19 Mac 2009

PEMILIHAN KE PERTANDINGAN DEBAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) MALAYSIA 2009 (Terbuka kepada semua pelajar UMT)

KELAB DEBAT DAN MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) akan mengadakan pemilihan untuk menghantar peserta ke Pertandingan Debat IPT (Mei) 2009 mengikut ketetapan berikut:

PERTANDINGAN DEBAT INTEGRITI

Tempat: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor

Tarikh: 8-12 Mei 2009


PERTANDINGAN DEBAT PIALA SULTAN ZAINAL ABIDIN (PISZA)

Tempat: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu

Tarikh: 15-18 Mei 2009


PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN

Tempat: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Tarikh: 24-28 Mei 2009


Kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghantar penyertaan secepat mungkin. Pemilihan akan diadakan pada 26, 27 dan 28 mac 2009 (masa akan diberitahu kemudian)

Maklumat pemilihan:
  1. Anda boleh menghantar penyertaan secara berkumpulan (3 orang) atau individu.
  2. Pemilihan akan dilakukan berdasarkan prestasi individu, bukan pencapaian berkumpulan
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 25 MAC 2009

Usul yang akan diperdebatkan:
  1. Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat
  2. Penubuhan SPRM Relevan
  3. Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
  4. Pelan Integriti Nasional Menjamin Kemakmuran Negara
  5. Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
  6. Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nurul Hadijah: 017-9442674 Izzatul Huda: 017-9226443

Tiada ulasan: