04 Julai 2008

BAHASA KEBANGSAAN : BAHASA KELAS KETIGA?

Apabila anda melihat sahaja tajuk artikel kali ini, anda sudah tentu akan fikir penulis sekali lagi cuba untuk membuat spekulasi yang menimbulkan kemarahan pembaca. Tetapi saya harapkan disetiap artikel yang diluahkan oleh penulis perlu dipandang dari sudut positif dan bukannya dari sudut negatif semata-mata. Bukannya apa, cuma sekadar minta diberi peluang dan ruang yang selesa untuk penulis membuat penulisan secara bebas tanpa ada kongkongan. Penulis tahu batas-batas sebagai seorang blogger.

Baiklah, berbalik kepada isu kita pada kali ini, suka saya ingin mendedahkan kepada anda nasib yang menimpa Bahasa Kebangsaan yang "kononnya" menjadi lambang semangat bersatu padu rakyat Malaysia dan sering dilaung-laungkan sebagai simbol Bangsa Malaysia.

Bahasa melayu telah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia secara rasmi didalam Perlembagaan. Ini bermakna bahasa ini sewajarnya diangkat sebagai bahasa nombor satu dan sepatutnya dihormati dan disanjungi tetapi sayangnya...ia sebaliknya.

Sudah jadi "trademark" penulis untuk membuat penulisan asli berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian terhadap apa yang berlaku disekeliling. Untuk kali ini penulis akan menceritakan kepada anda pengalaman kerja sebagai Promoter Computer E-life Technologies di Bukit Tinggi Shopping Complex Selangor. Mesti anda tertanya-tanya apa pula kaitan kerja promoter dengan Bahasa Melayu?

Begini ceritanya...

Sebagai seorang promoter, penulis perlu fasih berbahasa inggeris atau bahasa cina. Bahasa melayu dijadikan sebagai syarat "cincai" sahaja. Yang penting pandai sikit-sikit bahasa melayu pun bolehlah... yang penting wajib tahu bahasa inggeris atau bahasa cina...

Sebenarnya penulis pun bukan fasih sangat bercakap bahasa mat saleh nie... cakap merapuh adalah.... yang penting boleh difahami... hehehe... Kadang-kadang menggelabah juga apabila customer rancak bertanya itu dan ini... berdegup-degup jantung berbunyi... dag-dig-dug...takut-takut kalau aku tak dapat membalas balik dengan jawapan yang tepat untuk setiap soalan yang diajukan.

Apabila kita bercakap mengenai bahasa kebangsaan, mesti dibenak kepala otak kita akan muncul frasa "bahasa Melayu". Sudah terpahat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Negara Malaysia, Ia Merupakan salah satu komponen yang menjadi tiang kepada maruah negara tercinta. Walaupun sudah diuar-uarkan mengenai status bahasa melayu sebagai bahasa utama negara, namun ironinya ia hanya dipandang sepi dan diabaikan seolah-olah ia hanya bahasa kelas ketiga.. Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menjadikan bahasa inggeris dan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pertuturan harian dan mengabaikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantara utama.

Mungkin kita boleh maafkan sekiranya kaum bukan melayu tidak "gemar" menggunakan bahasa melayu, namun yang menyedihkan apabila orang melayu sendiri yang seolah-olah malu untuk menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Saya boleh buktikan. Apabila anda menggantikan tempat saya sebagai promoter E-LIFE, anda akan mendapati bahawa kebanyakan orang melayu akan menggunakan bahasa inggeris.

SITUASI 1 :

ALI : Ya bang.. Boleh Saya Tolong?
Melayu 1 : hmm.. Just looking around..

1 minit kemudian..

Melayu 1 : How can i use WiFi? <----------- ayat tergantung...
ALI : hmmm.. Sorry, you mean what kind of Network accecories needed for build a wireless network?
Melayu 1 : Yes, you got it!! <----------------?????
ALI : actually you must have 3 main accesories, first modem, second router and the third one is wireless. If you want to connect to more PC, you need buy Switch.
Melayu 1 : oh.. takpalah dik... nanti abang singgah sini balik... ( Dari awal-awal tak guna BM, menyampah!!)

SITUASI 2 :

MELAYU 2 : Hello... hello...(sambil muka sombong)
ALI : Ye kak? boleh saya tolong...
MELAYU 2 : sorry i can't speak in Malay... Can you show me the cable for to connect from CPU to the LCD Monitor?
ALI : Oh kak, you mean VGA cable. Ok we have two type of VGA cable, Female to Male or Male to Male. So for to connect from CPU to the LCD is Male to male... here the item...
Melayu 2 : OK Thanks..

2 minit kemudian...

Anak Melayu 2 : Mami, mana daddy?
Melayu 2 : ada dikedai sebelah.. pi sana .. jangan kacau mami...(sambil berbisik)

Daripada kedua-dua situasi itu, dapat kita lihat bagaimana kejahilan sesetengah orang melayu yang tidak memandang tinggi bahasa mereka sendiri. bahasa yang menjadi saksi perjuangan anak-anak melayu dizaman dahulu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah durjana. Dengan menggunakan bahasa ini jugalah, propaganda perjuangan tanah melayu disebarkan diseantero malaya. Dengan Bahasa ini jugalah bangkitnya semangat nasionalisme dikalangan pemuda-pemudi rakyat Malaysia berbilang bangsa untuk menuntut kebebasan.

Dizaman yang serba canggih ini, Bahasa melayu bagai kian terpinggir. Kenapa kita tidak berpegang tangan bersama-sama menjadi benteng yang utuh untuk mengelakkan bahasa kebanggaan kita itu daripada dianiaya oleh bahasa lain akibat kelalaian pihak yang kurang bertanggungjawab. Ayuhlah kita bersama-sama memartabatkan semula Bahasa Melayu supaya ia tidak terus menerus reput terabai dan mungkin hilang tidak bersisa kelak...

P/S penulis meminta maaf kerana tidak menggunakan perkataan atau ayat yang formal dalam penulisan ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa salah dengan situasi yang pertama? Kalau orang tu nak cakap BM pada ayat terakhir, biar jer lah. Honestly, I'm feeling offended as I'm interpreting your message of talking bilingual would deserve a pie in the face. We can't control how one person would communicate, but to preserve the language is up to us as a Malaysian to pass down the knowledge to our future generation. I mean the parent in the 2nd situation proves herself to be a pathological liar, but hey, it's not like any of us can be the savior of the day and make the mother to not behave in that manner. Deal with it dude, we can't be like the Japanese or the French and go to the customers and say, "Bahasa Inggeris tidak dibenar cakap dalam kedai ini."