05 Disember 2008

Rangkuman Debat Diraja.







Pasukan Pendebat BM

Team Utama A : Ali, Aini, Jijah, Dj
Team Utama B : Erni, James, Intan, Din
Team Muda : Shahrul, Nasrul, Helmi, Hamka

Pembantu Pendebat : Huda, Shafiq, Po-G, Syikin.
Hakim dari UMT : Encik Azrul, Puan Rozita dan Cik Fizah

Keputusan Pertandingan (Sumber : akademidebat.com)

SEKILAS JOHAN DEBAT DIRAJA (PASUKAN UTAMA)

1995: UIAM

1997: UKM

1999: UIAM

2000: UTM

2001: UIAM

2002: USM

2003: UMS

2004: UMS

2005: UPM

2006: UM

2007: UIAM

2008: UPM


UPM Juara Kategori Utama Debat DiRaja 2008

(Sumber : Alumni Debat Malaysia (ADAM))

3 Disember 2008, Gombak - Pada 2 Disember 2008, jam 2.00 petang Pertandingan Akhir Debat Di Raja Bahasa Melayu Kategori Muda telah diadakan di Auditorium Utama UIAM. Pertandingan kali ini menemukan pihak kerajaan daripada USM dan pihak pembangkang daripada UPM. Usul yang diperdebatkan adalah "Menangani Masalah Alam Sekitar Tanggungjawab Negara Dunia Ke 3". Perlawanan kali ini hanya boleh diklasifikasikan sebagai baik. Konsep yang dibuka oleh pihak kerajaan agak rumit. Di pihak pembangkang pula ketiga-tiga pendebat kurang konsisten dalam melawan kes. Pihak kerajaan mengemukakan konsep yang agak truistik hanya untuk membincangkan apakah peranan negara dunia ke 3 dengn merujuk kepada negara membangun sahaja. Pihak pembangkang mempersoalkan tentang dunia ke 3 itu kerana ia bukan sahaja melibatkan negara membangun tetapi juga negara mundur. Namun pihak pembangkang gagal membuktikannya kerana di dalam penghujahan di pihak mereka tidak pernah diceritakan tentang negara mundur. Penghujahan mereka berlandaskan kepada kekangan-kekangan yang dihadapi untuk membuktikan premis mereka. Mutu perlawanan masih boleh ditingkatkan kerana respon daripada kebanyakan pendebat yang hadir pada perlawanan itu kurang memberangsangkan. Akhirnya kemenangan berpihak kepada USM dan pendebat terbaik adalah Nor Fara Syazwani daripada UPM. Kemudian pada sebelah malamnya pula lebih kurang jam 8.00 malam telah diadakan Pertandingan Akhir Debat Di Raja Bahasa Melayu Utama di Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC) UIAM. Pertandingan kali ini menemukan pihak kerajaan daripada UPM dan pihak pembangkang daripada UIAM. Usul yang diperdebatkan adalah “Rumah Putih Cuma Bertukar Warna”. Perdebatan kali ini boleh diklasifikasikan sebagai amat baik. Pertembungan hujah berlaku di antara kedua-dua pihak secara intelektual dan hebat. Pihak kerajaan mengunjurkan konsep dengan amat baik sekali dan pihak pembangkang juga melakukan tugas mereka dengan baik. Namun, ada sedikit permasalahan berlaku yang dapat dilihat di meja pembangkang, mereka melawan kes dengan mengatakan hujah pihak kerajaan berasaskan spekulatif semata-mata, tetapi apa yang lebih jelas, hujah di pihak mereka sendiri lebih spekulatif kerana mereka hanya menggunakan manifesto-manifesto Obama ketika pilihanraya yang sukar untuk dibuktikan yang ia mampu mengubah dasar karajaan Amerika. Pihak kerajaan pula membuktikan kes mereka melalui dasar-dasar Amerika yang sukar dipinda, sejarah presiden terdahulu yang lebih realistik Akhirnya kemenangan berpihak kepada UPM dengan juri 4-3 dan pendebat terbaik kali ini dimiliki oleh saudara Amiruddin daripada UPM.

- Oleh nawhki

-
Rujukan Lain : (1) (2) (3) (4)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

laporan setiap pasukan junior dan senior?

Tanpa Nama berkata...

post didapati dicuri dari http://alumnidebatmalaysia.blogspot.com/2008/12/upm-juara-debat-diraja-2008.html

buat malu kelab kalau post begini. Sila ambil perhatian, jgn diulangi. Blog perlu pembaharuan.

Tanpa Nama berkata...

UPM Juara Kategori Utama Debat DiRaja 2008

(Sumber : Alumni Debat Malaysia (ADAM))

3 Disember 2008, Gombak - Pada 2 Disember 2008,



post ini sudah di sertakan dengan hyperlink ke post asal. telah di creditkan.
harap jangan buat tuduhan.

dan ya. blog tetap perlu pembaharuan.

Tanpa Nama berkata...

buat pengkritik bebas tu, jgn nak baling batu sorok tangan. Kritik tahu, nak membangun apa idea kamu?

Tanpa Nama berkata...

Kepada Pengkritik Bebas,

Pertama, minta maaf kerana sy terpaksa copy daripada blog lain atas faktor kekangan masa dan faktor ketepatan fakta.

Kedua, salinan artikel atau berita yang dipaparkan didalam blog ini turut disertakan dengan sumber.

Ketiga, Selalulah berkunjung kedalam blog ini ye... Blog himpunan seumber informasi dunia debat didalam dan di luar UMT....

Padat dan tepat....

Tanpa Nama berkata...

Ya... pernah terlintas difikiran sy utk upgrade blog ini menjadi sebuah laman web.... tp perlukan peruntukan kewangan dan komitmen yang tinggi daripada pengendali dan penulis-penulis...

bayangkan url blog ini menjadi

www.demi-umt.com
www.demi-umt.com.my
www.demi-umt.org
www.demi-umt.my

Semua itu tak menjadi mustahil jika kelab kita byk wang...

buat masa ni, kita hanya mampu meneruskan agenda penyebaran maklumat di medan maya melalui saluran blog percuma...

diharap semakin ramai pengunjung didalam blog ini...

Tanpa Nama berkata...

idea demi ada url sendiri tu memang menarik. memang nampak gah. buat url selalunya perlu sumber kewangan yang besar. justeru, kita kena guna pendekatan mengkomersialkan web kita. kita buka untuk tujuan pengiklanan.lihat sahaja bagaimana malaysiakini.com menggunakan RPK untuk tarikan dan meniggikan nilai komersial web mereka. sebelum kearah itu, ingin saya nasihatkan agar pembangunan blog ini perlu lebih menyeluruh kepada semua siswa, jadikannya wadah untuk semua siswa sebagaimana blog2 terkemuka yg lain. alhamdulillah, tak sampai setahun sudah ada 3 ribu kunjungan ke blog, namun saya yakin itu kunjungan yang berulang dari ahli sendiri sahaja. kenapa tidak kita lebih terbuka membincangkan isu disamping mengkomersialkan kelab. mungkin selepas blog demi berada di suatu tingkat yang lebih tinggi dari sekarang, tidak mustahil untuk membuka url sendiri dan sama-sama kita peroleh manfaatnya. Renung-renugkan dan selamat beramal.....

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya, untuk mengkormersialkan sesuatu barangan, kita perluy cari apa yang orang/pelanggan nak.

Dalam konteks UMT, kebanyakan student sukakan aktiviti santai san adakalanya menuntut kepada dunia glamour. Mereka tak suka yg serius2...

Sebeb itu, sy membuat poster ala-ala band... dan syukur ramai yang bg respon positif disamping ada junior sy yg acap kali bertanya apa itu DEMI... itu satu perkembangan positif