01 April 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN PESERTA KE PERTANDINGAN DEBAT IPT MALAYSIA 2009

Seperti yang diketahui umum, pada 26 dan 27 mac yang lalu telah berlangsungnya pemilihan peserta ke Pertandingan Debat IPT Malaysia 2009. Seramai 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini di mana setiap pasukan terdiri daripada 3 orang sekaligus menjadikan jumlah peserta adalah seramai 24 orang.

Hakim-hakim yang telah mengadili pemilihan ini ialah Puan Rozita, Encik Azrul, Encik Uzair, Cik Kamaliah dan Cik Maizah. Umumnya, para hakim berpuas hati dengan persembahan para peserta walaupun rata-rata peserta masih terikut-ikut dengan cara dan teknik perdebatan sekolah menengah.Namun begitu,kebanyakan dari mereka mempunyai kebolehan untuk berdebat yang boleh digilap lagi.

Selesai sahaja pertandingan, para hakim telah berbincang dan memutuskan untuk memilih 12 orang peserta untuk dibawa mewakili Univesiti Malaysia Terengganu ke Pertandingan Debat IPT pada bulan Mei ini.

Peserta yang telah terpilih ialah:
  • Hazimin Bin Haziq
  • Muhammad Faris Bin Saharuddin
  • Muhammad Nasrul Hadi Bin Azhar
  • Mohd Helmy Bin Mokhtar
  • Izzuddin Bin Aziz
  • Erny Haslina Binti Abdul Latib
  • Intan Shazlin Binti Tajul Ashikin
  • Nor Qurratu’ Aini Binti Zainudin
  • Sugandan
  • Mohd Shahrul Hafiz Bin Abdul Ghani
  • Hamka Bin Jaafar

Tahniah diucapkan kepada semua yangterpilih. Bagi peserta yang tidak tersenarai, anda masih mempunyai peluang untuk mewakili UMT kerana masih terdapat 2 kekosongan lagi. @ tempat ini akan diisi oleh para peserta yang mampu menunjukkan prestasimemberangsangkan sepanjang latihan nanti.

Kepada semua peserta yang terpilih, diharapkan selepas ini anda akan berjaya membawa pasukan UMT ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga arena perdebatan di UMT terus berkembang maju seiring dengan tahap perdebatan IPT lain di Malaysia. Dan tidak mustahil suatu hari nanti pasukan UMT akan berjaya menewaskan pasukan dari universiti lain yang mempunyai nama -nama besar dalam arena perdebatan. Majulah debat dalam peradaban!

Tiada ulasan: