23 Jun 2008

DEMI lahirkan saintis muda

Kelab DEMI telah mencipta sejarah tersendiri pada National Research and Competition (NRIC 08') yang berlangsung pada bulan Mei yang lalu. Untuk pengetahuan semua, dua orang penyelidik muda kita menyertai rombongan besar penyelidik UMT yang berjumlah 15 orang kesemuanya. Mereka ialah Saudara Mohd Uzair Rusli dan juga Saudari Kamaliah Kasmaruddin. Pertandingan yang turut disertai universiti terkemuka tempatan ini bertemakan Innovation Towards Sustainable Transformation telah berlangsung selama 5 hari di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.



Para penyelidik UMT telah berjaya memenangi 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Yang paling menarik perhatian, emas tunggal ini telah disumbangkan oleh Saudari Kamaliah iaitu warga Kelab DEMI kita sendiri. Kejayaan ini merupakan pencapaian yang kedua buat Kelab DEMI selepas Saudara Syahmi Mokhtar iaitu mantan presiden kita tahun 2005/2006 telah turut berjaya merangkul pingat emas pada tahun 2007.

Penyelidikan saudari Kamaliah yang berjaya menambat hati para juri ialah penghasilan produk kosmetik daripada kulit belangkas. Mungkin gaya kepetahan beliau mampu meyakinkan para juri ketika sesi penghakiman.

Diharapkan, kejayaan ini tidak hanya kekal menjadi sejarah kelab semata. Buat kesemua warga Kelab DEMI, tingkatkan usaha kalian kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Untuk menjadi bangsa yang berjaya, kita mesti menjadi bangsa yang dirujuk.

Tiada lagi waktu rehat untuk kita semua. Kita mesti menjadi pejuang yang tulen dan pahlawan yang perkasa. Kita mesti terus bergerak dan berlari lebih pantas daripada masa. Kita mesti memperkasakan diri sehingga tiada sesiapa yang berani menjatuhkan kita. Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri kita sendiri asalkan apa yang dilakukan oleh kita tidak lari dari perjuangan yang murni dan sebenar. Kita perlu berhadapan dengan sesiapa sahaja yang hendak bersemuka dengan kita kerana seorang pahlawan yang sejati tidak akan berundur dan hanya akan menjadi lebih kuat bila cabaran di depan mata. Biar putih tulang jangan putih mata.

Kita perlu terus bergerak ke hadapan dan jangan tunduk kepada tekanan dan kelekaan. Dalam dunia ini siapa cepat dia dapat dan kalau kita hendak perlahan maka kita akan sentiasa menjadi yang lambat dan bukan yang cepat. Kita hanya akan dibunuh dan diatasi jika kita berhenti dan jika kita terus bergerak pihak lawan pun tidak mampu mengikut rentak kita kerana kita terlalu laju dan cepat untuk dikejar oleh sesiapa.

Teruskan perjuangan kita demi sebuah kejayaan. Demi agama kita. Demi bangsa kita. Demi negara kita. Demi ibu bapa kita. Demi guru-guru kita. DEMI ......Debat dan Mahasiswa Intelektual kita!!!


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah k.kamma.....
secara jujurnya, perkara pertama yang menarik prhatian saya untuk bersama-sama kelab tercinta ini adalah apabila melihat kejayaan senior-senior semua yang memang cemerlang..
so, pendebat muda yang seangkatan...
jom sama2 tgkatkan prestasi kita..
bukan dlm dunia perdebatan semata..
walau sehebat mana kita berjaya sebagai pendebat namun apa lah mknanya jika akademik kita keciciran walhal itu adalah matlamat utama kita sebagai pelajar..jangan sampai ada orang mempertikaikan frasa 'intelektual' itu tidak lagi relevan untuk kelab kita..
seperkara lagi,sebagaimana saya sendiri yang tertarik dengan pencapaian senior2 kita sebelum ini,kita perlu kekalkan tradisi ini demi kelangsungan kelab DEMI untuk menarik perhatian junior2 baru..
sekali lagi..tahniah k.kamma...

Tanpa Nama berkata...

Siswa siswa semua kena bangkit dari lena. Kita majukan bangsa, majukan negara. Keluar dari zon selesa. Kita cuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Betul kata jijah (meskipun hanya kenal di alam siber), jangan kita terus terleka dengan kejayaan silam.

Tanpa Nama berkata...

bangkit... cepat bangkit sambil makan kuih bangkit...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH KAMMA AND ABANG UZAIR... JGN LUPA KAMI LPAS GRADUAT..