22 Mac 2008

Malam Kemuncak Piala Naib Canselor

Malam ini akan menjadi detik penuh bersejarah bagi Piala Naib Canselor ke - 2. Pasukan yang bertanding pada malam ini adalah pasukan HAVOTECH (SM Sn Agroteknologi Lepas Tuai) dan bekas finalis PNC yang pertama, DoubleHelix ( SM Sn Biologi).
HAVOTECH telah mencatatkan rekod tanpa kalah pada peringkat pusingan PNC dengan 5 kemenangan. Manakala Double Helix mara ke separuh akhir dengan 4 kemenangan. Kedua0dua pasukan mempertaruhkan muka lama dan muka baru dalam arena perdebatan Universiti Malaysia Terengganu.
Havotech yang dianggotai oleh Wan Mahfuzah (Jijah), James Jam Jolly (Ja-mes) dan seorang muka baru. Manakala, Double helix pula menyaksikan "comeback" Mohd Hasri Bakri, Intan Shazlin Tajul Ashikin dan seorang muka baru yang berpotensi besar Nur Izzati. Pada pendapat saya, keseimbangan kedua-dua team harus diperbaiki. Mungkin memerlukan strategi yang lebih berkesan untuk menutup kekurangan dan menonjolkan potensi sebenar setiap pasukan.
Pertarungan separuh akhir yang menyaksikan beberapa pasukan pilihan pertandingan gagal memboloskan diri ke peringkat separuh akhir. Perlawanan separuh akhir adalah diantara Havotech dan Nrec, manakala Double Helix bertemnu dengan Diploma Perikanan.
Buat makluman semua, pasukan Diploma Perikanan adalah finalis pada Debat Piala Rektor yang terakhir, bersama-sama dengan pasukan Marina (biologi marin). Namun kali ini pasukan Marina tidak menghantar wakil ke pertandingan debat PNC kali ini. Persembahan Pendebat tunjang bagi pasukan debat Revof ini, Mohd Shahrul Hafiz telah mengejutkan pihak hakim dengan peningkatan mutu perdebatan yang mengagumkan. Tahniah, Mohd Shahrul. Namun diharapkan ini dijadikan suatu semangat agar yang lain terus berusaha memperbaiki kesilapan diri dan bagi yang telah meningkat prestasi, harap masih teruskan belajar dan memperbaiki diri. Akhir kata, dijemput semua penuntut Universiti Malaysia Terengganu untuk bersama-sama menghadiri pertandingan akhir Debat Piala Naib Canselor yang penuh berprestij ini. Majulah debat untuk mahasiswa kita!!

Tiada ulasan: