02 Julai 2007

Sejarah Penubuhan Blog

Blog ini awalnya tercetus apabila saya sedang mencari video debat di web...lalu ter"google" entri abg syatir uiam mengenai generasi pendebat berkualiti . Dan saya ada memberi pandangan saya dan meminta tunjuk ajar saudara syatir. Dan saudara syatir ada memberi beberapa cadangan [utk cerita penuh, sila klik link di atas tu]. Selepas itu, muncul la idea untuk membuat blog untuk pendebat untuk berkongsi pendapat dan idea.
Maka, pada 1hb Julai 2007, saya pun berusaha menyiapkan blog ini dengan galakan oleh presiden DEMI 2007 - Saudara Mohd Uzair Rusli. Akhirnya, lahirlah blog Debat Mahasiswa Intelektual ini
Harapan saya supaya semua dewa dewi dan diva debat boleh datang ke laman ini dan berkongsi pendapat. kerana saya bercadang untuk post kan usul debat dan seterusnya membiarkan perbincangan berlaku di antara pendebat senior dan juniro. Interaksi ini diharapkan dapat mengembangkan lagi kemahiran pendebat-pendebat baru disamping dapat menyediakan medium kepada pendebat untuk memberi tunjuk ajar.
Saya menyerahkan publisiti untuk laman ini kepada semua anda yang mencintai debat. Hidupkan lah budaya debat.

Pendebat,
Dulu, kini dan selamanya.

Tiada ulasan: