13 Disember 2007

Kisah di Perpaduan

begini critanya...
Pasukan Debat UMT telah pun berangkat pada 7hb lalu utk ke UMP bagi menyertai pertandingan debat perpadauan.

Semase pendaftaran, mereka diberitahu yang penyertaan terpaksa dibatalkan kerana kaum Suluk kaum bg pendebat muda UMT (ALiashim ALbani) tidak tersenarai dalam "senarai pendek" yang telah dibuat.

Ini pelik, sbb menurut pengalaman saye, list nye panjang. Sampai 2 muka surat. Alasannya, kebanyakan pendebat dulu tidak menunjukkan bukti untuk mengesahkan kaum. Hrmm..uni mane la tu agak2 nya kan.

Ada 2 lagi universiti yang menerima nasib yang sama, UPSI dan USIM. Sy bertanya kepada salah seorang dari delegasi UMT, buat lah rayuan, namun, malangnya, rayuan hanya di buat setelah hari pertma berlalu. pada saye, apa gunanya.

Ada desas-desus senior yg kecewa dgn berita ini. Responnya, kenape mereka seolah-olah tak fight langsung?hmm pada sy..seandainya mereke tidak mengiktiraf kaum Suluk ini sebagai etnik lain, sy kire ini satu diskriminasi, hanya kerana mereka minoriti, tidak bermakna mereka tidak mewakili kepelbagaian kaum di Malaysia yang menjadi simbol negara. Seandainya mereka dinafikan hak untuk bertanding, walhal, sudah termaktub mereka bukan bumiputera, apa lagi persoalannya?

ini sedikit info mengenai kaum Suluk :

Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah kudat,semporna,sandakan,lahad datu,kota kinabalu,menggatal,tuaran,telipok.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.

Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

lihat tu, kaum suluk ada bahsa nya sendiri. jadik, klu ali dsh boleh berbahsa Melayu dgn baik. bagusla.

dan saya turut difahamkan, semua pendebat masih berada di UMP sehingga hari ke 3, kecuali, Nor Affizah yang pulang awal. Sekian. Wssalam.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita buat satu kajian tentang kaum suluk ni. pastu minta pandang peguam kita (acoi ngan anep). pastu hantar satu bantahan rasmi dan minta pampasan 1juta saman malu dan wang ganti rugi kita tak boleh jadi juara debat perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

heran..
padahal wang hadiah x sampai pun rm100,00
pampasan pula rm1,000,000...
kekeke...
pelik tapi benar...

suluk x da??
haih... demokrasi x smakin subur gaknya..
mana islam hadhari yang memperjuangkan hak minoriti..
debat perpaduan...
tetapi list berbilang kaum x lengkap pula..
then nak ckp pula psl prpaduan berbilang kaum di Malaysia..
apa kes lah..
cheis...
indah khabar dari rupa..

Tanpa Nama berkata...

saya nak bidas mameemonster!
satu juta tu adalah sangat relevan untuk dituntut demi memperjuangkan kaum suluk. Memang hadiah tak sampai beribu-ribu, tapi kita kena nilai kesannya yang diterima oleh pendebat kita. Hindraf lagi tak munasabah nak tuntut satu juta bagi setiap orang hindu. aku dah kira baik dah ni nak tuntut satu juta sebagai pengajaran kepada penganjur. Sekian, mohon agar cadangan ini diterima dewan. muahkakakaka

Tanpa Nama berkata...

erm... leh buat bantahan pada MADUM, just sbg pengajaran utk masa depan... susah bile terlalu integriti, hilang rasa humanity (kemanusiaan)... alang-alang udah sampai ke UMP, izinkan lah terus menyertai...

Tanpa Nama berkata...

herm...ntah yer.mungkin klu betol boleh kite buat..tp kerjasama ini harusslaaa dibuat oleh tuan punye diri dan jawatankuasa tertinggi DEMi kan..

Tanpa Nama berkata...

saya boleh beri kerjasama jika di perlukan... sebab ia ada kaitan dengan maruah Universiti tercinta

Tanpa Nama berkata...

Untuk Pengetahuan ahli Kelab DEMI khasnya dan warga UMT amnya, pasukan debat UMT yg terdiri drpd saya, Fiza, She, Zahnita dan Shahrul telah membuat bantahan secara tidak rasmi sebelum pengumuman penyingkiran di buat... kami ada fight.... tapi En T.. guna buku kuning untuk mempertahankan tindakan mereka... harap maklum...

Tanpa Nama berkata...

korang ni macam buat citer la.tapi bagi saye yg pergi dengan semangat yg tinggi tapi betape hancurnye hati apebiler tahu disingkir atau hilang kelayakan.bagi pendebat mude mcm saye perkare mcm ni boleh membunuh semangat pendebat jika berterusan tapi semua tu telah terjadi nak buat mcm mane takdir ilahi.takpe la hero kene kalah dulu baru menang bergaya nok tawan hati heroin.hehehehe.gud luck next time.

Tanpa Nama berkata...

salam....
untuk sume pendebat perpaduan... bersabarlah atas apa yang berlaku di UMP. saya tetap berada dibelakang anda untuk menyokong n mengikuti semua perkembangan debat UMT... saya telah mengutarakan permasalahan ini di peringkat mesyuarat madum. insyaallah... tahun2 akan datang tidak akan berlaku lagi kejadian seperti ini... apapun, saya kagum dengan kesungguhan pendebat sume....
wish luck for UMT forever