ilmu dan meningkatkan amal ibadah masing2..

sebelum pergi jauh, saya nk ucapkan tahniah kepada adik2 yang mempunyai semangat untuk terus berada dengan DEMI. tahniah semua. saya rasa cukup bangga mempunyai adik2 yang begitu bersemangat untuk berdebat sehinggakan dah ada yang membuat mock antara team yang dibina sendiri. tahniah untuk semua yang terlibat.
sesungguhnya, inilah semangat yang kita mahu!
tak perlu tunggu hari latihan atau perjumpaan untuk mock. kalau ada masa terluang, dan rasa nak berdebat, teruskan niat anda. lagipun, semuanya merupakan pendebat. dan sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan adalah merupakan satu cara untuk belajar...semua dah besar, dah boleh fikir dan boleh buat keputusan sendiri. jadi, fikirlah yang terbaik untuk anda...=)

semalam telah diadakan meeting kelab DEMI. walaupun ada segelintir ahli kelab yang tidak hadir disebabkan hal2 tertentu, perjumpaan masih diadakan dengan efektif. dan memandangkan DEMI telah menerima junior yang ramai, jadi kita akan gunakan sistem baru dalam DEMI. kita akan adakan mock secara liga antara team2 yang dibina sendiri. 'team by heart'...melalui mock ini, kita sebenarnya akan lebih faham dan belajar. sememangnya segala apa yang kita belajar tidak dapat digunakan andai tidak diaplikasikan dan dibuat praktikal. jadi, mahu atau tidak, setiap orang mesti berdebat untuk merasai dan mendalami 'aura' perdebatan itu. saya kira, sekarang adik2 semua mesti mempunyai semangat berkobar-kobar untuk berdebat selepas kita semua melihat tatacara perdebatan melalui Debat Kemerdekaan yang diadakan di UMT baru2 ini. jangan hangat2 tahi ayam ye... kalu rasa macam dah nak sejuk tu, panaskan balik.!! dengan cara apa..masing2 fikirla ye..=)

sekali lagi tahniah buat adik2 yang begitu tabah ketika menjadi LO. walaupun, rasa macam kena buli (ada ke?), tapi sebenarnya kita semua sedang belajar...saya tahu, tugas itu berat tapi sememangnya anda semua adalah yang terhebat!
kalau tak, takkan universiti lain memuji pengurusan kita. betul tak?
terima kasih juga kepada sahabat2 dari MPP dan JKPP yang sama2 berjuang dengan kitra. tahniah untuk semua.

akhir kata, diharapkan semua ahli family DEMI berusaha mencipta kejayaan buat DEMI. practice make perfect!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah MT DEMI dah mulakan usahakan untuk mengasah bakat adik-adik kita ni. Jadi YDP pun dah gempak, itu belum lagi masuk bab berdebat. Selalunya bulan pose ni semua orang akan jadi pasif, inilah masanya kita nak gandakan usaha kita. Latihan debat juga satu ibadat. Kita perlu ambil kesempatan di saat semua orang mengendurkan usaha, kita lipat gandakan usaha. Orang cemerlang selalu lakukan perkara yang orang gagal tak suka buat!

Tanpa Nama berkata...

yup all the best gak k!!!

Tanpa Nama berkata...

setuju ngan abg uzair!!!!! buat perkara org gagal suka buat hikhikhik...supaya kita lebih maju kehadapan melayari onak n duri... bersama demi....