Laporan Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden 2013
Pada 28 februari 2013 hingga 3 Mac 2013 yang lalu, satu pertandingan debat keamanan ala presiden telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysiaa (UPNM). Format pertandingan debat ini sedikit berbeza dengan format debat ala parlimen dan debat ala parlimen british (BP) apabila hanya seorang pendebat sahaja dibenarkan berhujah manakala
seorang wakil yang bertindak sebagai penyoal. Perlawanan ini telah berlangsung dalam lima pusingan dan kemenangan ditentukan
berdasarkan pungutan kemenangan dan margin yang terkumpul.
Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) telah menghantar dua buah pasukan yang diiringi oleh Encik James yang merupakan jurulatih pasukan debat UMT. .Berikut adalah senarai
pendebat UMT:
Pasukan UMT A:
1) Muhammad hafiszal bin Mohamad
2) Siti Nurul Umira binti Mohd Sabari
Pasukan UMT B:
1) Nurliyana binti Mohd Shuhairi
2) Nur Syuhadah binti Zulqurnain
Keputusan:
(UMT B)
Sidang 1: Dewan Ini percaya SOSMA mampu mengekalkan keamanan negara
UMT B lwn UKM B
Usul: Ditolak
Sidang 2: Dewan Ini Akan Menubuhkan NATO untuk ASEAN
UMT B lwn UITM
Usul: Ditolak
Sidang 3: Dewan Ini Menyokong Campurtangan Perancis di Mali
UTHM lwn UMT B
Usul: Ditolak
Sidang 4: Jika saya Dewan Senat AS, dewan ini mengharamkan 'Hero Perang' menjadi pemimin negara
UMT B lwn UPSI
Usul: Diterima
Sidang 5: Jika saya Menteri Kewangan Malaysia, saya menyokong agar dewan ini tidak akan memperdebatkan bajet pertahanan di Parlimen
UITM lwn UMT B
Usul: Diterima
(UMT A)
Sidang 1: UMT A lwn USM B
Keputusan: UMT A menang.
Sidang 2: UMT B lwn UKM B
Keputusan: UKM B menang.
Sidang 3: UMT A lwn UPNM
Keputusan: UPNM menang.
Sidang 4: UMT A lwn MMU
Keputusan: UMT A menang.
Sidang 5: UMT A lwn UM B
Keputusan: UM menang
Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir. UMT B berada di ranking 26 manakala UMT A berada di ranking 31 daripada 40 buah pasukan. UITM yang diwakili oleh saudara Sadiq telah berjaya memenangi pertandingan ini, manakala UMP yang diwakili oleh saudara Qushairi menyandang tempat kedua bagi pertandingan ini.
Cadangan penambahbaikan oleh hakim secara kolektif:
1) Banyakkan pembacaan agar hujah boleh dikembangkan dan dibongkar dengan lebih baik.
2) Aspek penstrukturan kes dan aspek keyakinan perlu diperbaiki dalam menyampaikan hujah mahupun mempertahankan kes.
Pasukan UMT bertolak pulang ke Universiti Malaysia Terengganu pada 4 Mac 2013, jam 9 pagi. Sekian, terima kasih.