10 Julai 2009

Latihan Debat Pertama Sesi Julai 09/10

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya latihan debat yang pertama untuk semester ini, iaitu sesi Julai 09/10. Dengan usul '1Malaysia Hanya Retorik', pertembungan berlaku antara pihak kerajaan yang terdiri daripada Nasrul, Faris dan Jijah manakala trio pembangkang pula ialah James, Shahrul dan Helmy. Secara keseluruhannya, perdebatan semalam berlaku dengan menarik dan memuaskan. Boleh dilihat beberapa orang pendebat UMT yang semakin menonjol dan membuat persembahan yang lebih menarik berbanding semester lepas. Tahniah diucapkan kepada semua. Ternyata penyertaan dan penglibatan anda dalam pertandingan-pertandingan debat yang lepas berjaya meningkatkan mutu perdebatan masing-masing. Apa yang penting, kita janganlah mudah rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kita masih mendaki untuk ke atas. Lebih gigih kita berusaha, lebih tinggi kita akan naik dan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan berada di puncak. Amin.

Selain itu, latihan ini juga merupakan satu permulaan yang baik apabila ramai junior baru yang turun menonton dan turut sama menyertai sesi perbincangan latihan debat yang pertama untuk semester ini. Walaupun mereka masih baru dengan corak perdebatan universiti, mereka cuba untuk melibatkan diri dan memahami perdebatan yang berlangsung. Diharapkan kepada junior-junior baru ini, teruskan memberi komitmen dan belajar dari kakak-kakak dan abang-abang ini. Semoga kita akan berjaya menaikkan martabat UMT dan meletakkan pendebat DEMI UMT sebaris dengan pendebat-pendebat IPT lain yang disegani. Jangan malu untuk bertanya, jangan malas untuk belajar, jangan diam apabila tahu dan jangan kedekut apabila ditanya. Marilah kita sama-sama belajar dan sama-sama menuntut ilmu. Majulah debat dalam peradaban.















Barisan kerajaan dan pembangkang sedang berdebat
















Sesi perbincangan dan analisis mengenai perdebatan yang telah berlaku

Tiada ulasan: