05 Mac 2013

Pesta Buku UMT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 25 Februari 2013 yang lalu, Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah diberi peluang untuk mengadakan persembahan debat sempena Pesta Buku yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu. Perdebatan yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk budaya cintakan ilmu dalam kalangan mahasiswa/i UMT, menyuburkan seni pengucapan awam dan mengangkat intelektual mahasiswa/i dalam isu penggunaan baucer buku.

Usul yang telah diperdebatkan berbunyi, 'Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M): Integriti mahasiswa dipertikai".
Perwakilan kerajaan telah diwakili oleh Mohd Shahrul Hafiz B. Abd Ghani, Siti Nurziana Bt Saleh dan Nur Syuhadah Bt Zulqurnain. Manakala pembangkang diwakili oleh Nur Fatin Nadhirah Bt Mohd Nasir, Nur Umira Bt Sabri dan Nur Liyana Bt Mohd Shuhairi.

Kerajaan menyokong usul dengan berhujah mengenai penyalahgunaan baucer buku oleh mahasiswa apabila mereka menjual baucer tersebut, melakukan penukaran hak milik dan membeli bahan bukan ilmiah. Pembangkang pula membangkang usul dengan hujah balas iaitu waktu pemberian baucer yang tidak sesuai dan wujudnya mekanisma untuk mengawal perlakuan tidak berintegriti mahasiswa tersebut. Dewan sedikit gamat apabila pendebat ketiga melakukan kerja- kerja bidasan.

Usai perdebatan, pihak penganjur telah memberikan cenderahati berbentuk sijil, jam dan novel beserta autograf daripada penulis novel tersebut kepada para peserta.

Semoga aktiviti yang mengangkat intelektual mahasiswa sebegini akan diperbanyakkan di Universiti Malaysia Terengganu. Sekian, terima kasih.








Tiada ulasan: