31 Mac 2008

Assalamualaikum, saya yang menjalankan tugas ingin melaporkan. Semalam, 30 Mac 2008, ahli-ahli Kelab Debat Mahsiswa Intelektual telahpun menyaksikan satu fenomena yang pertama kali berlaku sepanjang penubuhan kelab yang penuh integriti ini. Ahli-ahli yang hadir termasuk kesemua ahli majlis tertinggi yang sebelum ini telah hadir dalam mesyuarat bersama dengan penasihat kelab Puan Rozita Jayus. Mesyuarat telah di gemparkan dengan keputusan peribadi presiden kelab DEMI Saudara Mohd. Shafwan Wahab untuk meletakkan jawatan beliau. Harap-harap, rajuk nya tiada, dan jika ada, usahla di bawa lama. Kami tetap bersama anda.

Oleh itu, pengerusi mesyuarat Nooraffizah Bujang Saili berserta penasihat membuat undian terbuka kepada ahli samada untuk membubarkan keseluruhan Majlis Tertinggi kelab atau hanya menggantikan presiden yang baru. Undian majoriti tapi tidak sebulat suara telah pun diterima untuk membubarkan keseluruhan kabinet pemerintahan kelab. Ironinya, angin politik kelab sama derunya dengan politik negara, rakyat-rakyat kian lantang bersuara dan semakin berpendirian sama juga dengan ahli kelab DEMI. Perubahan yang baik harapnya.

Maka, berlangsung sudah pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi yang baru kali ke 4 bagi semester ini. Beduk telah berbunyi, gendang sudah pun bertalu. Ahli Jawatankuasa Tertinggi, menampilkan muka lama dan baru. Apa yang bakal mereka bawakan dalam arus perdebatan, sama-sama kita nantikan. Memetik kata-kata Presiden DEMI yang baru, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk kepimpinan baru ini. Namun, manusia itu biasa dan sama, tidak boleh tidak pasti ada ranjau dan duri yang menanti kepimpinan yang baru. Tanggungjawab bukan sahaja terletak pada bahu sang kepala pemerintahan, namun juga harus dipikul bersama ole keseluruhan Majlis Tertinggi DEMI. Saya kira, ahli-ahli menuntut perubahan yang positif sehingga mendesak mantan presiden meltak jawatan. Jadi, diharapkan, perubahan ini akan menjadikan kelab DEMI lebih maju jaya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi yang baru. Saya yakin, ahli-ahli kelab DEMI akan bersikap professional dalam menilai kalian dan semestinya, akan sentiasa setia dengan kalian. Tahniah sekali lagi.


 

Untuk itu, saya sertakan Majlis Tertinggi Kelab Debat Mahasiswa Intelektual yang baru.


 


 


 


 


 

5 ulasan:

UzaiR berkata...

Mana mungkin untuk tidak menuntut suatu yang tinggi dari organisasi baru ini. Pembubaran organisasi semestinya mengharapkan pencapaian yang lebih gemilang. Jika sebelum ini, adik yang baru bertatih telah pun dihukum sebegitu teruk, saya mahu lihat suatu arus pembaharuan yang akan mengangkat kelab. Tinggalkan dengan semua masalah emosi kalian, kukuhkan hubungan sesama sendiri dan eratkan perpaduan dikalangan kita. Jangan tanya apa yang mampu diberi oleh jawatankuasa tertinggi kelab, tanya pada diri apa yang mampu diberi kepada kelab.

my berkata...

tahniah kepada yang baru dilantik
hanya ada satu pesanan dari saya; jangan sekali kali untuk menidakkan harapan dan ekspektasi yang lebih tinggi dari orang lain terhadap pembentukan organisasi baru. sekiranya tidak, APA LAGI SIGNIFIKASI PEMBUBARAN YANG DIHARAPKAN?...
fikir fikirkanlah...

ALIASHIM berkata...

Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan pembubaran AJK ini. Saya juga tidak senang dengan sikap Bekas Presiden yang kalah sebelum berjuang. saya juga tidak suka dengan sikap segelintir orang yang suka mempertikaikan kepimpinan Bekas Presiden. Tetapi saya mahu dan inginkan yang terbaik daripada AJK yang baru... Jangan hanya cakap orang lain teruk, anda perlu buktikan anda juga tidak teruk. Saya dan yang lain perhatikan anda semua. Salam DEBAT

amni berkata...

semoga adik2 semua berjaya membawa amanah ini hingga ke akhirnya. perlu diingat, amanah ini bunkan hanya dipersoalkan di kalangan ahli kelab, tapi juga tanggungjawab yang menjadi penentu mizan timbangan di akhirat kelak.

good luck!! Love u all..

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI berkata...

hai korang nie..apa yang presiden kelab orator UDmM (hehehe=p)boleh bagi tahu aja,aja fighting!!!..bashaa!!!..CUBA RENUNG.."BILA KELAMAHAN TERLALU CEPAT DITAFSIRKAN, MAKA PADI MULA DISANGKA LALANG, BERAS DISANGKA PASIR"...KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI..