25 Januari 2008

Program Bakti Debat UMT-UiTM



Pada 19hb Januari lalu, kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah menjalankan latihan secara bersepadu bersama-sama dgn Unit Debat UiTM. Idea program ini tercetus apabila saudara Khairulnizam Baeri@bonzai mencadangkan untuk pihak UiTM datang ke UMT.



Program yang berlangsung penuh sehari itu memuatkan beberapa segemen yang dikira cukup bermakna oleh pendebat-pendebat muda UMT khususnya, dan ahli kelab DEMI umumnya. Seawal 9 pagi sesi pertama bermula dengan perdebatan di antara pendebat-pendebat muda UMT. Diikuti dengan perdebatan campuran pendebat UiTM dan UMT.
Pihak UiTm dan UMt juga telah bersetuju bahawa ini adalah program yang pertama kali seumpamanya. Ini adalah program bakti debat yang pertama diadakan di antara dua universiti di Malaysia. Apa yang kami harapkan, program sperti ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan utntuk universiti lain untuk berkongsi perdebatan. juga diharapkan program seumpama ini dijadikan budaya di univerisiti-universiti seluruh Malaysia.

Program kali ini lebih bertema santai, yang mana pendebat boleh berbincang dan berlatih sambil makan :). Delegasi UiTM juga tidak ketinggalan dibawa ke pantai untuk acara bersantai sambil menikmati juadah biasa bagi daerah pantai timur- sotong celup tepung dan keropok lekor :). Saya kira program berjalan dengan lancar dengan masalah yang minima. Walaupun kurang mendapat sokongan, namun bagi saya secara peribadi, program kali ini telah berjaya membuka mata saya ke atas apa yang berlaku di dalam arena perdebatan universiti.


di sini, saya ingin memohon maaf kepada delegasi UiTM sekiranya latihan yang kita jalani bersama tidak membantu kalian. Kiranya kami masih bertatih didalam arena perdebatan. Pendebat-endebat muda UMT jelas kelihatan begitu panik serta gugup apabila berdepan dengan pendebat dari univeristi lain. Bagi saya, itu yang kita mahu, saya mahu mereka sedar, apa yang mereka perlu kecapi dan usahakan. Mereka perlukan anjakan paradigma, mereka perlukan perspektif dunia perdebatan yang sebenar. Jika selama ini mereka hanya mengenali dan "ingin menjadi" senior-snior di UMT, mungkin sekarang, mereka akan jadi lebih baik dari kami.


Itu yang saya harapkan, agar kita terus maju kehadapan. Kita telah diberi kepercayaan sebagai pasukan harapan satu masa dulu, jangan persiakan. Jadikan apa yang kita lihat, dengar atau rasakan sebagai pedoman. Jangan jadi seperti saya, sudah 2 tahun berdebat, tetapi graf peningkatan amat sedikit. Selepas ini kita perlu lebih jelas tentang hala tuju kita. Dimana dan kemana kita mahu berada di dalam dunia perdebatan perlu di ukur dan dihitung. Sampai bila kita ingin berada dibawah dan tidak dikenali?

Adik-adik ingat, tiada insan yang dilahrikan sebagai pendebat. Berlatih bersungguh- sungguh dan secara berkesan, jangan ketinggalan.

Pada hari tersebut...pelbagai masalah di dalam latihan DEMI telah dikenalpasti oleh saya, yg bertindak sebagai pemerhati@runner@LO@rempit....Kelab DEMI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg menjayakan program tersebut...kepada abg bad, bonzai, kak farah, mont, nizambonat, zarul, mahzuan, hafiz hood, kay, juga untuk pndebat dari UiTM dungun yg sudi drive ke sini.. izat, bobob, bob. Kenangan, ilmu, jasa dan persahabatan anda semua cukup kami hargai. Tiada yang lebih bermakna dari perkongsian ilmu yang mereka berikan.

Ilmu yang bikongsi telah menyedarkan saya tentang satu perkara, sesungguhnya, ajaran orang yang lebih tua janganlah kita persiakan. Usai lah dengan ego dan fokus yang mencapah, kurangkan lah agenda peribadi dan isu emosi. Professional dan bersungguhla dalam debat. Teknikal yang diberikan sejak dulu sebenarnya cukup baik utk kita ikuti. Tapi, kita selalu alpa untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi nyata. Usahla menggapai bintang dilangit sedangkan bayangan depan mata tidak tercapai. Kita telah diberikan segalanya, cuma penekanan tentang peripentingnya teknikal debat semakin luntur.

banyak aspek dalam latihan mingguan debat yang di amalkan dahulu telah dilupuskan? Kenapa? Kalau dahulu, bersusun meja dan kerusi untuk menonton latihan debat, sehinggakan bukan ahli kelab jua turut menonton dan bersorak..tapi sekarang? Ahli kelab pon susah nak dikekalkan. Kalau dahulu, "ranking" pendebat selalu diumumkan setelah habis satu perdebatan, namun sekarang? Tidak pernah lagi kedengaran. Terlalu banya untuk saya kupas apa yang tidak diteruskan..termasuklah pemakaian pakaian bertemakan pelbagai kaum semasa perpaduan juga telah tidak diamalkan.

Fikir-fikrikanlah adik-adik, mungkin ini masanya. Kita kembali ke pangkal jalan. Ibarat sirih pulang ke gagang, pulangla kita meniti penat jerih orang dahulu agar kita menempuh kejayaan satu hari nanti.

Untuk kupasan mendalam secara lebih kasual oleh saya..klik sini.

Sekian sahaja untuk edisi kali ini. Nantikan kemunculan logo rasmi kelab :)


Tiada ulasan: