14 Februari 2008

Terkini dari DEMI - Debat Inter-fakulti [EDISI 1]

assalamualaikum salam sejahtera...

Sempena dengan Piala Naib Canselor yang bakal berlangsung (sila rujuk Takwim Debat) dan juga Debat Alam Sekitar kelak, ahli-ahli kelab kelab DEMI telah membuat satu perbincangan dan cadangan untuk menambahkan satu lagi agenda terbaru untuk dimuatkan dalam kalendar HEPA Universiti Malaysia Terengganu.
Program tersebut adalah berbentuk pertandingan debat sehari bersama wakil-wakil dari fakulti-fakulti di Universiti Malaysia Terengganu. Acara ini diadakan dengan objektif serampang dua mata, iaitu untuk membuat promosi awal mengenai debat dan Piala Naib Canselor dan persediaan untuk memilih wakil ke pertandingan Debat Alam Sekitar di Universiti Malaysia Sabah.
Para pendebat dan yang berminat diharakan bersedia dengan bersungguh-sungguh, ini kerana hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik dari keseluruhan mahasiswa dari fakulti masing-masing sahaja yang akan terpilih untuk enyertai pertandingan yang dijadualkan berlangsung bulan ini.
Program ini bermatlamat untuk mempamerkan tahap intelektual para mahasiswa untuk mengemukakan fakta dan menghuraikan penjelasan yang menunjukkan tahap intelektual mahasiwa Universiti Malaysia Terengganu. Sementelah itu, para pendebat khususnya ahli kelab DEMI...apa lagi...bersedialah untuk merebut peluang keemasan ini.

Sekian bertemu lagi di edisi akan datang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus2.. bila tarikh tu?? jgn wat dekat2 nak pilihan raya dah le..
kama, akak dah alter..