18 Julai 2008

DEBAT ALAM SEKITAR 2008

Pada Malam 17 Julai 2008 bersamaan hari Khamis, Keputusan telah dibuat oleh Encik Azrul selaku Jurulatih Rasmi Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) untuk senarai Pendebat yang Terpilih mewakili Universiti Malaysia Terengganu ke Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT Malaysia bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Berikut merupakan senarai nama Pendebat.
1. Intan Shazlin
2. James Jam Jolie
3. Erni Haslina
4. Aliashim Albani

Pada Majlis yang sama, para junior baru Kelab DEMI UMT telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk program Mentor Mentee.

Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT Malaysia

Tarikh : 26 Julai - 29 Julai 2008

Tempat : Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

Anjuran : MADUM & JAS

Usul :

Pusingan Pertama : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar

Pusingan Kedua : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan

Pusingan Ketiga : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan

Pusingan Empat : Undang - undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar

Pusingan Lima : Kitar Semula : Hangat - hangat Tahi Ayam

Pusingan Enam : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah

Suku Akhir : Kita Sepakat Menangani Masalah Perubahan Iklim Dunia

Separuh Akhir : Penggunaan Lestari Sumber Asli Menjamin Pemuliharaan Alam Sekitar

Akhir : Kita Cukup Serius Menangani isu Alam Sekitar

P/S : Liputan Berita Terkini dan Eksklusif Debat Alam Sekitar (Untuk Pasukan UMT) akan di paparkan didalam blog ini dan blog ALI XY bergantung kepada penyediaan Perkhidmatan Wireless oleh Pihak Penganjur. Anda boleh mengikuti perkembangannya dengan pantas dan tepat.

DEBATE, MORE THAN JUST TALK!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedikit respons,

Debat Alam sekitar "ANTARA IPT"..

ralat di atas harap di betulkan..

Hanya Debat Royal sahaja yang dikhususkan untuk pelajar2 IPTA..

Tanpa Nama berkata...

Kita sedar kita kerdil di mata mereka, tapi mereka perlu tahu kita punyai satu semangat yang mampu menggugat mereka.

Tanpa Nama berkata...

ralat detected!!!!

Tanpa Nama berkata...

Good luck buat semua yg bakal ke debat alam sekitar..
chaiyok2....korg bleh punya...