11 September 2011

SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pada kali ini pihak ahli majlis tertinggi kelab DEBAT MAHASISWA INTELEKTUAL UMT mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa baru UMT kerana terpilih untuk menyertai sebuah universiti antara yang terunik di Malaysia kerana bidang teras UMT adalah kesamuderaan ataupun pengajian marin. UMT juga dikenali sebagai antara institusi yang terkenal sebagai rujukan utama pengkaji- pengkaji marin.


Berbalik kepada perihal kelab DEMI, kami sebagai ahli sangat mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baru dalam kelab ini supaya bakat- bakat baru bidang debat dapat dikembangkan. Secara ringkasnya, kami sangat memahami masalah mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyampaikan hujah. Ada yang tergagap- gap,tidak teratur butiran kata dan sebagainya. Memang ada antara pendebat yang memang berbakat namun berdebat bukanlah mengenai bakat tetapi kemahiran ini boleh dilatih 'from zero to a hero. Anda akan dilatih secara komprehensif dan takkan ditinggalkan begitu sahaja. sahutlah cabaran ini kerana berdebat merupakan salah satu kemahiran insaniah yang sangat diperlukan dewasa ini.





Antara pertandingan yang kebiasaannya dipertandingkan oleh Majlis Debat universiti- universiti Malaysia.


1. Debat Piala Sultan Zainal Abidin
2. Debat Alam Sekitar
3. Debat Perpaduan
4. Debat Kemerdekaan
5. Debat Piala Diraja

Tiada ulasan: