29 Disember 2008

DEBAT DIRAJA 2008 -ULASAN

Para penulis Blog kelab Debat Mahasiswa Intelektual memohon maaf diatas kelewatan membuat ulasan ringkas mengenai perjalanan pasukan UMT semasa berlangsungnya Pertandingan Debat paling berprestij di Malaysia iaitu Debat Diraja. Pertandingan ini berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Untuk Edisi Kali ini, UMT telah menghantar 3 pasukan Debat Bahasa Melayu dan 3 Pasukan Debat Bahasa Inggeris. Berikut merupakan senarai nama pasukan debat UMT kategori Bahasa Melayu.

Penasihat : Puan Rozita
Jurulatih : Encik Azrul
Alumni yang hadir : Cik Fizah dan Encik Albar Sharie (Zain)
Ketua delegasi Pasukan : Cik Huda
Pasukan UMT UTAMA A : Aliashim,Quratul'aini,Mahfuzah, Hadija dan Shafiq.
Pasukan UMT UTAMA B : Erny Haslina, James, Intan Shazlin, Izzuddin dan Shikin.
Pasukan UMT MUDA : Shahrul, Nasrul, Helmi, Hamka dan Fauzee.

Untuk Kali ini, Pasukan UMT tersungkur di pusingan liga dimana Pasukan UMT tidak layak mara kepusingan berikutnya. Pasukan UMT UTAMA A menang 3, Pasukan UMT UTAMA B menang 2 dan Pasukan UMT MUDA menang 2.

Walaubagaimanapun, Pasukan UMT telah menunjukkan sedikit peningkatan dari sudut kerjasama dan persembahan. Pelbagai masalah yang menjadi punca kekalahan telah dapat dikesan dan ini telah menuntut untuk membuat sedikit pembaharuan dari sudut penyampaian konsep dan fakta. Kemungkinan pasukan UMT akan membuat sedikit pembaharuan dari segi strategi pasukan memandangkan terdapat beberapa taktik atau teknik penghujahan yang tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini. Ia termasuklah dari segi susunan definisi usul, gaya rentak hujah dan penerimaan atau penolakan konseptual.

Dengan kemunculan bintang debat muda UMT, satu sinar baru bakal menerangi semula harapan pasukan Debat UMT untuk menjadi pasukan Gergasi Debat Pantai Timur dan insyaallah akan menjadi muka baru kuasa Debat Intervasiti Malaysia. Pembangunan Debat di UMT suatu ketika dahulu sedikit lembab memandangkan ketiadaan jurulatih dan kekurangan ahli. Namun demikian, beberapa pendebat Hebat telah dilahirkan seperti Albar Shahrie, Azrul, Laila dan ramai lagi.Sekarang UMT telah mempunyai Jurulatih sendiri dan mendapat sokongan kuat daripada pihak HEP, ditambah lagi UMT kini mempunyai barisan pendebat baru yang bakal membawa nama UMT keperingkat yang lebih tinggi.Maka, tidak mustahil UMT bakal membuat kejutan.

Siapa tahu, Suatu masa nanti UMT akan berada di pentas Akhir Debat Diraja !!!


"Gemuruh Jiwa, Semangat membara"!!
Penulis berjiwa Debat,
ALI XY

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sape ngajo eja nama i ol like dat?
jawab???