21 Mac 2008

Sekilas Debat Piala Naib Canselor 2008

Assalammualaikum dan slam sejahtera,


Pada 20 dan 21hb Mac 2008 telah berlangsung Pertandingan Debat Piala Naib Canselor. Pertandingan yang disertai 10 pasukan dari pelbagai program. pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang melibatkan sebanyak 5 perlawanan yang berlangsung selama 2 hari. Pada 21hb Mac 2008, 4 pasukan teratas akan memasuki pertandingan peringkat separuh akhir yang bakal menentukan siapa yang akan berentap di pentas akhir.

Walaupun penyertaan yang kurang memberangsangkan, namun, sambutan dan sokongan sepanjang pertandingan amat membanggakan. Pasukan yang bertanding masing-masing bersedia dengan jentera penyokong dan penyelidik masing-masing. Perdebatan yang berlangsung di kompleks kuliah telah menyaksikan ramai muka baru yang amat berpotensi. Apa yang diharapkan, perjuangan pendebat-pendebat tidak berakhir di sini. Kelab Debat Mahasiswa Intelektual sentiasa mengalu-alukan dan menantikan kedatangan anda ke kelab yang berprestij ini.

Penganjuran debat Piala Naib Canselor ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Universiti Malaysia Terengganu dalam Pertandingan di perinkgkat kebangsaan nanti. Selamat maju jaya kepada semua! Majulah debat dalam Peradaban!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Debat PNC ni berjaya menonjolkan muka-muka baru dalam perdebatan. Tahniah buat SHAHROL atas kejayaan membimbing Diploma Ikan ke separuh akhir. Secara peribadi saya cukup kagum dengan prestasi beliau dan beliau hampir mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk bertanding di luar. Saya turut kagum dengan JAMES dan JIJAH atas kesungguhan anda dan keserasian anda berdua sebagai satu pasukan. Buat adik2 yang lain, contohilah mereka bertiga ini. Banyakkan latihan untuk mempertingkatkan kematangan dalam debat. Jangan sesekali merasai diri kita sudah bagus dan pandai, sesungguhnya itulah saat kita hampir leka dan lalai. Pendebat tidak seharusnya bermain dengan emosi ketika latihan. Biar akal yang mengawal emosi, jangan biarkan emosi yang mengawal akal.