Sempena musim peperiksaan akhir tidak lama lagi, Kelab DEMI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua warga UMT, terutamanya warga famili DEMI sendiri, dengan harapan agar legasi intelektual sentiasa berkesinambungan dan berkekalan sampai bila-bila. Justeru, untuk membangkitkan semangat anda semua, disertakan beberapa ahli keluarga kita yang berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada semester yang lalu. Ini pun hanya sebilangan sahaja, memandangkan ada yang belum lagi memberi maklumat keputusan semester lalu dan ada yang terpaksa di’curi’ gambarnya dari koleksi peribadi ahli DEMI sendiri. Jadi, kepada sesiapa yang turut memperoleh Anugerah Dekan tetapi tiada dalam senarai di bawah, jangan marah. Masa yang diberikan sudah cukup lama. Kepada sesiapa yang belum berjaya, tingkatkan usaha. Kekalkan prestasi, kurangkan drama dan kontroversi.
Mohd Shahrul Hafiz bin Abdul Ghani
Purata semester : 3.80
Semester : 5
Nurul Hadijah Bt Idris
Purata semester : 3.77
Semester : 5
James Jam Jolly
Purata semester : 3.74
Semester : 5
Aliashim bin Albani
Purata semester : 3.63
Semester : 7
Izzatul Huda Bt Abdul Ghaffar
Purata semester : 3.58
Semester : 5
LOVE..~hMk~
14 ulasan:
tahniah..
anda semua membuktikan penglibatan kokurikulum bkn penghalang kejayaan akademik.. dan dlm mengejar kjayaan akademik, tiada halangn utk terlibat aktif dgn aktiviti koko..
pena agenoz,
tiada salahnya post begini..
tiada mudarat (secara sahih) timbul dr post ini..
salam..
bg sy post ni bknlah utk mnunjuk2x..ttp lbih kpd memberi smgt kpd ahli2x kelab yg lain utk turut berjya..& turut mmbuktikan mahasiswa berintelektual..juga sbg dorongn kpd junior utk berjaya..
Catat Ulasan