07 Mac 2010

Keputusan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7


Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 telah menutup tirainya pada 28 Februari 2010. Kehadiran tetamu adalah diluar jangkaan pihak kami. Malam tersebut juga telah dihadiri oleh Naib Canselor UMT, Y. Bhg, Prof. Dr. Aziz Deraman, Timbalan Naib Canselor (Antarabangsa Akademik dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Y. Bhg. Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.


Usul bagi pusingan akhir adalah "1Malaysia Kita Adalah Sama" dengan menyaksikan pertemuan antara HIMMAT A sebagai kerajaan manakala FICOS A sebagai pembangkang. Kesemua mereka merupakan muka-muka baru yang menghiasi komuniti debat UMT. Syukur kerana  Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 ini telah mencapai objektifnya iaitu melahirkan mahasiswa berintelektual.

Maka, keputusan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 bagi kategori Bahasa Melayu;

Usul "1Malaysia Kita Adalah Sama" diterima.

Johan : HIMMAT A (Kerajaan)

Naib Johan : FICOS A (Pembangkang)

Pendebat terbaik : Muhammad Afiq Mohd Sahifi (HIMMAT A)

Pada petang 27 Februari 2010, sehari sebelumnya telah berlangsung pusingan akhir Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-7 dengan menyaksikan pertemuan antara Food Science Club sebagai kerajaan (government) dan Double Helix Club sebagai pembangkang (opposition) dengan usul (motion), "GMO is the answer for world food crisis".

Maka, keputusan bagi kategori Bahasa Inggeris adalah seperti berikut :


Usul (Motion) "GMO is the answer for world food crisis" ditolak.

Johan : Double Helix Club (Opposition)

Naib Johan : Food Science Club (Government)

Pendebat Terbaik : Purnima Kadarasen (Double Helix Club)


TAHNIAH!!!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT
Unit Kaunseling dan Kerjaya
Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual
dan
semua yang telah terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung
dalam penganjuran
Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UMT Kali Ke-7.

Terima Kasih.

Oleh :
Jawatankuasa
Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UMT Kali Ke-7, 2010.

6 ulasan:

UzaiR Rusli berkata...

tahniah semua...
(terkenang zaman muda muda dulu)

TMUkmkd berkata...

tahniah semua kepada peserta dan juga pemenang
tak lupa tahniah kepada semua orang yang terlibat dalam pertandingan ini :)

Izzatul Huda berkata...

TAHNIAH! PNC kali ini sangatmemberangsangkan dan merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Kehadiran penonton yang sangat ramai (sehingga memenuhi tangga) adalah di luar jangkaan dan ini membuktikan bahawa arena debat sudah mula memdapat tempat di hati warga UMT. TAHNIAH DAN SYABAS kepada AJK pelaksana dan semua yang menyokong!! ^^

syahmi berkata...

tahniah.. cuma pastikn "bedah siasat" yang serius ke atas program tetap dibuat agar penambahbaikan dan 'kecacatan" yang berlaku tidak berulang..
lepas ni cuba buat DSJ pula penuh macam dolu-dolu. Selepas itu 'pecah panggung' di DSM pula!

UzaiR Rusli berkata...

DSJ penuh tu zaman syahmi presiden lah. Marine Bio lawan Dip Ikan final.

Nas Azhar berkata...

Memang dapat buat kat DSJ sebenarnya tapi ada beberapa perkara yang perlu diubah secara tiba2 sebab itulah terpaksa dilaksanakan di audi library...