29 Disember 2009

Tahun Baru Yang Meriah

Assalamualaikum.

Sudah begitu hampir ke tarikh 1 Jan 2010. Tersusun sudah agenda yang bakal menerjah di tahun 2010 kelak. Pelbagai pertandiangna akan berlaku secara back to back (satu pertandingan bersambung satu pertandingan). Berikut adalah diantaranya:

1. Debat Institut Kefahaman Islam (IKIM) 12 Februari 2009
2. Debat Piala Naib Canselor (PNC) Februari 2009
3. Debat Integriti Mac 2009

Umum memaklumi, sudah lama Universiti Malaysia Terengganu tidak menghantar wakil ke debat ikim. Harap-harap 'comeback' yg menjadi. Untuk pengetahuan, debat IKIM amat terkenal dek habuan sang pemenang yang paling lumayan (rm15, 000 utk Johan) antara pertandingan-pertandingan yg lain. Tambahan pula, bermula 2009, hadiah berupa geran utk Kelab Debat bernilan rm10,000.00 turut disediakan. Lumayan kan?

Namun, harus diketahui, format dan cara pemarkahan debat IKIM sedikit berbeza, yang mana tiada aras had yang tertentu utk pemarkahan pasukan. Makna katanya, 0 markah adalah tidak mustahil, begitu juga 100 markah. Maka bersedia lah ye? Jangan salah kan Juri pulak tau. Mereka ada hak. :D Dan yang lebih menarik, syarat pertandingan yang meletakkan diwajibkan pendebat wanita UTAMA, makna nya pendebat wanita yang berdebat, tidak dibolehkan sekadar hiasan. Menarik.

Debat IKIM juga menggalakkan penyertaan bukan Islam dalam pertandingan ini. Bersesuaian lah dengan institut kefahaman islam kan?

Debat Piala Naib Canselor kali ini pada pendapat saya, benar-benar menjadi satu platform utk kita mencungkil bakat2 yang masih mentah. Ini kerana saya difahamkan, junior 2nd year DEMI dan senior DEMI tidak terlibat sebagai peserta pertandingan PNC kali ni. Menarik kan? Jadi, kita akan dihidangkan dengan bakat mentah yang menunggu peluang utk kita gilap menjadi pelapis debat Universiti Malaysia Terengganu. Tidak sabar rasanya ingin melihat fenomena itu.

Harapan saya agar PNC dapat berjalan lancar kerana bagi saya, ini adalah latihan asas bagi menyediakan kita sebagai tuan rumah Debat Alam Sekitar nanti.

Debat Intergriti pula adalah satu pertandingan yang sy nantikan secara peribadi. Rasional, kita sepatutnya sudah cukup bersedia untuk memulakan latihan intensif. :)
Dan harap-harap ada sesuatu untuk kita nnt.

Sebagaiman lazim, setiap pertandingan akan diadakan sesi latihan umum, pemilihan dan latihan intensif. Jadi, bagi yang berwawsan, bersedia dan berusahalah.

Sekian.

9 ulasan:

UzaiR Rusli berkata...

good luck guys...

UzaiR Rusli berkata...

kali kedua dalam tempoh seminggu saya menjenguk blog ni, seperti biasa suram yang menampakkan siswa siswi makin lesu dan lemau. Mungkin kalian semua sibuk dengan tugasan di awal semester. Mungkin tak berminat dengan blog kelab lagi. Lihat kepada post terbaru, kalau tiada kakak yang berstatus "Alumni" itu rajin menuliskan untuk kalian, blog ini akan kelihatan tidak dinamik langsung. tahniah buat kama yang masih tekun dengan penulisan blog kelab ini.

mungkin alumni tak tahu betapa sibuknya siswa siswa zaman sekarang. Tapi yang peliknya facebook setiap masa ada sahaja yang rajin update status. Kenapa yek? mungkin blog ini kekurangan medium yang mampu mengangkat mereka menjadi "public figure" khayalan siswa siswi kini...

tiada lagi ker isu-isu yang menarik untuk dibincangkan di sini?

aliashim berkata...

Mungkin ke strategi menulis artikel2 isu panas yang saya praktikkan dulu bole 'memanaskan' lagi blog ni? Harap junior2 berani untuk buat artikel sebegitu, yang penting tidak menyentuh isu agama, perkauman dan keturunan.

tapi kena tanggung la klu ada yang asak korang... hehehe

p/s: sangat berpengalaman kena asak...;)

Pintas A! berkata...

uzair: komen anda membuat kan sy rs ingin tutop tutup sahaja blog ni. klu dah mereka yang berpayung di bawah nama DEMI sendiri tiddak berminat. kenapa agaknya perlu ALUMNI bersungguh-sungguh kan?



ali: artikel isu panas hanya bersifat sementara dan mengundang pelbagai isu berbangkit yg lain. pengalaman diukur bagaimana utk menaikkan blog tanpa kontroversi.

harap-harap ada yg tampil utk letakkan kayu ukur Debat Mahasiswa Intelektual disini.

Tanpa Nama berkata...

kan..... walopon x menyumbang apa2 kat blog ni, tp jgn x taw ye saya kerap gile view blog ni, sbb nk jugak taw apa2 pekembangan adek2...

~ azr

UzaiR Rusli berkata...

Ali: tak perlu letak sebarang kontroversi pancing populariti, ini bukan dunia artis. hehhehe just joking. Takpe lah itu cara Ali, mungkin mereka ada cara tersendiri dengan menyepi kot...

Azr: macam mana kita nak tahu perkembangan mereka abg azrul, mereka tak update pun. Yang update si Kama sorang jek lah. Eventually, kita tahu perkembangan Kama sorang jek lah. (Eh badan Kama pun nampaknya dah kembang, Bahaya tu)

Pintas A! berkata...

hoi hoi. kuang asammm. aku tgh diet ni. ko mane tauu. nnt aku slimm. sempena ko kawen nnt :D

perkembangan dorg ek?
hati dan perasaan yg berkembang kot. hahah

UzaiR Rusli berkata...

nanti aku suruh mak ko siapkan baju kebaya dengan potongan pinggang kerengga untuk ko.

Rugi lah sape yg x dtg majlis aku, x dpt tgk once in a life time tgk kama pakai kebaya beb...

Cik Jijah berkata...

yeay...nk tgk k.kama pakai kebaya....

tp mcm dah pnah tgk je...hehe