20 November 2007

RoYaL DeBaTE- Dugaan dan Cabaran

assalamualaikum....
lame sudah tak bermadah di blog ini...buat pengetahuan semua...
1. blog saya sudah takde..dah di delete...
2. blog ini akan menerime seorang lagi author
ok..itu sahaja pasal blog...
Debat Diraja UiTm shah alam...pelbagai konflik, konspirasi dan halangan yang melanda...
disebalik keindahan gelak tawa dan gurau senda semasa latihan yang tidak terlalu gigih....
masalah keyakinan diri dan kemahuan bercampur baur dengan etika dan professionalisme pendebat...sehingga melibatkan ikatan kekeluargaan yang dibina dengan penat lelah...
pelbagai perkara berlaku..pelbagai isu timbul...namun tetap diharapkan..impian semua utntuk kita pendebat UMT menempa nama bagi DEbat yang berprestij ini tercapai....andai kata kita berusaha..insyALLAH ada yang akan membantu...
bersikap profesional, optimistik dan realistik...dengan sedikit unsur pesimistik bagi tidak terlebih yakin amat diperlukan bagi menempuhi hari pertandingan kelak...
hasrat mantan presiden untuk menghantar empat batalion untuk ke pertandingan tidak kesampaan..sehinggakan ada yang terpaksa dilukakan dan dikecewakan lantaran tidak cukup berpengalaman untuk diturunkan sebagai pendebat...
Walaupun sebegitu, apa yang diharapkan..api semangat, bingkisan minat dan kecintaan yang terbina terhadap kelab dan arena debat takkan lenyap dibawa arus kekecewaan dan lunyai dibelasah kemalasan....
Dikesempatan ini, ingin saya melampirkan kata-kata kemaafan saya di atas sikap yang emosional dan tidak profesional tatkala pembubaran pasukan di umumkan dengan nama pasukan yang baru digandingkan...terbit rasa di khianati yang teramat sehingga kata-kata ayng tidak sepatutnya dan espresi emosi yang tidak patut telah saya tunjukkan kepada kakak-kakak dan abang-abang, rakan dan adik-adik yang disayanagi sekalian. perasaan itu datang tanpa di undang, namun manusia mana yang tidak membuat kesilapan..harap di maafkan...
Agar kita lebih rasional dan professional dalam arena perdebatan, moga-moga semua mengambil iktibar termasuk diri ini, agar tidak mudah melatah dengan apa yang berlaku. selidiki apa kekurangan diri, setiap masalah ada jalan pennyelesaian..dan jalan penyelesaian tidak pernah mesti satu...pilihan itu sentiasa ada..sama ada kita melihatnya ataupu tidak...
Wallahualam.....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga yang boleh mewakili UMT akan melakukan yang terbaik dan dengan bersungguh-sungguh.

insya ALLAH, usaha, doa dan tawakal..

Tanpa Nama berkata...

peluang bukan takat yang ini sahaja...
masi ada lagi rezeki di tempat lain..
di pertandingan yang lain...
ada hikmah di sebalik kejadian..
kita manusia..
insan biasa..
serba kekurangan..
tidak ada yang sempurna..
namun begitu..
tak bermakna kita akan mengalah di sini bukan?
inilah cabaran...
and someday...
we'll be laughing all about it...

Tanpa Nama berkata...

ehemehem

Tanpa Nama berkata...

panjang sangat la.tak de maknenye kata kucing saye.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum...wbt
saya pun nak minta maaf gak untuk malam pembubaran team tu...itu la first time saya bersuara dan meluah apa yang saya rasa setelah 3tahun dalam DEMI.

sebenarnya, kita belum cukup berbincang dan terlalu merasa diri kita betul..maafkan saya sebab sepanjang saya duduk dalam kelab ni apa yang saya nampak, hanya suara yang lantang je yang akan menguasai situasi. makna katanya, orang yang tak reti berdebat pandangan nye tak diperdulikan sangat.

apa pun, mari la kita sama2 muhasabah diri balik ye...saya sangat sayang DEMI.sebab tu la saya masih di sini...

buat adik2, jaga la kelab kita k...untuk senior sume, 4give me...

waslm...

Tanpa Nama berkata...

bagus lah bermaaf-maafan. aku memang malas nak campur tangan hal-hal melibatkan hati dan perasaan korang. dah sekian lama aku asyik fikir pasal korang sampai hati sendiri pun terluka bukan ada orang nak kesah. dalam kelab kebanyakkan sibuk fikir perasaan sendiri, pastu cakap pengurusan tak kesahkan korang. hmmmm....mahasiswa intelektual jgn lah mcm nie lagi. maaf lah tak dapat nak pertimbangkan semua hati dan perasaan korang. tapi jujur aku cakap, aku tak berapa setuju dan cara pembentukan team utk royal ni. aku rasakan kita dah rugi satu peluang besar akibat sesetengah pihak hanya sibuk fikir perasaan die. aku malas nak cakap coz tak nak burukkan keadaan. korang fikir lah baik2, tak rasional sebagai pendebat nak tentukan die patut team ngan sape. jadikan ini pengajaran yg paling berguna. kepada kama, jgn putus asa dan kecik2 ati lagi dan kepada yg lain, tolong jaga ikatan kekeluargaan yang telah kita bentuk ni. jangan tikam orang dari belakang dan jgn jadi duri dalam daging plak.... sory atas ketelanjuran kata. buat adik2 yg disayangi, debat bukan medan utk bermegah, aku tak ajar korang utk jadi juara, aku ajar korang untuk jadi insan yg berguna.

Tanpa Nama berkata...

yer...betul...saye sokong...kate2 uzair..adek-adek..sy da pernah bincangkan dgn korang..siapa sebenarnya abg uzair ni...sekeji-keji mulut ide.kadang-kadang apa yg dia ajar dan dia ckp tu perlu utk kita pertimbangkan...kepada fizah..jgn la cube nk serapkan pemikiran itu kepada junior..yg "hanya suara yang lantang je yang akan menguasai situasi. makna katanya, orang yang tak reti berdebat pandangan nye tak diperdulikan sangat."..klu begitu pembawaan fizah..maknanya...suara lantang itu adalah awak sendiri..sbb awak telah menguasai situasi utk team royal...kepada uzair..yess i mmg kecik hati ok..tp..ape nk ckp..UZAIR..aku byk belajar dr ko selame ni..n pengalaman royal kali ni mmg sgt berguna...heee...kite ade misi utk adek-adek kite nnt..yess!!

seperti biase...jage family DEMI... ukhwafillah.