Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor pada 14 Februari 2009 hingga 14 Mac 2009. Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab DEMI. Namun, pada tahun ini format pertndingan telah diubah sedikit iaitu pertandingan kali ini akan diadakan secara interfakulti.
Apa yang menarik, pertandingan ini juga diadakan untuk memilih pendebat UMT dimana para pelajar yang dilihat berpotensi untuk menjadi pendebat, akan berpeluang untuk mewakili universiti dalam pertandingan debat akan datang seperti Pertandingan Debat Perpaduan dan Debat Alam Sekitar.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda amatlah dialu-alukan. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu mengenai struktur perdebatan atau teknikalnya kerana kami telah menyediakan satu Bengkel Pengenalan Teknikal dan Penghakiman Debat kepada para peserta untuk mendedahkan kepada anda mengenai struktur perdebatan yang sebenarnya.
Penyertaan dibuka kepada dua ketegori iaitu kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Setiap program diwajibkan menghantar SEKURANG-KURANGNYA SATU PASUKAN yang terdiri daripada 3 pendebat utama dan seorang pendebat simpanan.
Berikut adalah tentatif pertandingan:-
JADUAL PERTANDINGAN
PENDAFTARAN PERTANDINGAN DEBAT PADA:
Tarikh : 1 Februari 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Asrama Fasa 1
BENGKEL PENGENALAN TEKNKAL DAN PENGHAKIMAN DEBAT KEPADA PESERTA
Tarikh : 14 Februari 2009
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Kompleks Kuliah
PUSINGAN 1
Tarikh : 27-28 Februari 2009 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilk Kuliah, Kompleks Kuliah
Fakulti : FST(27 Februari 2009) dan FPE (28 Februari 2009)
PUSINGAN 1
Tarikh : 6-7 Mac 2009 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilk Kuliah, Kompleks Kuliah
Fakulti : FMSM (6 Mac 2009) dan FASM (7 Mac 2009)
PUSINGAN SUKU AKHIR(pagi) DAN SEPARUH AKHIR(petang)
Tarikh : 13 Mac 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilk Kuliah, Kompleks Kuliah
Fakulti : SEMUA FAKULTI
PERTANDINGAN AKHIR
TARIKH : 14 MAC 2009
TEMPAT : AUDITORIUM PSNZ
Sesungguhnya debat merupakan antara aktiviti yang mampu melahirkan para mahasiswa yang cemerlang disamping menjadi medan mengasah minda dan memperluaskan wadah ilmu seterusnya mengukuhkan daya kritis dan analitis para mahasiswa. Jadi, diharapkan semua pelajar UMT turut serta dalam memeriahkan pertandingan ini. Berilah sokongan kepada rakan-rakan yang mewakili program anda. Semoga Berjaya!!
9 ulasan:
Perenggan pertama kata format interfac. Kemudian seterusnya kata setiap program wajib hantar sekurang-kurangnya satu pasukan?
i think should be inter-program
or inter-courses?
thanks kak amni n abg uzair..
sebenarnya, kami katakan peringkat interfact tu sebab untuk peringkat saringan,perlawanan hanya berlaku antara program-program dalam fakulti sahaja.
contohnya, macam 27 feb tu, FST je. 28 feb, FPE.
jadi, pasukan yang berjaya bertahan sampai akhir tu yang akan mewakili Fakulti masing-masing..
Untuk peringkat separuh akhir tu, hanya wakil fakulti yg akan bertanding dan hanya 2 fakulti je yg akan bertemu di peringkat akhir..=)
kire juara fakulti akan bertemu juara fakulti la ye..kuar la teori fakulti masing2 nnt..boley la g2!
hmmm.. intercourse debate.. yeah, i've done that.. hahaha.. anyway...
I think it's better that the tournament have this format going.. it's a good way to see what are the pros and cons of having such method.. for my assumption, i feel this would increase competition within the faculties and get even more students interested...
for the judges, is it enough? or are you guys going to train new judges as well?
debat inter-course rupanya. Korang ni dah buat salah tafsiran lah. Tapi masih lagi kesian kat team baru dapat bertanding sekali jek. Kenapa tak guna power match yek? nanti byk perlawanan yg tak seimbang. Tapi yang bagusnya, persaingan kali ni lebih sengit kerana semua team perlu all out.
hehehe... Aku pun xpaham lg pasal perlawanan kali ni...
first time...
debate bi pnye adju sape wei?
Assalamualaikum,
Seronok juga rasanya berkongsi idea dengan kalian semua. Yang digaduhkan format ni apasal? Biarlah... Lagipun rasanya format tidak berubah. Format Pertandingan masih lagi Debat Ala Parlimen kan? Dan kiranya pun pasukannya diubah kepada intercourse atau interfaculty maka itu namanya tak ubah format.Itu namanya perubahan dari segi penyertaan sahaja. Kosmetik aje pun perkara ni. Apa-apa pun kalian perlu mengkaji apa yang boleh dilakukan bagi memastikan ADA penyertaan dari kursus / fakulti yang dijemput. Bagi usaha ini mintalah MT Kelab DEMI membuat lawatan rasmi ke fakulti-fakulti serta mengatur temujanji dengan Dekan Fakulti bagi meyakinkan mereka agar terlibat sama melalui penyertaan pertandingan. Jika tidak sampai bilapun bakat yang sepatutnya dicungkil akan gagal ditemui. Buatlah lawatan ke fakulti-fakulti dan tiada ruginya pun kalau kalian dapat mengaturkan "demo" debat beberapa siri menjelajah seluruh UMT. (Pilihlah debators yang okay-okay dalam DEMI). Barulah nampak kelangsungan DEMI dan kerelevanannya di dalam marcapada Debat masakini.
Ini cadangan sayalah....
Catat Ulasan