13 Oktober 2010

Minggu Pengucapan Awam (MiPwA) Universiti Malaysia Terengganu 2010

Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual bersama Kelab Rakan Budaya serta Kelab Gemersik akan menganjurkan Minggu Pengucapan Awam (MiPwA) Universiti Malaysia Terengganu 2010 buat pertama kalinya pada 22 sehingga 24 Oktober 2010.

Pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan adalah :-
  • Pertandingan Debat (Kategori BM dan BI)
  • Pertandingan Pidato (Kategori BM dan BI)
  • Pertandingan Mendeklamasi Sajak (Kategori BM sahaja)
  • Pertandingan Pencarian Pengacara (Top Host) (Kategori Lelaki dan Perempuan)
Syarat-syarat penyertaan :-
  • Hanya dibuka pada mahasiswa tahun satu (1).
  • Setiap program pengajian adalah diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan bagi setiap kategori.
Maklumat pertandingan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 22 - 23 Oktober 2010
Masa :8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar
Peringkat Awal / Suku / Separuh / Akhir bagi SEMUA pertandingan

Tarikh : 24 Oktober 2010
Masa : 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat : Dewam Sultan Mizan
Majlis Penutup Minggu Pengucapan Awam UMT 2010
(Sticker HEPA akan diberikan kepada hadirin)

Maklumat lanjut, sila hubungi Hamdam : 013-5411679 atau Syima : 013-3788703

atau layari laman Facebook dengan carian : MIPWA atau DEMI UMT

Sekian.

Tiada ulasan: