13 Oktober 2010

Usul Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2010

Seperti yang telah dijadualkan, Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2010 akan berlangsung pada 16 Oktober sehingga 20 Oktober bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UniMap). Berikut merupakan usul bagi pertandingan tersebut :


1- Politik Punca Kerapuhan Perpaduan
2- 1 Malaysia Memantapkan Perpaduan Rakyat
3- Model Perpaduan : Integrasi Lebih Baik Daripada Asimilasi
4- Pembentukan Negara Bangsa : Sekolah Satu Aliran Jawapannya
5- Selepas 53 Tahun Merdeka : Ikatan Kita Semakin Longgar
6- Media Massa Pencetus Kesedaran Perpaduan
7- Bara Perkauman Masih Menyala
8- Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) Gagal
9- Kelab Rukun Negara Di Sekolah Memupuk Semangat Perpaduan
10- Isu Perpaduan : Perjalanan Kita Masih Jauh
11- Cemburu Meruntuhkan Keharmonian Kaum
12- Perpaduan Kaum Di Malaysia : Ibarat Minyak Dalam Air
13- Liberalisasi Ekonomi Tidak Menjejaskan Matlamat Wawasan 2020
14- ISA Perisai Perpaduan Negara
15- Hak Kesamarataan Kunci Perpaduan
16- Rukun Negara Masih Dijunjung
17- Laman Sosial Dan Blog Menggugat Perpaduan
18- Kempen Perpaduan : Bukan Sekadar Melepas Batuk Di Tangga
19- Ketidakseimbangan Ekonomi Punca Ketidakstabilan Perpaduan Kaum
20- Isu Perpaduan Bukan Wayang Kulit
21- Sistem Pendidikan Kita Berjaya Memupuk Perpaduan
22- Ahli Politik Kita Mementingkan Perpaduan
23- Perpaduan Kaum Di Malaysia Masih Di Takuk Lama
24- Kahwin Campur Adalah Jawapan Kepada Integrasi Nasional
25- Masalah Perkauman : Undang-Undang Penyelesaiannya
26- Demi Perpaduan Nasional : Kita Perlu Mengalah
27- Politik Berasaskan Kaum Perlu Dimansuhkan
28- Pengisian Kemerdekaan Dengan Perpaduan Lebih Bermakna Berbanding Pembangunan
29- Demi Perpaduan Nasional, Kita Mesti Berubah
30- Isu Perpaduan Dipolitikkan


Selamat Maju Jaya!

Tiada ulasan: