12 Februari 2008

Kim Jong Ill-Oleh Nurul Hadijah Idris

Sidang dewan sekalian pada edisi kali ini, saya sertakan hasil penulisan oleh pendebat muda UMT..sile berikan pandangan atau apa-apa pendapat anda di ruangan komen. Berkanlah sokongan dan galakan kepada hasil penulisan ini.


KIM JONG ILL

WIRA DUNIA


Nurul Hadijah Binti Idris

Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)


Wajarkah Kim Jong Ill, Presiden Korea Utara mendapat gelaran Wira Dunia? Apakah faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada wujudnya gelaran ini? Sebelum mengulas dengan lebih lanjut tentang isu ini, eloklah kiranya kita mengenali dengan lebih dekat siapa sebenarnya Kim Jong Ill. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1962 di Gunung Baekdu, Korea Utara. Walaubagaimnapun, terdapat sumber yang menyatakan bahawa Kim Jong Ill lahir di sebuah kampung di Vyatskoye, berdekatan dengan Khabarovsk, Rusia di mana bapanya, Kim Il-Sung mengetuai Batalion Pertama Soviet 88th Brigade. Ibu Kim Jong Ill ialah Kim Jong Suk dan mempunyai seorang abang, Kim Pyong-Il. Kim Jong Suk merupakan isteri yang pertama kepada Kim Il-Sung. Tetapi agak malangnya kerana ibu beliau telah meninggal dunia pada tahun 1949 ketika melahirkan anak. Manakala Kim Pyong-Il juga telah meninggal dunia pada tahun 1948 akibat lemas di Pyongyang, Korea Utara. Abangnya merupakan Kim Pyong-Il yang pertama dan dikenali sebagai Shura Kim, nama timangan Rusia. Digelar Kim Pyong-Il yang pertama kerana Kim Il-Sung yang berkahwin lagi telah menamakan anaknya sebagai Kim Pyong-Il juga selepas kematian Kim Pyong-Il yang pertama. Kim Jong Ill sebaliknya dikenali sebagai Yuri Irsenovich Kim di Rusia.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Namsan, Pyongyang, Korea Utara. Sekolah ini meupakan sekolah khas untuk anak-anak Parti Pekerja Korea. Kemudian beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Kim Il-Sung dalam jurusan Ekonomi Politik dan telah tamat pengajian pada tahun 1964. Kim Jong Ill juga telah dikatakan menerima pendidikan Bahasa Inggeris di University Malta pada awal tahun 1970-an. Pada tahun 1988 masih tidak jelas lagi mengapa sebenarnya Kim Il-Sung memilih Pyong-Il tetapi bukan Jong Ill untuk berkhidmat di Kedutaan Korea Utara di Eropah dan seterusnya menjadi Duta Korea Utara ke Poland. Hal ini berlaku mungkin kerana Kim Il-Sung mahu mengelakkan perebutan kuasa diantara Jong Ill dan Pyong-Il.

Penglibatan awal Kim Jong Ill dalam dunia karier politik telah bermula selepas tamat pengajian pada tahun 1964, beliau telah mula memerintah Parti Pekerja Korea kemudian mengadakan propaganda pada tahun 1973. Kim Jong Ill telah memegang tampuk pemerintahan selama 10 tahun sebagai Presiden Korea Utara selepas kematian Kim Il-Sung pada Julai 1994. Beliau sebenarnya cuba sedaya-upaya untuk mengekalkan corak pemerintahan secara ditaktor yang telah diamalkan oleh bapanya Kim Il-Sung tetapi pada masa yang sama telah mengabaikan perkembangan ekonomi Korea Utara yang mengalami kejatuhan. Sejak tahun 1990-an, apabila kejatuhan Rejim Komunis telah emnyumbang kepada kekurangan sokongan kepada Korea Utara dan membawa kepada kekurangan makanan dan tenaga kepada negara itu. lebih memburukkan keadaan Kim Jong Ill turut memaksa rakyatnya dalam pembebanan tenaga nuklear dan pembangunan peluru berpandu.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Presiden Korea Utara itu tetap melancarkan ujian senjata nuklear walaupun tindakan itu tidak dipersetujui pelbagai pihak. Setakat ini hanya tujuh negara yang mempunyai tenaga nuklear tetapi Korea Utara telah mendakwa bahawa mereka juga mempunyai senjata nuklear. Hakikatnya pelancaran ujian nuklear ini membawa kepada satu keadaan yang lebih buruk di mana Amerika Syarikat dan sekutunya akan mengadakan sekatan ekonomi yang lebih teruk lagi tehadap negara totalitarianisme itu. Tetapi Korea Utara sebenarnya mempunyai agenda mereka tersendiri di atas pelancaran ujian nuklear sebagai tindak balas terhadap sebarang ancaman atau sekatan yang akan diambil oleh Amerika Syarikat terhadapnya pada masa hadapan. Selain itu, Korea Utara menganggap program nuklear bertujuan sebagai penjanaan tenaga dan mereka berhak untuk melancarkan peluru itu pada bila-bila masa yang mereka mahukan. Jika dilihat dari aspek ekonomi Korea Utara sebenarnya masih boleh membangunkan ekonomi mereka dengan menjual sumber-sumber nuklear dan senjata-senjata yang mereka hasilkan kepada negara-negara yang memerlukan.

Sebelum pelancaran ujian senjata nuclear pada tahun 2006, terdapat respon-respon dari pelbagai pihak.Presiden J.W Bush menyatakan bahawa Korea Utara hanya memulaukan dirinya dengan melancarkan ujian senjata nuklear itu. Beberapa jam selepas lancaran peluru-peluru ini, Jepun memulai sekatan ekonomi terhadap Korea Utara dengan menguatkuasakan larangan kemasukan pegawai, anak kapal, penerbangan komersial dan satu-satunya hubungan penumpang antara kedua-dua negara, perkhidmatan feri Manyongbong-92. Manakala kesan mengenai berita peluru berpandu Korea Utara telah menyebabakan Stok dan nilai mata wang Asia menurun, manakala komoditi emas dan perak telah naik secara mendadak.

Korea Utara telah menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata nuklear tetapi membatalkan tanda tangannya pada 2003 selepas pertikaian dengan pemeriksa mengenai pemeriksaan kemudahan nuklear yang tidak di isytiharkan. Perjanjian ini juga telah dikenali sebagai Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) di mana ia adalah persefahaman terbuka bagi tanda tangan pada 1 Julai 1968, menghadkan pemilikan senjata nuclear. Mungkin inilah yang dikatakan Kim Jong Ill adalah wira dunia kerana tindakan yang telah dilakukan berhubung dengan pelancaran ujian senjata nuclear. Korea Utara telah melancarkan beberapa siri ujian senjata nuklear sebelum tahun 2006 dan ini merupakan bukti yang kukuh menunjukkan bahawa Kim Jong Ill seorang pemimpin yang berani dengan mengambil risiko yang sangat tinggi.


Tiada ulasan: