30 Januari 2010

Latihan Debat Piala Naib Canselor UMT

Kepada mana-mana kumpulan yang akan menyertai Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UMT pada 26 dan 27 Februari ini, anda dialu-alukan untuk hadir ke perjumpaan mingguan Kelab DEMI mengikut ketetapan berikut:

Hari : Setiap hari Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Parking Blok B1.
Aktiviti : Penguasaan teknikal debat dan latihan debat akan diadakan dengan bimbingan jurulatih debat UMT.

Selain itu, kepada mana-mana kumpulan yang ingin mengadakan latihan debat atau perdebatan persahabatan antara kelab masing-masing atau dengan kelab lain, anda dialu-alukan untuk menjemput senior Kelab DEMI untuk mengadili perdebatan serta memberi tunjuk ajar. Anda boleh merujuk kepada mana-mana ahli Kelab DEMI (terutamanya senior bagi kelab atau program masing-masing).

Sekian. Semoga berjaya.

p/s: Setakat post ini ditulis, program Matematik Kewangan dan Matematik Komputasi telah mengadakan latihan debat antara mereka dan turut menjemput beberapa orang senior sebagai hakim pertandingan. Tahniah diucapkan. ~Majulah Debat Dalam Peradaban~

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh tak tulis nama senior2 demi?

Tanpa Nama berkata...

senior demi rmai..nak knal mrk..dtgla perjumpaan demi..diorng baek2x sumeny..

Izzatul Huda berkata...

yup! senior2 DEMI ni ramai.
datang je waktu perjumpaan tu.
InsyaALLAH kitorang akan jenguk2 korang.
time bengkel nanti pun kami akan turun beramai2..
datang la ye^^

farissaharuddin berkata...

InsyaAllah..yang mana kita mampu tlg kite akan tlg.. =)

bio berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
farissaharuddin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.