08 Julai 2008

LAYAN BLUES...

Mesti ada yang teringat pergi sekolah masa di waktu sekolah rendah dahulu bawa 50 sen sehari. Bawa bekal air, nasi kicap dan ayam goreng. Nasi lemak kat kantin sekolah 30 sen, air 20sen. Kalau cikgu suruh bawa gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon. Batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Kertas warna koyak kecil-kecil tampal buat kolaj. Perasaan bangga kononnya diri inilah paling kreatif di dunia.

Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blouse biru, baju putih juga. Biasalah kita 'skodeng' aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka 'match' kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat sampai terangkat-angkat. Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampar, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita.

Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, bomba. Aku jawab aku nak jadi doktor haiwan, sebab aku suka main dengan kucing. Kawan aku cakap nak jadi posmen. Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki. Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira menang, daun itu jadi hak milik kita.

Hari ini kita semua dah bergelar mahasiswa. Rakan yang main guli dengan kita dahulu entah kemana. Untung kiranya kita bergelar insan terpilih memasuki IPT tatkala rakan-rakan lain masih menyepi di halaman sendiri. Selamat datang ke alam universiti. Mungkin kita lah yang menjadi harapan kampung sendiri. Hari ini, ramai masuk IPT terus lupa diri. Terus lupa tanggung jawab sendiri. Tak tahulah apa yang dicari. Ada yang hanyut dengan segala macam aktiviti, ada yang masih terus menyendiri, tak kesah lah kerna semuanya sudah tahu fikir sendiri.

Warga DEMI mengucapkan selamat datang buat adik-adik yang baru mengenali DEMI. Percayalah, inilah satu-satunya keluarga terdekat anda sepanjang pengajian di UMT ini. Anda bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengenali kami.

Salam penuh kemesraan,
MOHD UZAIR RUSLI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hihi...mmg layan blues wktu bc ni....
lm sgt dh x jmpe kawan2 skolah rendahh dolu2...rindu zaman ni..zaman2 nakal..hehe..

makan dlm kelas pun pengawas nk ambil nama...haha